10 Cara Merawat Rasa Sedih

aynora nur | 14 March, 2014,9:34 AM |
Advertisement
10 Cara Merawat Rasa Sedih | Semua orang ada emosi, berhak untuk memiliki seberapa banyak watak dalam menzahirkan emosi mereka. Emosi adalah perasaan halus yang lahir dan wujud dalam diri makhluk Allah yang bernama manusia. Emosi ada bermacam-macam, samada sedih, gembira, kecewa, bahagia, marah, benci, dendam dan sebagainya. 




Namun begitu, saya hanya mahu berkongsi dan menyelongkar emosi sedih yang sering dirasai oleh sesiapa sahaja dan kadangkala datangnya secara tiba-tiba. Dalam gembira pun kita boleh berasa sedih dan dalam kesedihan pun sebenarnya kita boleh berasa bahagia. Jadi, bagaimana caranya kita mahu merawat rasa sedih tersebut?  


“Cry. Forgive. Learn. Move on. Let your tears water the seeds of your future happiness.” ― Steve Maraboli

10 Cara Merawat Rasa Sedih


1. Luahkan rasa sedih 

Paling penting adalah meluahkan rasa sedih yang sedang ditanggung kepada seseorang yang boleh dipercayai seperti sahabat atau pasangan kita. Mengikut kajian ahli psikologi, sesuatu rasa tak mengira apapun samada baik atau buruk jika diluah akan mengurangi tekanan yang sedang ditanggung. Belajar meluahkan apa yang anda rasa, insya Allah hati akan berasa tenang selepas itu. Selain itu, anda juga boleh meluahkan rasa sedih di atas sekeping kertas, atau menulis di blog secara umum dan boleh juga menggunakan diari sebagai 'teman' berbual anda. Semoga cara ini dapat merawat rasa sedih yang sedang dirasai. 

2. Bersenam 

Satu lagi cara mujarab untuk merawat rasa sedih adalah dengan bersenam. Tak percaya? Cuba anda lakukan cara ini dan lihat hasilnya. Dengan bersenam seluruh anggota tubuh kita digerakkan dan aktif. Otak pun ikut bergerak ketika kita bersenam. Dengan demikian, perasaan sedih dan keseorangan dapat di rawat secara tidak sengaja. 

3. Latih minda melupakan kenangan pahit

Seterusnya, melatih minda melupakan kenangan pahit perlulah diaplikasikan secara berterusan. Anda akan sering merasa sedih dan suram apabila mengenang kembali kenangan pahit dan memori silam yang lalu.


Sumber: Google


Kita seharusnya memisahkan hubungan di antara perasaan kini dengan emosi yang lalu bagi menetapkan azam dan fokus kepada keluarga, rakan-rakan, kerjaya, cita-cita dan masa depan. Anda tidak dapat melupakan semua memori pahit secara serentak, maka haruslah dilakukan secara berperingkat dengan mengalihkan perhatian anda kepada perkara lain. Proses ini mengambil masa, tetapi ia boleh dipercepatkan dengan adanya disiplin diri dan kemahuan sendiri.

4. Buang perasaan risau yang melampau

Rasa sedih boleh dirawat dengan cara kurangkan rasa risau yang melampau anda terhadap sesuatu. Ada dua kesan dari sikap risau yang melampau, pertama ia menarik masalah dan musibah dan yang kedua, memberi kesan buruk pada kesihatan anda dari segi fizikal dan mental. Perasaan risau yang melampau boleh membuat anda selalu menjadi sedih dan kecewa malah takut. Anda haruslah belajar untuk bertenang dan melatih diri anda mengawal emosi bagi mengurangkan perasaan risau yang melampau.

5. Anggap kekurangan sebagai kekuatan

Jangan lupa untuk mencuba reda dengan takdir yang Allah tentukan. Anggaplah kekurangan anda sebagai satu kekuatan. Mungkin ada orang yang hebat hari ini, tapi tak semestinya mereka akan tetap hebat esoknya. Hidup ini penuh dengan kemungkinan dan berpusing seperti roda, kadangkala kita di atas dan kadangkala di bawah. Untuk terus berada di atas, kita perlulah sentiasa belajar, menggali ilmu dan menambah kemahiran sepanjang masa. Kita juga perlu mengenal pasti semua kekurangan dan kelemahan diri dan menerokai kekuatan sendiri.

Janganlah anda merasa rendah diri dan terlalu risau dengan kelebihan orang lain kerana anda hanya perlu fokus kepada diri sendiri dan jangan terlalu kisahkan orang lain.

6. Belajar bersyukur

Ucap syukur ke atas kesemua yang anda ada, misalnya ucap syukur kerana anda masih boleh melihat dan menarik nafas tiap kali bangun tidur dan juga mempunyai kawan rapat yang memahami. Ucap syukur seikhlas hati, sebanyak yang mungkin, seikhlas mungkin hingga rasa syukur itu meresap jauh ke dalam diri anda. Lama kelamaan rasa syukur itu sendiri jadi motivasi merawat sedih yang sedang ditanggung.

