Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

MH370 Hilang, Apa Itu Transponder, Black Box Dan Radar

MH370 Hilang, Apa Itu Transponder, Black Box Dan Radar - Insiden MH370 hilang telah membuka mata ramai pihak dan secara tak sengaja mengundang rasa ingin tahu dari kalangan orang awam tentang aspek teknikal yang biasa digunakan oleh pesawat. Begitu juga dengan saya sendiri. Saya mencari dan cuba faham apa yang sebenarnya sedang berlaku dan boleh berlaku. Mari kita ketahui secara ringkas perkara yang berkaitan.


Sumber: Google

MH370 Hilang, Apa Itu Transponder, Black Box Dan Radar


Apa itu transponder?
Ia pemancar gelombang radio yang dikesan radar dan menghantar maklumat penerbangan seperti nama pesawat, kelajuan dan altitud. Maklumat ini digunakan menara kawalan udara untuk memantau pergerakan pesawat.

Bolehkah transponder dimatikan?

Transponder terletak dalam kokpit dan boleh dimatikan atau diletakkan dalam mode tertentu secara manual oleh juruterbang. Bagaimanapun, kebarangkalian untuk juruterbang berbuat demikian adalah rendah, kecuali ada pihak ketiga, termasuk perampas dalam kokpit.

Apakah kotak hitam (black box)?

Kotak berwarna oren itu mengandungi maklumat penting terutama data penerbangan dan rekod perbualan juruterbang. Ia penting bagi merungkai apa sebenarnya berlaku dalam MH370. Kotak itu mengeluarkan isyarat kecemasan ketika rempuhan atau apabila ia menyentuh air. Ia juga mengandungi isyarat ultrasonik yang boleh dikesan sejauh 6 kilometer.
Apakah fungsi radar?

Radar ialah sistem pengesanan objek menggunakan gelombang radio untuk mengesan jarak, ketinggian, arah atau kelajuan sesuatu objek seperti pesawat atau kapal.

Isyarat transponder pesawat boleh dikesan radar awam. Radar dibahagikan kepada radar utama (PSR) dan radar sekunder (SSR). PSR dikendalikan tentera hanya mengesan objek atau pesawat tanpa identiti kerana ia tidak membaca transponder dalam pesawat, manakala SSR pula dikendalikan Jabatan Penerbangan Awam (DCA).

Apakah ada perkakasan lain yang menghantar data dari pesawat?

Aircraft Communications Addressing and Reporting System (ACARS) didakwa mengeluarkan isyarat ‘pings’ ke satelit. Ada laporan mengatakan ‘pings’ dikesan satelit empat/lima jam selepas isyarat terakhir daripada MH370 pada jam 1.07 pagi, serta menghala ke Lautan Hindi. Bagaimanapun, pengeluar enjin Roll Royce menafikan ada isyarat selepas 1.07 pagi.

Bolehkah MH370 diterbangkan di bawah radar?

Pakar Kejuruteraan Penerbangan UiTM, Dr Rizal Effendy Mohd Nasir, berkata B777 boleh diterbangkan rendah (bawah 500 meter) oleh juruterbang berpengalaman, bagaimanapun ia akan menjejaskan keupayaan penerbangan pesawat itu dari segi ketahanan dan jarak.

Jika pesawat terhempas di laut, adakah kemungkinan benda terapung?


Kusyen kerusi dan aloi atau aluminium yang ringan akan terapung selepas beberapa hari pesawat terhempas.

Apakah kemungkinan MH370 dirampas atau disabotaj?

Pakar Strategik Universiti Malaya, Prof Datuk Mohamad Abu Bakar, berkata kemungkinan itu ada, namun menolak ia bermotif politik kerana pihak terbabit tidak mengemukakan sebarang tuntutan atau mengaku bertanggungjawab. Kebiasaannya perampas mengemukakan tuntutan di darat atau udara secepat mungkin kerana faktor masa penting untuk misi mereka.

Bagaimana pula faktor manusia/juruterbang?

Kemungkinan kesilapan juruterbang ada, misalnya insiden membabitkan Air France 447 (1 Jun 2009) di Lautan Atlantik dan Adam Air 574 (Januari 2007) di Sulawesi Selatan, Indonesia yang dikaitkan dengan faktor manusia. 

Rangkuman persoalan di atas menyusul selepas kehilangan MH370 menimbulkan pelbagai persoalan mengenai nasib pesawat dan anak kapal. Ia adalah antara soalan lazim yang sering timbul. Berita Harian mendapat beberapa pakar untuk menjawabnya, selain dipetik dari laporan laman web CNN.

Read More ....


Post a Comment

2 Comments

  1. Thanks Nur..kita pun sekarang ni dah jadi half expert..banyak benda baru yang kita belajar sejak kejadian ni...Apa-apa pun doakan yang terbaik untuk mereka. #Pray4MH370

    ReplyDelete
    Replies
    1. Welcome RDZ Z...sama lah kita. Banyak benda mengenai kapalterbang yang kita tahu...walau tak sepenuhnya. Pray For MH370

      Delete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close