Header Ads

Resepi Salad Saderi Dengan Epal Hijau


Advertisement
Resepi Salad Saderi Dengan Epal Hijau - Pengalaman makan salad dengan gabungan sayur hijau dan buah-buahan di Vico membuatkan saya jatuh cinta dengan resepi salad. Tak kira apa bahan-bahannya, saya akan cuba. Jom, kita cuba resepi berikut yang sangat mudah dan murah juga.


Resepi Salad Saderi Dengan Epal Hijau

Bahan-bahan:

3 biji epal hijau - dibuang kulit, biji & dipotong kecil
2 batang saderi - dihiris nipis
1 1/2 cawan anggur tiada biji - dipotong dua
1/2 cawan mayonis
3 sudu besar krim masam
2 sudu besar jus lemon
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil lada hitam - dikisar kasar
Sedikit daun salad - dikoyak dan dibasuh
1/2 cawan kacang walnut - disangai dan dicincang kasar

Cara membuatnya:

> Dalam mangkuk besar, pukul mayonis, krim masam dan jus lemon sehingga sebati
> Masukkan epal, anggur dan daun saderi. Gaul sebati
> Campurkan dengan garam dan lada hitam
> Alaskan pinggan hidang dengan daun salad
> Kemudian sendukkan semua bahan ke atas pinggan
> Tabur walnut dan sedia untuk dimakan

NOTA:

Jika anda mahu gantikan anggur dengan buah tomato kecil yang segar pun boleh, ikut citarasa sendiri. Selamat mencuba resepi salad daun saderi dengan epal hijau di atas. Resepi ini amat sesuai dijadikan menu dalam diet harian kita.

Selamat mencuba!

Advertisement

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.