Jadual Gaji, Elaun Dan Kemudahan Guru Sandaran

aynora nur | 10 March, 2014,10:54 AM |
Advertisement
Guru Sandaran dan Syarat Perlantikan - Saya pernah ditawarkan menjadi guru sandaran pada satu masa dahulu. Dan, saya juga pernah mendapat tawaran belajar di Maktab Perguruan Durian Tunggal Melaka pengajaran dalam Bahasa Inggeris, itu pun cerita dulu. Tetapi saya menolak tawaran tersebut kerana kurang berminat dan saya lebih sukakan bidang finance dan pentadbiran. Akhirnya, saya buat ijazah pentadbiran perniagaan dan MBA dengan duit saya sendiri dan juga bantuan PTPTN. Hehe...

Guru Sandaran adalah seseorang yang diambil bertugas sebagai guru di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk sesuatu tempoh bagi mengisi kekosongan hakiki dan ianya belum lagi dilantik oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP). Upahan yang diterima oleh seseorang Guru Sandaran adalah dalam bentuk elaun bulanan sahaja.

Guru Sandaran Terlatih

Seseorang Guru Sandaran Terlatih (GST) selain daripada memiliki kejayaan akademik yang diiktiraf oleh Kerajaan, mestilah juga mempunyai kelayakan ikhtisas yang telah diiktiraf serta kelayakan Bahasa Malaysia. Perlantikan mereka adalah diuruskan oleh KPM khususnya Bahagian Sumber Manusia.

Guru Sandaran Tidak Terlatih

Seseorang Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) hanya memiliki kelayakan akademik dan kelayakan Bahasa Malaysia sahaja. Perlantikan mereka adalah diuruskan oleh Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) atau Jabatan/Bahagian berkaitan seperti Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendidikan Islam dan Moral dan Jabatan Pendidikan Khas, KPM dan Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM)


Jadual Gaji Dan Elaun Guru Sandaran

Sumber: moe.gov.my

Elaun dan Kemudahan

Elaun dan Kemudahan yang layak diterima oleh GST dan GSTT adalah:
1. Elaun bulanan berdasarkan tangga elaun yang diluluskan oleh Jawatankuasa Kabinet Gaji dan telah dilaksanakan melalui perkeliling Perkhidmatan Bil.4 Tahun 2002 dan pindaan-pindaan jika ada dari masa ke semasa.
2. Imbuhan Tetap Khidmat Awam atas kadar yang dinikmati oleh PPP yang setaraf di dalam Skim Perkhidmatan yang sama.
3. Elaun-elaun untuk mengatasi kos sara hidup yang tinggi di sesebuah negeri/daerah atau kadar yang sama dengan yang diterima oleh guru-guru tetap yang setaraf dengannya seperti berikut:-
  • Elaun Penempatan Khas jika dihantar bertugas dari semenanjung ke Sabah
  • Elaun di Sabah dan Sarawak bagi mereka yang berasal dari negeri tersebut
  • Elaun Hidup Sementara bagi mereka yan bertugas di Bintulu, Sarawak.
  • Elaun Bantuan Sara Hidup (COLA)
4. Elaun-elaun dan lain-lain bayaran mengikut syarat peraturan di bawah perkeliling Perkhidmatan Bil.8/1980 dan pindaan berkaitan apabila menjalankan tugas rasmi di luar kawasan ibu pejabat.
5. Cuti Sakit di bawah Perintah Am 17 Bab C.
6. Kemudahan Perubatan dan Pergigian, kelayakan dan wad di Hospital dan Klinik-Klinik Kerajaan atas syarat-syarat dan peraturan yang sama seperti guru-guru tetap yang setaraf.
7. Elaun Subsidi Sewa Rumah (Rental Celling) bagi GST daripada Semenanjung yang dihantar bertugas ke Sabah dan Sarawak.

Kemudahan-kemudahan yang tidak layak diperolehi oleh GST dan GSTT

1. Rawatan Perubatan di Luar Negeri
2. Cuti Bersalin
3. Pinjaman Perumahan/Kenderaan
4. Lain-lain Kemudahan/elaun yang tidak dipanjangkan lepada guru-guru sandaran oleh mana-mana perkeliling.

Untuk maklumat lanjut berkaitan guru sandaran, boleh layari website yang berkaitan:   http://moe.gov.my/v/praperkhidmatan

p/s: Saya hanya berkongsi untuk maklumat umum kepada mereka yang berminat menjadi guru sandaran. Semoga ianya bermanfaat.
Aynora Nur adalah seorang penulis blog separuh masa, terlibat dalam bidang hartanah dan perkhidmatan – di Johor, Malaysia. Lulusan MBA. Aktif berblog sejak tahun 2010. Hubungi saya untuk Promosi produk dan servis • Entry kekal di blog • • Pakej mengikut bajet • Daily PV : 35,000 - 45,000 • Monthly PV : 1.1juta - 1.5juta. Info lanjut di about me ...
 
loading...
4 Komen untuk "Jadual Gaji, Elaun Dan Kemudahan Guru Sandaran "
DISCLAIMER: All content provided on this "Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Kisah 25 Filsuf Barat (MATLUTHFI)!! Harga cuma RM22.50 (Asal RM25.00)!

Buat Duit Blog
Back To Top