Header Ads

10 Mutiara Kata Terhebat Untuk Lelaki


Advertisement
10 Mutiara Kata Terhebat Untuk Lelaki - Hidup bukannya satu gurauan. Ia umpama satu mimpi yang panjang dan apabila terjaga, apakah kita masih lagi dikelilingi oleh nikmat kesenangan ataupun telahpun ditinggal sendirian terkontang kanting tanpa pedoman? Sedihnya hidup jika tidak memiliki apa-apa walaupun sekelumit rasa menyesal.

Tidak selamanya pelangi indah menyinari ruang hati. Ada kala hujan turun dan apabila matahari terbit, lenyaplah pelangi itu. Segalanya hanya sementara. Jadi, saya titipkan antara mutiara kata terhebat yang boleh dijadikan panduan dan pegangan hidup buat lelaki-lelaki di luar sana untuk hidup lebih yakin dan bahagia, Insya Allah.

10 Mutiara Kata Terhebat Untuk Lelaki 




1) Lelaki sejati bukanlah dilihat dari suaranya yang lantang, tetapi dari kelembutannya mengatakan kebenaran.

2) Lelaki sejati tidak mencintai sejuta wanita. Lelaki sejati mencintai satu wanita dengan sejuta cara. Lelaki sejati bukanlah seseorang yang mempunyai banyak teman wanita tapi seorang lelaki yang mampu menolak banyak wanita untuk seseorang yang dicintainya.

3) Orang lelaki yang bijak mempelajari banyak perkara daripada musuhnya sendiri.

4) Ada dua perkara yang jika anda amalkan, anda akan mendapatkan kebaikan dunia dan akhirat: Menerima sesuatu yang tidak anda sukai, tetapi sesuatu itu disukai Allah. Dan membenci sesuatu yang anda sukai, jika sesuatu itu dibenci oleh Allah.” (Abu Hazim)

5) Hadapilah takdir Allah dengan ikhlas, bukan dengan bersedih, gelisah ataupun marah. Kerana takdir Allah pasti terjadi. Berprasangka baik kepada Allah terutama dalam takdirnya, kita harus pandai menerima hikmah dibalik semua keputusan Allah. Sabar, usaha, doa, tawakkal dan nantikan jalan keluarnya.

6) Orang lelaki yang kuat hatinya, bukan mereka yang tidak pernah menangis. Melainkan mereka yang tetap kuat dan tabah ketika kebanyakan wanita menyakitinya.

7) Kesetiaan lelaki diuji saat dia memiliki segalanya. Bila kamu mempunyai segalanya, dunia mencintaimu, itu adalah kenyataan. Namun bila kamu tidak mempunyai segalanya dan ia masih mencintaimu, itu ketulusan. Sesungguhnya kamu tak perlu memiliki segalanya untuk bahagia, kerana yang kamu perlukan hanya seseorang yang mampu membuatmu tersenyum ketika hatimu terluka.

8) Wahai lelaki...Ketika kaki tak kuat untuk berdiri,"BERLUTUTLAH", ketika tangan tak kuat untuk menggenggam, "LEPASKANLAH", ketika kepala tak kuat untuk ditegakkan, "MENUNDUKLAH", ketika hati tak tahan menanggung kesedihan, "MENANGISLAH". Namun ketika hidup sudah tak mampu untuk dihadapi, "BERDOALAH". Kerana ada Tuhan yang sentiasa SETIA mendengar dan menolong umatNya.

9) Lelaki selalu ingin menjadi cinta pertama dari seorang wanita, sebaliknya wanita bahagia menjadi cinta terakhir dari seorang lelaki.

10) Memaafkan itu bukan hanya baik, tetapi lebih baik bagi yang memaafkan. Engkau berhak membalas, tapi jika engkau mengerti, akan lebih baik bagimu jika engkau memaafkan. Lupakan sakitnya, tetapi selalu ingatlah pelajarannya. Sesungguhnya ini bukan kerugian bagimu. Sesungguhnya engkau sedang diselamatkan dari yang tidak baik bagimu.

Selamat membaca kata mutiara dan motivasi kehidupan yang saya kumpulkan dari pelbagai sumber. Semoga ianya bermanfaat buat lelaki-lelaki di luar sana.
Sebarkan Bahagia:
Tudung kanak-kanak

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.