Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Jenis Pendapatan Yang Dikenakan Cukai

Jenis Pendapatan Yang Dikenakan Cukai - Apabila mengisi borang cukai pendapatan, tentu kita ada terjumpa item Jenis Pendapatan. Jadi jenis pendapatan yang bagaimanakahyang dikenakan cukai?

Jom kita baca info di bawah. Sebagai rakyat Malaysia yang membayar cukai, kita harus ambil tahu sedikit sebanyak tentang jenis pendapatan yang dikenakan cukai. Langkah kerajaan memperkenalkan e-filing pun bagus sebagai satu pendidikan tak formal kepada rakyat Malaysia untuk memfailkan sendiri cukai pendapatan mereka.



Jenis Pendapatan Yang Dikenakan Cukai


Pada amnya pembayar cukai dikehendaki membayar cukai atas semua jenis pendapatan yang diperoleh, iaitu:

Perniagaan atau profession - Pendapatan kasar perniagaan termasuk penerimaan tunai bagi barang-barang yang dijual atau perkhidmatan yang diberikan, semua hutang yang terbit daripada barang-barang yang dijual dan perkhidmatan yang diberikan, penerimaan berupa barangan, hutang lapuk perniagaan yang pulih, pampasan insurans yang diterima berhubung dengan kerugian perniagaan dan pengeluaran atau pengambilan stok dagangan untuk kegunaan sendiri.

Penggajian - Gaji, bonus, yuran pengarah, komisen dan apa-apa perkuisit [seperti skim opsyen saham (Ketetapan Umum No. 4/2004), premium insurans/yuran sekolah dan tuisyen yang dibayar oleh majikan] hendaklah dilaporkan. Perbelanjaan keraian dan perjalanan adalah potongan yang dibenarkan dengan syarat perbelanjaan dilakukan dalam menghasilkan pendapatan penggajian dan dalam menjalankan tugas rasmi. Tuntutan perbelanjaan keraian dihadkan kepada jumlah elaun keraian yang dimasukkan sebagai pendapatan kasar daripada penggajian. Sekiranya perbelanjaan dibayar ganti oleh majikan, ia tidak merupakan perbelanjaan yang boleh dituntut sebagai potongan dan juga tidak dikenakan cukai. 

Dividen - Masukkan pendapatan berpunca dari dividen / pengagihan pendapatan daripada syarikat dan amanah unit [selain dari Amanah Pelaburan Harta Tanah (REIT) atau Tabung Amanah Harta (PTF)] yang telah dikenakan cukai atas kadar 25%.
Faedah - Pendapatan faedah yang diterima oleh individu bermastautin daripada wang yang didepositkan dalam institusi berikut adalah dikecualikan cukai: 
(i) Bank atau syarikat kewangan yang dilesenkan atau yang disifatkan dilesenkan di bawah Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989; 
(ii) Bank yang dilesenkan di bawah Akta Perbankan Islam 1983; 
(iii) Institusi kewangan pembangunan yang ditetapkan di bawah Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002; 
(iv) Lembaga Tabung Haji yang ditubuhkan di bawah Akta Tabung Haji 1995; 
(v) Malaysia Building Society Berhad yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965; dan 
(vi) Borneo Housing Finance Berhad yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965.

Diskaun - Pendapatan diskaun berpunca daripada pelaburan seperti bil perbendaharaan. 

Sewa - Penerimaan dari sewaan rumah, rumah kedai, tanah, loji, mesin, perabot dan lain-lain. 

Royalti - Penerimaan dari penggunaan hak cipta/paten yang melebihi had pengecualian seperti berikut dikenakan cukai: 
  
Jenis Royalti 
(i) Penerimaan dari penerbitan hasil seni/ rakaman pita/cakera ~ Pengecualian RM10,000 
(ii) Penerimaan hasil penterjemahan buku/ karya Kesusasteraan ~ Pengecualian RM12,000 
(iii) Penerimaan hasil penerbitan karya kesusasteraan/ lukisan asli/penggubahan muzik ~ Pengecualian RM20,000

Pencen - Pencen yang diterima dari Malaysia dikecualikan cukai jika bersara pada umur 55 tahun atau pada umur persaraan wajib di bawah mana-mana undang-undang bertulis atau persaraan atas sebab keuzuran dan pencen tersebut diterima daripada Kerajaan atau skim pencen yang diluluskan. Di mana seseorang mendapat lebih daripada satu pencen, hanya pencen yang tertinggi dikecualikan. Pencen yang lain hendaklah dilaporkan.
Anuiti - Jumlah yang ditetapkan mengikut syarat-syarat wasiat atau pelaburan wang yang melayakkan waris atau pelabur menerima bayaran tahunan, sama ada untuk selama-lamanya atau sesuatu tempoh.
Lain-lain - Premuim, Bayaran yang dibuat berulang kali pada masa-masa tertentu dan juga  Pendapatan lain seperti bayaran sekali sekala untuk penyiaran, syarahan, tulisan atau sebagainya yang terbit daripada usaha/pekerjaan sampingan atau sambilan. 

Semoga sedikit perkongsian yang saya paparkan di atas dapat mrmbantu kita lebih memahami tentang jenis pendapatan yang dikenakan cukai. Paling tidak, kita tahu berapa banyak kadar gaji yang kita perolehi itu dikenakan cukai.

Read More ....


Post a Comment

6 Comments

  1. ingat nak bisness online je..rasa kena cukai jugak tak..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. mestilah kena KSD, namanya cukai perniagaan...

      Delete
  2. Assalamualaikum aynora. wahh banyak jenis rupanya... ingatkan asal terkaya lebih je kena bayor cukai tu ~~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam sheila...hihi, tak kayo pun keno..

      Delete
  3. saya masih belum dikenakan cukai. hehe..

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close