Enter your keyword

01 January, 2014

Kisah Imam Masjid & Pemandu Bas

Kisah Imam Masjid & Pemandu Bas - Sebuah kisah renungan yang amat tinggi nilai pengajarannya untuk kita jadikan panduan hidup. Saya kongsikan kisah ini sebagai pengajaran bahawa walaupun siapa kita, tinggi ilmu dan alim sekalipun, kita tidak terlepas daripada ujian hidup. Jangan sangka diri amat sempurna hinggakan memandang rendah hak orang lain.

Kandungan kisah ini telah saya edit bahasanya bagi disesuaikan dengan bahasa kita. Wallahua'lam..

Allah Maha membolak balikkan hati manusia...

Kisah Imam Masjid & Pemandu Bas




Beberapa waktu yang lalu datanglah seorang imam yang baru di sebuah masjid di London.  Imam ini setiap hari akan naik bas dari rumahnya menuju ke kota sehingga sering naik bas dengan pemandu yang sama.

Suatu hari beliau naik bas dan kemudian membayar harga tiketnya dan terus duduk. Selang beberapa lama pemandu bas itu  mengembalikan wang bakinya, Imam muda itu perasan bahawa pemandu bas telah mengembalikan wangnya terlebih 20 sen.

Sang Imam terus berfikir untuk mengembalikan wang lebihnya kerana bukan haknya. Tapi muncul dalam fikirannya berbisik: lupakan urusan ini ! Bakinya tidak seberapa, tidak ada seorangpun yang mengetahuinya, sepertimana syarikat-syarikat bas mendapatkan keuntungan yang sangat banyak, wang seperti ini tidak ada ertinya bagi mereka dan tidak mengurangkan sedikitpun pendapatannya!

"Biar aku ambil, aku akan diam dan tidak akan aku kembalikan!" Bisik sang iman lagi.

Berhentilah bas pada terminal yang dikehendaki sang Imam, sebelum keluar dari bas, Imam tersebut berhenti sejenak dan mengulurkan tangannya kepada pemandu bas dan berkata :

"Ambillah ! Anda memberikan kepada aku wang lebih dari yang semestinya aku terima !"

Tersenyumlah pemandu bas itu seraya bertanya,

"Bukankah anda Imam yang baru di masjid kota kami ini? Sejak beberapa waktu yang lalu aku berfikir hendak pergi ke masjid anda untuk mengenal agama Islam lebih dekat! Wang lebih tadi aku berikan kepada anda dengan sengaja untuk mengetahui bagaimana sikap anda !"

Ketika sang Imam tadi turun dari bas, dia merasakan kedua lututnya menjadi lumpuh, tidak kuat menahan tubuhnya dan badannya hampir terjatuh merasakan beratnya peristiwa tersebut !

Kemudian berpegang dengan salah satu tiang di dekatnya, agar tidak terjatuh sambil memandang ke atas langit dan berdoa disertai tangisan :

"Ya Allah ! Hampir saja aku menjual agama Islam dengan harga 20 sen."


Bagaimana pandangan anda pembaca semua? Orang yang kuat imannya lagi besar dugaan mereka dan ingatlah jika kita sentiasa di uji itu tandanya Allah sayangkan kita. Dia mahu kita sentiasa tawadduk dalam melaksanakan perintah-perintahNya serta sentiasa percaya bahawa Allah mengawasi kita 24 jam tanpa henti.

Semoga kisah imam masjid dengan pemandu bas di atas dapt dijadikan iktibar kepada kita semua. Insya Allah.

3 comments:

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.