Header Ads

Sinopsis Drama Korea Angel's Revenge


Sinopsis Drama Korea Angel's Revenge - Drama korea tentang balas dendam! Drama korea ini sudahpun di tayangkan di Korea. Kisah seorang wanita yang cuba membalas dendam bagi pihak kakaknya yang telah meninggal dunia. Tajuknya Angel's Revenge kerana kisah seorang wanita yang ingin menjadi biarawati tetapi membatalkan hasratnya itu demi membalas dendam di atas kematian kakaknya.



Sinopsis Drama Korea Angel's Revenge


Lee Sun-Yoo ( Yoon So-Yi ) dilatih untuk menjadi biarawati. Namun begitu ketika dia bersedia untuk mencapai impiannya, dia menerima berita tentang kematian kakaknya.

Kini, untuk membalas dendam ke atas lelaki yang menyebabkan kematian kakaknya, dia terpaksa melepaskan impiannya. Kemudian dia berkenalan dengan Seo-Ji-Suk, iaitu seorang lelaki yang keanak-anakan dari keluarga kaya. Tetapi kerana cintanya kepada Lee Sun-Yoo, Seo-Ji Suk berubah.

Sun-Yoo merasakan dirinya pembawa malang dalam keluarga. Dia sepatutnya tidak dilahirkan. Sewaktu dia lahir, ibunya meninggal dunia. Penyakitnya menyebabkan keluarga mereka menanggung beban bil hospital yang tidak berpanjangan. Sun-Yoo berasa rendah diri dan membenci dirinya. Sun Yoo belajar menyayangi daripada kakak tersayangnya, Jin Yoo dan akhirnya mengambil keputusan untuk menjadi biarawati. Tetapi Jin Yoo meninggal dunia kerana cinta. Kekasih Jin Yoo, Tae Jung menghianatinya dan telah membunuhnya. Sun Yoo ingin membalas dendam dan menjadi adik ipar kepada Tae Jung. Suami Sun Yoo, Ji Suk sedang menghadapi risiko kehilangan harta warisan keluarganya kepada Tae Jung dan kakaknya Ji Hee, kerana Ji Suk adalah anak isteri kedua.

Tae Jung seorang lelaki yang tamak, kejam dan pelik. Dalam hubungannya dengan Jin Yoo, dia tidak peduli langsung tentang wanita itu yang mengandungkan anaknya. Ini benar-benar kes pengabaian kanak-kanak sepenuhnya. Hanya kerana egonya dan mahu menjadi orang yang berkuasa di syarikatnya, dia tidak ada hati dan belas kasihan terhadap ibu dan bayinya. 

Secara umumnya, drama Angel's Revenge adalah kisah seorang wanita dengan dua identiti. Lee Sun Yoo memakai topeng kejahatan di hadapan Tae Jung tetapi sebaliknya berlagak baik di hadapan keluarganya yang lain.

Info drama korea Angel's Revenge

Tajuk lain: Heavenly Woman / Women By Nature / Innate Woman / Sky Angel / Heaven Girl
Genre: Melodrama, romantik, keluarga
Episode: 100
Penyiar: KBS2
Waktu siaran: Isnin - Jumaat (19:50pm)
Bintang/Pelakon: Yoon So Yi as Lee Sun Yoo / Maria, Park Jung Chul as Jang Tae Jung, Moon Bo Ryung as Seo Ji Hee, Kwon Yool as Seo Ji Suk


2 comments:

  1. tak pernah tengok lagi cerita nie

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak lama agi akan ditayangkan kat saluran 391/392 KSD

      Delete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.