Header Ads

Cara Hadapi Dugaan Lambat Hamil


Advertisement
Cara Hadapi Dugaan Lambat Hamil - Setiap wanita yang telah berkahwin mengimpikan sebuah rumahtangga yang sempurna yang dikurniakan dengan cahaya mata sebagai penambah seri. Namun begitu kita kena percaya rezeki, jodoh, ajal dan maut adalah ketentuan Tuhan. Hanya Dia Maha Mengetahui rahsia di sebalik sesuatu kejadian.

Anggaplah kelewatan dikurniakan zuriat sebagai masa terbaik untuk kita memperbaiki diri dan bersedia mental dan fizikal apabila masanya tiba nanti. Ada juga rakan-rakan saya yang menunggu sehingga 8 tahun untuk mendapat zuriat. Jika begitu sudah ditakdirkan perjalanan hidup kita, hadapi dengan reda.


Cara Hadapi Dugaan Lambat Hamil

Cara Hadapi Dugaan Lambat Hamil



★ Usah stress dengan pandangan negatif orang sekeliling
★ Jangan sesekali menyalahkan pasangan
★ Dapatkan rawatan kehamilan dengan pakar
★ Jika mengalami masalah kesihatan, jangan malu bertemu doktor
★ Berhati-hati mencuba rawatan alternatif kerana bimbang memudaratkan badan
★ Minta sokongan keluarga dan teman-teman
★ Dekatkan diri dengan Tuhan dan banyakkan berdoa
★ Anda dan pasangan juga boleh pertimbangkan untuk mengambil anak angkat
★ Beri ruang kepada diri dan pasangan, tenang serta nikmati hidup berumahtangga
★ Jangan mudah berputus asa sebaliknya terus berusaha memiliki cahaya mata.

Oleh yang demikian saya nasihatkan pasangan yang lambat hamil usahlah dilayan sangat dengan cakap-cakap orang sekeliling anda. Semoga cara hadapi dugaan lambat hamil yang dikongsikan dapat sedikit sebanyak membantu anda menangani emosi yang agak tidak menentu.

1 comment:

  1. Betul tu..usah fikirkan sangat apa kata orang sekeliling. Kalau boleh buat macam tu tentu selesai semua masalah. Kesian pada mereka yang tamish tak dapat anak ya!, ada kawan yang bercerai sebab kes sebegitu.

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.