7. Belajar menjadi pemaaf

Sikap pemaaf dapat membersihkan hati dari perasaan negatif dan emosi-emosi negatif (seperti takut, sedih, kecewa, marah, cemburu dan dendam). Ia juga dapat meneutralkan gelombang fikiran negatif yang terdapat di minda anda. Ketahuilah, anda selalu rasa sedih dan kecewa kerana anda tak memaafkan kesalahan diri anda di masa lalu atau anda tak memaafkan kesalahan orang lain tehadap diri anda satu ketika dulu. Belajarlah menjadi seorang pemaaf dan ia dapat menghilangkan perasaan-perasaan negatif dan menarik ketenangan datang pada diri anda.

8. Tonton cerita lucu dan ketawa

Ya! Kenapa tidak? Ketawalah apabila terdapat perkara yang menggembirakan anda dan menjadikan anda girang. Tontonlah video yang lucu atau baca cerita yang lucu, dekatkan diri anda dengan rakan-rakan yang lucu serta cari "funny side" dalam setiap situasi, agar anda boleh ketawa secara semulajadi. Ketawa dapat menghilangkan rasa sedih dan kecewa dalam diri anda.

9. Ubah fikiran

Kita tidak boleh mengubah situasi yang membuatkan kita kecewa, sedih dan murung tetapi, kita boleh merubah fikiran kita dan apa yang kita fikirkan tentang situasi-situasi tersebut walau seburuk manapun ia. Rahsianya, cari sinar mentari di sebalik mendungnya awan. Walaupun ada perkara yang terjadi tidak berpihak kepada anda, tetapi anda harus mencari cara bagaimana anda boleh jumpa nilai-nilai positif di dalamnya. Anda menjadi apa yang anda selalu fikirkan. Fikiran yang buruk akan mendapat akibat yang buruk. Ini hukum alam dan dinamakan juga hukum sebab dan akibat atau dikenali sebagai ‘Law Of Attraction’.

10. Keraskan hati

Akhir sekali, keraskan hati anda. Keraskan hati bermaksud hati anda mempunyai kesabaran yang tinggi, pandai mengawal emosi dan menerima hakikat dengan hati terbuka. Allah menurunkan musibah, permasalahan dan macam-macam lagi bukan sekadar dugaan, tapi balasan pada perbuatan-perbuatan anda di masa lalu. Buat baik, dibalas baik, begitu juga sebaliknya.


Sumber: Google


Itulah perlunya kita bersikap baik dan berfikir yang baik-baik pada semua orang, benda, perkara, situasi dan keadaan. Sebelum masuk tidur, set minda untuk jadi ceria pada keesokan harinya dan lafazkan dengan nada berbisik, relaks dan tidak terlalu mendesak diri. Selepas bangun tidur, katakan pada diri ini adalah hari yang baru untuk anda dan tekadkan diri untuk menjadikan hari yang baru itu hari yang baik, lebih baik dari sebelumnya.

Sebagai rangkuman daripada 10 cara merawat rasa sedih di atas, saya boleh katakan bahawa perasaan sedih boleh dikawal dengan akal yang waras dan sentiasa positif dalam hidup. Fikirkan bahawa bukan anda seorang yang merasa demikian, sedih ditinggalkan, sedih kehilangan orang tersayang, sedih kerana kesunyian dan sebagainya. Tanamkan dalam diri anda bahawa anda seorang yang harus teruskan hidup demi kebahagiaan orang tersayang yang mengharapkan anda.

Hidup harus dilalui dengan penuh bermakna!    

Aynora Nur adalah seorang penulis blog separuh masa, terlibat dalam bidang hartanah dan perkhidmatan – di Johor, Malaysia. Lulusan MBA. Aktif berblog sejak tahun 2010. Hubungi saya untuk Promosi produk dan servis • Entry kekal di blog • • Pakej mengikut bajet • Daily PV : 35,000 - 45,000 • Monthly PV : 1.1juta - 1.5juta. Info lanjut di about me ...
 
loading...
2 Komen untuk "10 Cara Merawat Rasa Sedih"

Assalamualaikum aynora. wahh bagus ni cara nak merawat rasa sedih.. biasa sheila tidur.. hihi lepas bangun tu hilang sikit rasa sedih.. selamat pagi, sheila singgah sambil klik tabung sini ~~~

Waalaikumussalam..memang benar Sheila. Tidur dan bangun dengan azam baru. Lupakan perkara yang lepas, move forward...

DISCLAIMER: All content provided on this "Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Kisah 25 Filsuf Barat (MATLUTHFI)!! Harga cuma RM22.50 (Asal RM25.00)!

Buat Duit Blog
Back To Top