Header Ads

Khasiat Pokok Selasih


Advertisement
Khasiat Pokok Selasih - Pokok selasih banyak khasiatnya. Ia adalah sejenis pokok ulaman yang boleh ditanam menggunakan biji benihnya. Selasih boleh ditanam di atas batas dengan jarak tanaman 30 cm antara pokok dalam baris dan 60 cm antara baris.



Biji Selasih


Bahagian tanaman selasih yang sering digunakan adalah bijinya. Biji selasih sering digunakan sebagai pelengkap makanan seperti sebagai pelengkap minuman sejuk, jelly ataupun lainya. Biji selasih memiliki warna hitam kecil dan dikelilingi warna putih bening diluarnya. Bukan hanya sebagai bahan pelengkap makanan, biji selasih sangat berkhasiat untuk menyembuhkan berbagai macam penyakit.




Biji selasih banyak digunakan sebagai campuran dalam air sirap. Biji selasih sangat baik untuk mengatasi gangguan pencernaan seperti sembelit, gunakanlah biji selasih secukupnya bila perlu penggunaan biji selasih disajikan dengan makanan.

Daun Selasih


Sementara itu, daun selasih adalah sejenis ulam yang berkhasiat. Ia boleh dimakan secara mentah ataupun direndam dengan air panas, buat teh. Selasih juga enak dijadikan ulam dan dicicah sambal cili. Kedua-dua cara tersebut mempunyai kebaikan dari sudut kesihatan. Daun Selasih atau nama lain nya ruku-ruku dipercayai boleh merawat keradangan usus dan sakit2 sendi.

Antara Khasiat Daun Selasih adalah sebagai rawatan untuk gatal gatal pada tekak, bertindak sebagai perangsang, pelawas kencing, mengeluarkan peluh, merawat sakit kepala, masalah pembuangan air besar bagi kanak-kanak, kurap, batuk, rawatan selepas bersalin, demam panas dan asma. Juga boleh menambah air susu khusus untuk kaum ibu yang menyusukan anak.

Antara lain ia juga boleh meredakan demam, merawat keradangan usus, penyakit kulit, merawat kencing manis dan gangguan pernafasan.

Secara amnya, pokok selasih banyak kegunaan dan daunnya mempunyai aroma yang harum dan menenangkan. Tidak hairanlah salah satu khasiatnya adalah sebagai penenang. Jika kita susah tidur, cuba ambil daun selasih dan hidu daunnya. Insya Allah kita boleh tidur lena ataupun jadikan teh dengan direndam daunnya dengan air panas.

Selamat mencuba dan mendapat manfaat daripada perkongsian di atas.

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.