Jenis Pendapatan Yang Dikecualikan Cukai

aynora nur | 05 March, 2014,5:40 PM |
Advertisement
Jenis Pendapatan Yang Dikecualikan Cukai - Sebelum ini saya ada kongsikan berkaitan cukai pendapatan tahun taksiran 2013 dan kadarnya. Selain itu ada juga saya tulis pasal jenis pendapatan yang dikenakan cukai. Tetapi, kali ini kita kongsi maklumat tentang jenis pendapatan yang dikecualikan cukai pulak.

Saya tahu mungkin ada antara pembaca blog yang baru pertama kali menghantar Borang Cukai Pendapatan. Ada juga yang kurang jelas tentang pendapatan yang dikecualikan cukai. So, jom baca dan semak apa yang dikecualikan cukai daripada pendapatan kita...


Jenis Pendapatan Yang Dikecualikan Cukai

1. Tambang Perjalanan

Tambang percutian dalam Malaysia yang tidak melebihi tiga kali dalam satu tahun kalendar, atau Tambang percutian ke luar Malaysia yang tidak melebihi sekali dalam mana-mana tahun kalendar, terhad kepada amaun maksimum RM3,000.

Harap maklum bahawa tambang percutian yang dimaksudkan adalah kos tambang sahaja. Kos-kos lain tidak dianggap sebagai kos tambang. Contohnya kos makan, kos tempat penginapan dan sebagainya kena cukai tau...

Updates!!:
Berkuatkuasa mulai tahun taksiran 2007, amaun manfaat tambang percutian dalam negeri yang dikecualikan diperluaskan untuk meliputi kos makanan dan penginapan yang diberi berhubung dengan manfaat tambang
percutian dalam negeri.

Contohnya:

Encik Harun layak menikmati manfaat tambang percutian tahunan dalam negeri sebanyak RM6,000 mengikut terma-terma penggajiannya. Beliau melancong ke Kuching bersama suami dan tiga orang anaknya dalam bulan Februari 2013. Beliau menuntut kos tambang percutian, makanan dan penginapan berjumlah
RM3,000 daripada majikannya. Puan Ani dikecualikan cukai atas keseluruhan kos tambang percutian, makanan dan penginapan berjumlah RM3,000. 


2. Manfaat Perubatan & Pergigian

Mulai tahun taksiran 2008, manfaat perubatan yang dikecualikan cukai diperluaskan untuk meliputi perbelanjaan materniti dan perubatan tradisional seperti ayurvedic dan akupuntur. Pengecualian cukai bagi manfaat ini tiada had limit.

3. Ganjaran Persaraan

Bayaran ganjaran persaraan yang diterima oleh pekerja pada masa persaraan dikecualikan sepenuhnya daripada cukai jika:

  • Ketua Pengarah berpuas hati bahawa persaraan daripada penggajian adalah disebabkan oleh keuzuran.
  • Persaraan itu berlaku pada atau selepas seseorang itu mencapai umur 55 tahun atau mencapai umur wajib bersara dari penggajian dan telah berkhidmat berturutan selama 10 tahun dengan majikan yang sama atau dengan syarikat di dalam kumpulan yang sama.
  • Persaraan itu berlaku apabila mencapai umur wajib bersara di bawah satu kontrak penggajian atau perjanjian kolektif pada umur 50 tahun tetapi sebelum 55 tahun dan telah berkhidmat selama 10 tahun dengan majikan yang sama atau dengan syarikat dalam kumpulan yang sama.

4. Ganjaran yang dibayar kepada pekerja dari kumpulan wang awam

Ganjaran yang dibayar kepada pekerja dari kumpulan wang awam apabila bersara daripada penggajian di bawah mana-mana undang-undang bertulis.

Ganjaran yang dibayar kepada pegawai kontrak

Ganjaran yang dibayar daripada kumpulan wang awam kepada pegawai kontrak apabila perkhidmatan kontraknya tamat (walaupun kontraknya diperbaharui).

5. Pendapatan Pampasan

Pampasan adalah bayaran yang diterima oleh seseorang pekerja daripada majikannya akibat diberhentikan kerja dan bayaran ini mungkin dibayar sebelum atau selepas pekerja diberhentikan.

Pampasan yang dikecualikan :

Pampasan yang diterima kerana keuzuran atau gangguan kesihatan – dikecualikan sepenuhnya.

Pampasan yang diterima kerana sebab-sebab lain:

Pemberhentian kerja sebelum 1 Julai 2008. Pengecualian RM6,000 diberikan bagi setiap tahun lengkap perkhidmatan dengan majikan yang sama atau syarikat-syarikat dalam kumpulan sama.

Pemberhentian kerja pada atau selepas 1 Julai 2008. Pengecualian RM10,000 diberikan bagi setiap tahun lengkap perkhidmatan dengan majikan yang sama atau syarikat-syarikat dalam kumpulan yang sama.

Semoga dengan sedikit penerangan di atas dapat membantu kita mengisi borang cukai pendapatan terutamanya bagi cukai pendapatan perseorangan atau individu. Jika cukai pendapatan perniagaan, biasanya setiausaha syarikat yang akan mengemukakan kepada pihak LHDN.

Semoga bermanfaat.
Aynora Nur adalah seorang penulis blog separuh masa, terlibat dalam bidang hartanah dan perkhidmatan – di Johor, Malaysia. Lulusan MBA. Aktif berblog sejak tahun 2010. Hubungi saya untuk Promosi produk dan servis • Entry kekal di blog • • Pakej mengikut bajet • Daily PV : 35,000 - 45,000 • Monthly PV : 1.1juta - 1.5juta. Info lanjut di about me ...
 
loading...
11 Komen untuk "Jenis Pendapatan Yang Dikecualikan Cukai"

ohhh..macam itu rupanya ye. kena salin ni.

Tambang percutian pun dikecualikan ye.

yes MT, terhad sehingga RM3,000 sahaja

Nk tnya kalau x cukup setahun mcm mna?

Belum cukup setahun pun kena daftar income tax, jika jumlah pendapatan tak cukup untuk dikenakan cukai, maka sdr/i akan dilepaskan dari kenaan cukai.

nk tnya klu suami dikenakan cukai pendapatan mnkala isteri tidak dikenakan cukai pendapatan, so klu na isi form BE msk kategori mn satu?

kategori BE Individu, hanya masukkan nama isteri dan IC. Kemudian taksiran pilih individu.bukan bersama...(maaf jika khilaf)

Nk tny, saya ni kakitangan awam. Saya pegi melancong. So boleh tak saya dapat pelepasan cukai bila cmpur tambang, sewa hotel dan makan minum?

jika melancong dalam negeri boleh dikecualikan. Yg dikecualikan cukai adalah atas keseluruhan kos tambang percutian, makanan dan penginapan berjumlah RMX,XXX, bergantung berapa had kelayakan anda seperti dlm penggajian.

DISCLAIMER: All content provided on this "Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Kisah 25 Filsuf Barat (MATLUTHFI)!! Harga cuma RM22.50 (Asal RM25.00)!

Buat Duit Blog
Back To Top