Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Berita Terkini MH370 Hilang, Pray For MH370

Berita Terkini MH370 Hilang, Pray For MH370 - Secara ringkasnya, MH370 pesawat MAS telah hilang dari radar dan gagal dihubungi pada 1.30 pagi hari Sabtu, 8 Mac 2014 selepas berlepas dari KLIA pada pukul 12.40 pagi. Radar tidak dapat mengesan pesawat. Segala komunikasi utama tidak memberi sebarang isyarat. Backup system tidak memberi sebarang isyarat. Usaha pencarian pun dimulakan.


Sumber: Google

Berita Terkini MH370 Hilang, Pray For MH370


UPDATES MH370 HILANG!!

15/3/2014

Titik misteri yang dikesan dalam radar Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) sekitar ruang udara di utara Malaysia sebelum hilang disahkan sebagai pesawat MH370 milik Malaysia Airlines yang hilang sejak Sabtu lalu.

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pengesahan pesawat tersebut dibuat berdasarkan data kasar dari satelit yang diperoleh dari penyedia data servis satelit.

“Berdasarkan data kasar dari satelit yang diperoleh, kami boleh mengesahkan disini bahawa pesawat tersebut adalah pesawat MH370 dan pengesahan ini dilakukan setelah hasil penelitian data-data dari pihak-pihak yang terlibat seperti FAA, NTSB, AAIB dan pihak berkuasa Malaysia,” kata Najib dalam satu sidang media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang tadi.

Read more at:http://www.astroawani.com/news/show/titik-misteri-dalam-radar-tudm-adalah-pesawat-mh370-pm-31876?cp

1. MH370:Aset canggih Diego Garcia dapat bantu kesan pesawat, kata Tom Ballantyne - "Kita harus ingat bahawa peralatan ini digunakan untuk mencari kapal selam musuh. Ia boleh juga mencari logam yang besar di bawah laut. Ia boleh membantu mengesan logam pesawat," kata beliau ketika dihubungi ketika Astro AWANI Khas.

2. MH370: Pesawat dipesongkan oleh "seseorang" ke Kepulauan Andaman? - Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussien mengulas mengenai laporan tentang pesawat MH 370 yang didakwa menuju ke Lautan Andaman.

Sudah hampir seminggu, pesawat MH370 Penerbangan Malaysia (MAS) masih gagal ditemui dan pelbagai dakwaan dan andaian kian timbul mengenai kehilangan pesawat itu. Pesawat Boeing 777-200 yang masih hilang itu dipercayai telah terbang merentasi Semenanjung Malaysia dan menuju ke Kepulauan Andaman berdasarkan pengesanan yang dilakukan oleh radar tentera.

3. MH370:Satu penantian panjang buat isteri penumpang pesawat - Terdapat ramai suami yang menjadi penumpang penerbangan MAS MH370 yang hilang dalam perjalanan ke Beijing. Kehilangan mereka menjadi suatu penantian yang amat panjang kepada isteri masing-masing.

4. MH370:Operasi diperluas, banyak persoalan masih belum terungkai - Sudah hampir seminggu sejak kehilangan Pesawat MH370 Penerbangan Malaysia dari Kuala Lumpur ke Beijing pada Sabtu lalu dan pasukan pencari dan penyelamat masih gagal merungkaikan misteri kehilangan pesawat tersebut.

5. MH370:Pesawat sepatutnya berada dalam radius tertentu - Jika pada mulanya situasi penuh huru-hara kerana kejadian seperti ini tidak pernah berlaku, ia boleh difahami. Namun, sudah satu minggu siasatan dan operasi SAR yang melibatkan 13 buah negara telah dijalankan, jadi semuanya sepatutnya lebih tersusun.
MH370 berlepas dari KLIA pada jam 12.41 tengah malam. Data yang diperolehi daripada radar awam dan tentera menunjukkan bahawa pesawat mula memasuki ruang udara Vietnam dan kemudian terputus hubungan radio pada 1:30 pagi, dan kemudiannya terputus hubungan radar pada 2:15 pagi 205 batu dari barat laut Pulau Pinang.

Dengan semua data yang diperolehi, kawasan SAR bermula di Laut China Selatan dan kemudian diperluaskan ke pantai barat Malaysia, khususnya Selat Melaka.

