Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Cara Mudah Bayar Cukai Pendapatan Di Bank Terpilih

Cara Mudah Bayar Cukai Pendapatan Di Bank Terpilih - Demam Income Tax dah bermula. Anda sudah buat tugas anda sebagai pembayar cukai? Untuk tahun taksiran 2013, tarikh akhir penghantaran borang secara online dan serahan kaunter adalah pada 30 April 2014 bagi cukai pendapatan individu. Bagi perniagaan pula tarikh akhir serahan borang cukai pendapatan adalah pada 30 Jun 2014.




Cara Mudah Bayar Cukai Pendapatan Di Bank Terpilih

a) Bayaran di Kaunter


Bayaran Cukai Pendapatan, Cukai keuntungan Harta Tanah (CKHT) dan Potongan Cukai Bulanan (PCB) bagi Individu dan Syarikat boleh dibuat secara tunai, cek dan arahan debit akaun di semua cawangan ejen-ejen LHDNM yang berikut:
  • CIMB Bank
  • Public Bank
  • Maybank
  • POS Malaysia
  • Affin Bank
  • Bank Rakyat
  • RHB Bank

Nota:
  • Hanya bayaran secara tunai sahaja yang diterima di kaunter POS Malaysia.
  • Bayaran Potongan Cukai Bulanan (PCB) melalui kaunter hanya disediakan di CIMB Bank dan Public Bank. Bayaran Potongan Cukai Bulanan di kaunter bank perlulah disertakan disket yang mengandungi maklumat pekerja yang terlibat dengan PCB dan maklumat tersebut mestilah mengikut speksifikasi yang telah ditetapkan oleh LHDNM.

Maklumat berikut perlu diisi ke dalam slip bayaran di bank:

i. Kod Bayaran
ii. Nama Pembayar Cukai/Majikan
iii. No. Rujukan Cukai/No Rujukan Majikan
iv. No. Kad Pengenalan
v. Tahun Taksiran bagi bayaran yang dibuat/Tahun dan Bulan potongan bagi bayaran PCB
vi. Amaun bayaran

b) Bayaran Melalui Internet


Kemudahan pembayaran Cukai Pendapatan, Cukai keuntungan Harta Tanah (CKHT) dan Potongan Cukai Bulanan (PCB) melalui saluran elektronik ejen-ejen LHDNM yang dilantik seperti berikut;


Bayaran Cukai Pendapatan dan CKHT melalui https://www.posonline.com.my

(Debit akaun pembayar cukai melalui CIMBClicks, Bank Rakyat, Hong Leong Online, RHB Bank, MEPSCASH, Bank Islam, EON Bank, Al-Rajhi Bank dan Affin Bank)
Bayaran PCB sahaja melalui http://www.ambankgroup.com/en/Business/CashManagement
Bayaran PCB sahaja melalui http://www.ocbc.com.my
Bayaran PCB sahaja melalui HSBC, sila hubungi 1300-88-1128 atau 603-8321 5511
Bayaran PCB sahaja melalui https://ebanker2.bankislam.biz

c) Bayaran Melalui ATM


Bayaran Cukai Pendapatan dan Cukai Keuntungan Harta Tanah Individu boleh dilakukan melalui Auto Teller Machine (ATM) di bank-bank berikut;
  • Public Bank
  • Maybank
  • CIMB Bank

Bagi membolehkan anda membayar melalui mesin ATM, anda perlulah mempunyai kad ATM bank yang berkenaan dan maklumat yang perlu disediakan untuk melaksanakan transaksi ini adalah nombor rujukan cukai.

d) Bayaran Melalui Tele-Perbankan


Bayaran Cukai Pendapatan dan Cukai Keuntungan Harta Tanah melalui perkhidmatan tele-perbankan disediakan melalui;
  • Maybank – Kawanku Phone Banking (1-300-88-6688) 

e) Bayaran Melalui Mesin Deposit Cek (Cheque Deposit Machine)

Bayaran Cukai Pendapatan dan Cukai Keuntungan Harta Tanah individu disediakan melalui;
  • Public Bank Berhad – Mesin Deposit Cek (CDM)

f) Bayaran Melalui Mesin Deposit Wang (Cash Deposit Machine)

Bayaran Cukai Pendapatan dan Cukai Keuntungan Harta Tanah individu disediakan melalui;
  • CIMB Bank Berhad – Mesin Deposit Tunai (CAM) 

Read More ....


Post a Comment

2 Comments

  1. sangat menarik!
    https://cukaipendapatan.wordpress.com/2017/05/04/lara-alana-sudah-mula-bayar-cukai-pendapatan-tahun-ini/

    ReplyDelete
  2. Artikel yang sangat infomatif, thanks sebab share!!

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close