Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Sinopsis Penuh Drama Yes, Boss! Adaptasi Novel Areila Sahimi

Sinopsis Penuh Drama Yes, Boss! Adaptasi Novel Areila Sahimi | Drama Ariana Rose a.k.a The Wedding Breaker sudah mahu menuju episod penamat. Sebagai ganti slot Akasia, TV3 akan menayangkan pula drama adaptasi novel sekali lagi yang bertajuk Yes, Boss tulisan penulis muda yang aktif menulis juga bernama Areila Sahimi.




Sinopsis Yes, Boss! dari kulit buku:



Tak sesuai bekerja di Pizza Hut, Aryana masuk McDonald’s. Tak sesuai di McDonald’s dia pergi pulak ke Jaya Jusco. Sudahnya setiap tempat tu pun paling-paling lama pengalaman yang berjaya dikutip adalah selama dua bulan sahaja. Bukannya dia koman sangat. Lulusan universiti tu… tetapi nasib tidak menyebelahinya terutama sekali ketika sesi temu duga pegawai kerajaan.

Berkat ‘kabel’ mak ngahnya di Wisma Alam, Aryana akhirnya berjaya menjawat jawatan setiausaha di situ. Sangkanya dia bekerja dengan Datuk Maarof, rupa-rupanya dia adalah setiausaha kepada Ilham Irfan, anak Datuk Maarof. Pulak tu, Ilham merupakan kasanova yang punya ‘stok’ edisi model keliling pinggang.

Selain menjalankan tugas rasmi seorang setiausaha, Aryana juga dikehendaki menjalankan tugas ‘tak rasmi’ seorang setiausaha. Kena cover line untuk bosnya setiap kali bosnya mengular, juga ketika teman-teman wanita bosnya merajuk, perlu dipujuk dan sebagainya. Setiap arahan bosnya wajib dijawab dengan:- Yes, boss! Pening kepala Aryana meladeni setiap kerenah bosnya itu. Tetapi, boleh pula Aryana bertahan dengan sikap bosnya itu, hinggakan mereka semakin rapat.

Hati dan perasaan… siapalah yang dapat mengawalnya…. Dalam diam, Aryana telah jatuh hati dengan bosnya tetapi dipendamkan sahaja. Dia sendirian makan hati dengan sikap hidung belang bosnya itu.

Dan bila Aryana tiada di sisi, Ilham mula terasa kehilangan. Tatkala dia sedar bahawa dia memerlukan Aryana lebih daripada seorang bos memerlukan setiausaha, dia terpaksa pula berdepan dengan mantan mat rempit di kampung Aryana yang kini sudah bertukar menjadi tauke bengkel dan kolam ikan keli.

Berjayakah Ilham menambat hati Aryana yang sedia terluka dengan sikapnya yang hidung belang itu? Bagaimana pula dengan Aryana? Siapakah yang menjadi pilihan hatinya? Bosnya ataupun mat rempit otai yang telah berubah menjadi ikon belia berjaya di kampungnya itu?

#Sumber 

Sinopsis Penuh Drama Yes, Boss! Adaptasi Novel Areila Sahimi


Drama Yes, Boss menceritakan seorang gadis yang bernama Aryana yang bekerja sebagai pembantu peribadi kepada lelaki yang amat menjengkelkan, perasan bagus, poyo dan kacak. Ilham (lelaki yang dimaksudkan tadi) memang tidak suka dengan Aryana sebab gadis itu baginya tidak sesuai untuk dijadikan sebagai pembantu perbadinya kerana Ilham mahukan pembantu peribadi yang seksi, bergaya dan badan ramping. Ilham berusaha untuk memberhentikan Aryana bekerja di syarikat ayah kepada Ilham, Dato’ Maarof. Namun, Aryana tetap bersabar dan bersabar.

Setiap arahan yang diberikan untuk Aryana oleh Ilham wajib jawab “Yes, Boss!”. Ilham perlukan Aryana untuk tolong ‘cover line’ bila dia tiada di pejabat nanti dan tolong pastikan semua ‘date’ Ilham bersama dengan teman-teman wanitanya. Maklumlah, playboy. Ilham memang selalu lupa dengan temu janjinya dengan teman wanitanya yang mana satu dia patut keluar.

