Ciri-ciri Template Yang Super SEO!

aynora nur | 21 January, 2014,6:09 PM |
Advertisement
Ciri-ciri Template Yang Super SEO!  - Kenapa kita mesti pilih blog yang ada tersedia dengan ciri-ciri SEOnya? Apakah perlu setiap blog untuk berdiri gah dengan SEO yang mantap bagi membolehkan artikel yang dikongsi mejadi tatapan ramai pembaca? Jika jawapannya ya...anda memang bijak.





Dahulu saya tidak kisah dengan SEO. Saya tukar template blog macam tukar baju. Sesuka hati dan yang penting nampak cute dan comel. Argh...itu cerita tahun 2010 dahulu. Ketika saya belum ada kesedaran tentang perlunya menulis untuk orang lain tahu. Agar orang ramai dapat manfaat daripada tulisan kita.

Rasulullah s.a.w bersabda:
Sampaikanlah dariku walaupun sepotong ayat.

Bagus bukan? Ayat di atas adalah faktor inspirasi dan motivasi saya untuk menulis dengan lebih berhemah, bermanfaat, mudah difahami dan yang penting menggunakan perkataan-perkataan yang baik-baik sahaja. Kerana apa yang saya tuliskan akan dipersoalkan di akhirat nanti!

Ciri-ciri template yang super SEO!


  1. Heading H1 pada tiap halamannya menampilkan kata kunci terpenting pada halaman tersebut. Jadi ketika di halaman utama/homepage akan menampilkan tajuk blog dan ketika di halaman artikel akan menampilkan tajuk artikel.
  2. Title tag menampilkan kata kunci yang dicari pada tiap halaman masing-masing. Elakkan duplicate title tag untuk tiap halaman supaya blog kita benar-benar mesra SEO
  3. Meta description mengandungi kata kunci yang akan dicari
  4. Sebuah template yang SEO friendly seharusnya tidak menggunakan script yang berat kerana boleh menambah waktu loading dan "membahayakan" Google Crawl  jika script bermasalah.
  5. Tidak memasang iframe (jika tidak perlu)
  6. 20 kata pertama di dalam template haruslah menampilkan kata kunci yang disasarkan 
  7. Dilengkapi dengan breadcrumbs yang boleh membantu pengunjung untuk mengenali posisinya dan membantu robot untuk mengetahui struktur blog
  8. Komentar bersifat nofollow
  9. Waktu loading yang tidak lama

Untuk menggunakan/download template-template yang super SEO, anda boleh lawati blog Trik Mudah SEO.

Aynora Nur adalah seorang penulis blog separuh masa, terlibat dalam bidang hartanah dan perkhidmatan – di Johor, Malaysia. Lulusan MBA. Aktif berblog sejak tahun 2010. Hubungi saya untuk Promosi produk dan servis • Entry kekal di blog • • Pakej mengikut bajet • Daily PV : 35,000 - 45,000 • Monthly PV : 1.1juta - 1.5juta. Info lanjut di about me ...
 
loading...
2 Komen untuk "Ciri-ciri Template Yang Super SEO! "
DISCLAIMER: All content provided on this "Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Kisah 25 Filsuf Barat (MATLUTHFI)!! Harga cuma RM22.50 (Asal RM25.00)!

Buat Duit Blog
Back To Top