Resepi Sambal Udang Petai Segar

Resepi Sambal Udang Petai Segar - Petai banyak khasiatnya. Memang rasanya agak pelik bagi yang kurang gemarkan ulaman ini tetapi tahukah anda bahawa petai amat bagus bagimereka yang ingin merawat buah pinggang. Selain petai, udang yang saya ambil sebagai menu utama dalam masakan sambal di bawah ni mengandungi protein yang tinggi dan sesuai untuk memperbanyakkan darah dalam tubuh.

Namun bagi penghidap gout ataupun kanser, lebih baik elakkan dari memakan udang. Okey...




Resepi Sambal Udang Petai Segar


Bahan-bahan:

1/2 kg udang segar
4 papan petai - dibuang kulitnya
15 tangkai cili kering - dikisar
5 ulas bawang merah - dihiris
4 ulas bawang putih - dihiris
2 biji bawang besar - dihiris
Garan secukup rasa
Minyak untuk menumis secukupnya

Cara memasak:

1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali
2. Tumis bawang putih dan bawang merah yang dihiris sehingga wangi
3. Masukkan cili kisar dan kacau rata sehingga pecah minyak
4. Selepas itu masukkan udang, petai dan bawang besar
5. Masukkan garam secukupnya dan kacau rata hingga masak
6. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.


Hah! Mudah sangat kan? Sesiapa pun boleh cuba menu atau resipi sambal udang masak petai segar kat atas ni. Saya memang tak pakar memasak, sebab itu saya suka kongsikan resepi yang mudah sahaja untuk anda semua. Orang kata buat ikut kemampuan...hihi

Selamat memasak.

1 comment:

  1. Wah sedaaapnyaaaa... Here banyak nak jumpa petai...

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.