KWSP Isytihar Dividen 6.35% Untuk 2013 Tertinggi

aynora nur | 17 February, 2014,9:15 AM |
Advertisement
KWSP Isytihar Dividen 6.35% Untuk 2013 Tertinggi - Dah baca atau tengok berita pasal Dividen KWSP tahun 2013? KWSP telah isytiharkan kadar dividen sebanyak 6.35% setahun bagi tahun kewangan 2013 iaitu paling tinggi dalam tempoh 10 tahun. Hmm...alhamdulillah, ada banyak simpanan KWSP, banyaklah yang kita dapat. Kalau sedikit, kecillah sikit jumlah dividen yang diterima.




Info ringkas tentang KWSP


Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah dana simpanan persaraan terulung di Malaysia yang menyediakan jaminan asas kewangan bagi persaraan. KWSP sentiasa komited dalam menjamin dan meningkatkan simpanan ahlinya melalui amalan terbaik pelaburan dan tadbir urus korporat. Langkah berhemah sentiasa menjadi panduan dalam setiap keputusan pelaburannya.

Sebagai sebuah organisasi yang berfokuskan pelanggan, KWSP memberikan perkhidmatan yang cekap dan berkesan untuk keselesaan ahli dan majikan berdaftar.

KWSP akan terus memainkan peranannya sebagai pemangkin kepada pembangunan ekonomi negara, selaras dengan kedudukannya sebagai institusi simpanan terkemuka di Malaysia.

Pendapatan Kasar KWSP Catat Rekod RM35 Bilion


Lembaga Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dengan kelulusan Menteri Kewangan, hari ini mengisytiharkan kadar dividen 6.35 peratus untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2013, bayaran dividen paling tinggi sebanyak RM31.20 bilion kepada ahlinya, meningkat 13.66 peratus daripada RM27.45 bilion pada 2012.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Pengerusi KWSP Tan Sri Samsudin Osman berkata, “Dengan strategi pelaburan berhemah dan mantap, prestasi KWSP adalah konsisten dan stabil, terutamanya untuk lima tahun yang lepas. Sejak tahun-tahun kebelakangan ini, KWSP telah mempelbagaikan portfolio dengan memperluaskan skop aset pelaburan bagi menguruskan risiko pasaran dan menjana pulangan yang konsisten.

Sejak krisis kewangan global 2008, KWSP telah mengisytiharkan dividen dikompaun melebihi RM120 bilion kepada ahlinya. Saiz aset pelaburan KWSP termasuk caruman tahunan bersih telah mencatatkan peningkatan kukuh; daripada RM342.01 bilion pada 2008 kepada RM586.66 bilion pada penghujung tahun 2013.”




Kadar dividen ini diisytiharkan hasil daripada pendapatan pelaburan kasar yang mencatatkan rekod tertinggi sebanyak RM35.00 bilion, meningkat 12.81 peratus daripada RM31.02 bilion yang dicatatkan pada 2012. Pembayaran dividen 2013 diperoleh setelah ditolak peruntukan rugi terjejas bersih ke atas aset kewangan, perbelanjaan pelaburan dan operasi, caj berkanun serta dividen untuk pengeluaran.

Dengan jumlah ahli KWSP meningkat kepada lebih daripada 13 juta, sebanyak RM4.91 bilion diperlukan untuk membayar setiap satu peratus kadar dividen bagi 2013. Ini merupakan 10.06 peratus lebih tinggi berbanding RM4.46 bilion yang dibayar untuk setiap satu peratus kadar dividen pada 2012. Amaun yang diperlukan untuk membayar satu peratus kadar dividen akan terus meningkat antara lapan dan sembilan peratus setahun. 




Jika mengikut pandangan saya sebagai rakyat biasa dan mewakili golongan pertengahan, KWSP adalah sebuah badan menyimpan dana terbesar yang dilahirkan oleh Malaysia. Saya berbangga dengan penubuhan KWSP yang sedikit sebanyak memberi impak dan hala tuju yang jelas kepada golongan makan gaji terutamanya yang datang dari sektor swasta. Hala tuju di sini maksudnya memberikan kita nafas ketenangan apabila usia menginjak waktu persaraan. Inilah simpanan yang secara paksa dalam rela telah kerajaan ajarkan kepada kita kerana jika harapkan kita sendiri yang menyimpan, entah bila ianya boleh mencecah setengah juta nilanya. Betul tak?

Dengan dividen KWSP 6.35% setahun bagi tahun 2013, apa lagi yang kita boleh katakan? Keadaan ekonomi dunia kebelakangan ini selah-olah sedikit lembap tetapi dengan pengisytiharan yang dibuat oleh KWSP ini, kita berasa yakin dan bersemangat semula untuk bekerja dan meneruskan kelangsungan hidup. 

Ucapkan tahniah kepada diri sendiri dan majikan yang telah 'memaksa' kita mencarum ke dalam KWSP setiap bulan sebagai motivasi kepada diri sendiri.  

  
Aynora Nur adalah seorang penulis blog separuh masa, terlibat dalam bidang hartanah dan perkhidmatan – di Johor, Malaysia. Lulusan MBA. Aktif berblog sejak tahun 2010. Hubungi saya untuk Promosi produk dan servis • Entry kekal di blog • • Pakej mengikut bajet • Daily PV : 35,000 - 45,000 • Monthly PV : 1.1juta - 1.5juta. Info lanjut di about me ...
 
loading...
0 Komen untuk "KWSP Isytihar Dividen 6.35% Untuk 2013 Tertinggi"
DISCLAIMER: All content provided on this "Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Kisah 25 Filsuf Barat (MATLUTHFI)!! Harga cuma RM22.50 (Asal RM25.00)!

Buat Duit Blog
Back To Top