6. MH370: Budaya sebar spekulasi di alam maya semakin parah- Sejak pesawat MH370 milik Malaysia Airlines dilaporkan hilang pada 8 Mac lalu, pelbagai teori dan spekulasi liar ditimbulkan oleh pelbagai pihak sama ada dari dalam mahupun luar negara. Pelbagai andaian ditebak sama ada daripada mereka yang berlatar-belakangkan bidang penerbangan dan keselamatan, malah tidak kurang juga daripada mereka yang hanya duduk di depan komputer atau peranti telapak tangan tetapi turut sama mahu menjadi pakar penganalisis segera.

7. MH370: Aset canggih AS di Diego Garcia dapat membantu SAR di Lautan Hindi - Ketua Koresponden Orient Aviation Tom Balentyne berkata aset milik pangkalan tentera Amerika Syarikat di Diego Garcia dapat membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) di Lautan Hindi. "Mereka mempunyai aset yang banyak kerana pangkalan tentera Amerika Syarikat di Diego Garcia digunakan kerana situasi di rantau Teluk terutama sekali Iraq. Mereka mempunyai kapal terbang dan kapal laut yang boleh bergerak dengan pantas. Ia juga menggunakan teknologi terkini dan canggih."

8. MH370: Tentera laut India perluas carian hingga ke pantai Chennai - Tentera Laut India memperluas pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370 yang masih hilang hingga ke pantai Chennai di bandar raya selatan India. Corak pencarian semasa MH370 oleh Tentera Laut India ialah mencari di dua kawasan baharu ditambah pada hari Jumaat bersama-sama di pantai Chennai.

9. MH370: Satelit China kesan 3 objek dipercayai ada kaitan dengan kehilangan pesawat - Satelit negara China mendakwa menemui tiga objek yang terapung di perairan Laut Cina Selatan yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kehilangan pesawat Boeing 777 - MH370 Sabtu lalu.

Menurut laporan berita saluran CNN itu, objek-objek terabit dianggarkan berukuran sekitar 13 kali 18 meter, 14 kali 19 meter dan 24 kali 22 meter.

10. MH370: Pentagon ada "petunjuk" pesawat MAS mungkin ada di Lautan Hindi - Pegawai Amerika Syarikat mendedahkan ada "petunjuk" pesawat Malaysia Airlines yang hilang sejak 8 Mac lalu mungkin terhempas di Lautan Hindi dan sedang menggerakkan kapal USS Kidd ke kawasan untuk mencarinya, lapor stesen televisyen ABC News.

Pegawai kanan Pentagon itu memberitahu ABC News, pihaknya memerlukan masa 24 jam untuk menggerakkan kapalnya ke kawasan itu.

11. MH370: Pesawat terbang selama empat jam dari lokasi terakhir ia dikesan -WSJ - Penyiasat Amerika Syarikat (AS) mendakwa pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 berada di udara selama empat jam daripada lokasi terakhir ia dikesan, lapor Wall Street Journal, yang memetik dua sumber. Laporan itu menyusul ketika pihak berkuasa masih tidak dapat memastikan tentang perairan mana patut lokasi mencari dijalankan selepas ia dilaporkan hilang Sabtu lalu.

12. MH370: Pekerja pelantar minyak New Zealand dakwa nampak pesawat terbakar - Seorang pekerja pelantar minyak New Zealand mendakwa melihat sebuah pesawat terbakar dan terjunam, dan percaya objek tersebut adalah pesawat MH370 yang hilang. Maklumat itu didedahkan wartawan Australia, selepas mendapat surat yang dikirim Michael Mckay. Mckay adalah pekerja pelantar minyak di Sonha Mercur, Tenggara Vietnam. Dalam suratnya dia mendakwa pesawat yang dilihatnya adalah MH370. Ini adalah berdasarkan waktu pesawat itu dilaporkan hilang.

Artikel di atas adalah gabungan ringkasan berita terkini tentang MH370 yang hilang yang masih menjadi misteri hingga kini. Marilah kita bersama-sama mendoakan perkara-perkara yang baik-baik dan berprasangka yang baik juga untuk semua penumpang MH370 yang masih belum ditemui.

#Pray For MH370
#Sumber

Read More ....


Post a Comment

2 Comments

  1. Moga Allah berikan petunjuknya.. Hnya Dia yg Maha Mnegetahui...

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close