Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Jadual Kelayakan Pinjaman Perumahan Kerajaan

Jadual Kelayakan Pinjaman Perumahan Kerajaan |  Kebelakangan ini kerajaan telah membina rumah mampu milik yang berharga bawah RM250,000. Dengan anggaran harga demikian, saya lihat ia masih dalam kemampuan peminjam dengan beberapa promosi khas yang disediakan oleh pihak pemaju perumahan.

Ramai yang datang ke pejabat saya bertanyakan tentang kelayakan masing-masing terutamanya daripada kakitangan kerajaan. Dengan itu, di bawah ini saya sertakan jadual amaun kelayakan pinjaman perumahan untuk kakitangan kerajaan.

Notis:
Mulai 1 Januari 2015, kerajaan telah mengemaskini kelayakan pinjaman perumahan kerajaan dan anda boleh baca di pautan berikut:

** Jadual Kelayakan Pinjaman Perumahan Kerajaan Yang Baru Mulai 2015


Jadual Kelayakan Pinjaman Perumahan Kerajaan


Amaun kelayakan pinjaman adalah mengikut gaji hakiki semasa. Amaun Kelayakan untuk Anggota Perkhidmatan Awam/ Polis/ Tentera adalah seperti di Lampiran di bawah.




Amaun pinjaman yang diluluskan adalah tertakluk kepada amaun yang mana terendah berdasarkan kepada kriteria berikut:

  1. Harga hartanah; atau 
  2. Penilaian hartanah oleh JPPH; atau 
  3. Amaun yang dipohon; atau 
  4. Kelayakan maksimum pemohon. 

Walau bagaimanapun, bagi pinjaman pertama tertakluk kepada ansuran bulanan tidak melebihi 60% daripada gaji hakiki semasa. Manakala pinjaman kedua Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PR 1.1/2014 M.S. 11/86 tertakluk kepada ansuran bulanan tidak melebihi 50% daripada gaji hakiki semasa. (Dengan syarat pinjaman pertama telah dilunaskan dan tiada baki tertunggak).

Read More ....


Post a Comment

1 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close