Resepi Sambal Belacan Ala Jawa

Resepi Sambal Belacan Ala Jawa - Ada tak sesiapa orang Jawa kat sini atau yang sedang baca blog ini? Hrmm...malu nak mengaku kut. Saya orang Jawa Johor..haha

Jadi sekarang ini saya akan kongsikan resepi untuk orang-orang jawa khasnya dan secara amnya resepi berikut adalah untuk orabg-orang kita yang gemar makan sambal belacan.





Sedikit info tentang belacan

Belacan dibuat daripada udang kara yang kemudian diproses dengan memampatkannya menggunakan bahan-bahan lain yang membolehkannya tahan lama dan tidak berbau busuk. Belacan boleh tahan lama jika disimpan di dalam peti ais. Antara negeri pengeluar belacan utama kat Malaysia adalah Melaka, Kelantan dan Pahang. Korang rasa, belacan dari negeri mana paling sedap?

Resepi Sambal Belacan Ala Jawa


Bahan-bahan:

10 biji cili padi
3 biji cili merah
2 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
2cm belacan
2 sudu makan jus limau
1 sudu makan gula
Garam secukup rasa


Cara membuatnya:

1. Untuk belacan, goreng dengan minyak sedikit hingga naik baunya yang wangi, angkat dan tos

2. Kemudian, satukan cili padi, cili merah, bawang putih, bawang merah dan belacan dan kisar hingga sebati.

3. Campurkan jus limau, gula dan garam secukup rasa. Hidangkan bersama ulam-ulam.


Selamat mencuba resepi mudah orang jawa nih ek...kalau makan tak ada sambal belacan macam tak kaw je kan? Sambal belacan ala jawa memang best!! Cubalah....


3 comments:

  1. Assalamualaikum. saya dan suami org Jawa Johor. hehhee. memang suka gila sambal belacan ni. huwaaa terliurnya kita..

    ReplyDelete
  2. makan nasi kalau takde sambal belacan mmg tak sah.. :-)

    ReplyDelete
  3. sedapnyer...kathy banjar tapi suka semua sambal...sedap..

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.