Setelah sekian lama berkhidmat sebagai pembantu peribadi Ilham, tak sedar pula dia yang dia memang dah lama syok dekat Ilham tapi tak nak mengaku. Jadi, dia pendamkan sahaja perasaannya terhadap Ilham. Hati Aryana juga sering terluka akibat perangai playboy Ilham tu sebab Ilham kan ada banyak teman wanita, mestilah cemburu.

Umur semakin meningkat dan semakin tua, Ilham sudah insaf dengan perangainya ‘playboy’nya dan mahu mencari cinta sejati. Kemunculan Mellina membuatkan hati Ilham terpaut pada gadis yang boleh tahan juga seksinya. Ilham menyuruh Aryana untuk pergi berjumpa dengan Mellina dan melamar Mellina untuk dijadikan kekasih Ilham. Aryana akur walaupun hatinya keberatan dengan suruhan Ilham itu. Hasil lamarannya itu berjaya, Mellina setuju.

Sekian lama Ilham dan Mellina menjadi bertunang, Aryana dan Harun (driver Ilham) sudah lama tidak meluangkan masa bersama dengan Ilham sebagai kawan melainkan pekerja Ilham. Jeffry (musuh perniagaan syarikat Dato’ Maarof dan Ilham) mencuba nasib untuk memikat Aryana atas pelan yang diciptanya dengan Mellina untuk menjatuhkan perniagaan syarikat Dato’ Maarof tetapi gagal kerana Aryana dapat menghidu sesuatu bahawa Jeffry mempunyai niat tidak baik terhadap dirinya.

Selepas itu, Aryana dan Harun telah mengetahui kebenaran tentang pelan-pelan yang telah dirancang oleh Jeffry dan Mellina. Mellina sengaja memikat Ilham untuk dapatkan maklumat mengenai tender syarikat Dato’ Maarof. Ilham tidak percaya terhadap Aryana dan Harun dan lebih menuduh macam-macam terhadap mereka berdua. Aryana berhenti berkhidmat di syarikat Dato’ Maarof akibat kejadian itu dan mengambil keputusan untuk balik ke kampung opahnya.Udin (tauke kolam ikan keli dan rakan sekampung Aryana), menagih cinta Aryana selepas Aryana balik kampung.

Udin masih ingat lagi bahawa Aryana mencabarnya untuk menjadi seorang yang berjaya. Ganjarannya ialah Aryana akan dapat menerima cintanya selepas Udin berjaya menyahut cabarannya tapi Aryana buat tidak peduli je sebab Rahila (sahabat Aryana) sudah lama syok dekat Udin. Ketiadaan Aryana membuatkan hati Ilham tidak keruan. Ilham memerlukan Aryana lebih daripada seorang bos yang memerlukan pembantu peribadinya. Rupa-rupanya dia merindui gadis itu dan dia yakin bahawa dia sudah jatuh hati terhadap Aryana.

Ilham pergi ke kampung Aryana dengan harapan yang tinggi untuk memujuk Aryana bekerja sebagai pembantu peribadinya balik. Dengan berat hati Aryana setuju sahaja setelah opahnya memujuk Aryana . Banyak cabaran yang Ilham tempuhi untuk merebut sekeping hati Aryana. Terutama sekali Udin, saingannya. Ilham berterus terang dengan Aryana tentang isi hatinya, dia melamar Aryana untuk jadi isterinya. Akhirnya, Aryana pun terima.Selepas kahwin, Aryana dan Ilham dianugerahkan anak lelaki yang namanya Adib. Adib ni lebih kurang juga perangainya macam Ilham, playboy. Walauapapun yang terjadi, mereka sekeluarga hidup bahagia. (sumber)

Para pelakon Drama Yes, Boss!


Aryana-Emma Maembong
Ilham- Fahrin Ahmad
Shamsiah/Mak Ngah-Noorkhiriah
Opah-Norlia Ghani
Dato Maarof-Eizlan Yusof
Datin Rokiah- Jasmin Hamid
Melina- Aishah Ilias
Udin-Aidil Aziz 


Jangan lupa saksikan drama terbitan Zeel Production ini nanti. Drama bergenre komedi romantik ini akan bermula pada 15 Februari 2014, Setiap Sabtu & Ahad, pukul 6:00 petang.

Trailer/Promo Yes Boss Tv3




Selamat menonton, semoga kita mendapat pengajaran dan manfaat daripadanya. Bukan sekadar hiburan semata-mata! Peace!! Hihi...

Read More ....


Post a Comment

4 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close