Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Kadar Cukai Pendapatan Tahun Taksiran 2013-2014

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) adalah salah satu agensi utama di bawah Kementerian Kewangan yang bertanggungjawab memungut dan mentadbir cukai langsung negara.

LHDNM ditubuhkan di bawah Akta Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia 1995 untuk memperolehi lebih kuasa terutamanya dalam bidang kewangan dan pengurusan kakitangan bagi meningkatkan kualiti pentadbiran percukaian.

Dahulu dikenali sebagai Jabatan Hasil Dalam Negeri Malaysia(JHDNM), ia diperbadankan pada 1hb Mac 1996 dan dikenali sebagai Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).

Agensi ini bertanggungjawab bagi keseluruhan pentadbiran cukai langsung di bawah akta berikut :

  • Akta Cukai Pendapatan 1967, 
  • Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967,
  • Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976,
  • Akta Penggalakan Pelaburan 1986, 
  • Akta Setem 1949, 
  • Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Luar Pesisir Labuan 1990.


Kadar Cukai Pendapatan Tahun Taksiran Tahun 2013-2014 



Untuk kemudahan pembayar cukai, mereka boleh menggunakan perkhidmatan FPX sebagai Gateway untuk pengguna membayar cukai.

Pengguna perlu mempunyai akaun perbankan internet dengan mana-mana bank yang menyertai FPX. Bank-bank yang terlibat dengan FPX adalah:

  • Bank Islam Malaysia Berhad
  • CIMB Bank
  • Hong Leong Bank Berhad
  • Maybank2e / Maybank2U
  • Public Bank Berhad
  • RHB Bank Berhad

Sila layari : https://epayment.hasil.gov.my - e-Bayaran, https://ekls.hasil.gov.my/ - e-PCB dan http://eapps.hasil.gov.my/ - e-Data PCB untuk maklumat lanjut.

Semoga bermanfaat.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close