Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Asparagus Buang Toksik Dalam Badan

Asparagus Buang Toksik Dalam Badan - Sayuran Asparagus yang biasanya direbus atau dibuat jus kaya kandungan zatnya iaitu vitamin C, vitamin E, vitamin B6, kalsium, magnesium, seng, protein, vitamin A, vitamin K, tiamin, riboflavin, rutin, niasin, zat besi, fosfor, potassium, tembaga, mangan, dan selenium, serta kaya akan serat alami yang dapat melancarkan sistem pencernaan. Asparagus juga memiliki kandungan kalori yang rendah, tidak mengandung lemak atau kolesterol, dan memiliki kandungan sodium yang sedikit.

Dalam sayuran asparagus juga banyak terkandung asam folat. Asam folat dapat membantu memudahkan mendapatkan kehamilan. Selain itu, asam folat sangat berguna bagi ibu hamil dan janin, untuk melindungi cacat tulang saraf pada bayi. Terus menggunakan asparagus setelah kelahiran juga akan melancarkan pengeluaran air susu Ibu.

Asparagus atau dikenali sebagai ‘asparagus officinalis’ dan berasal daripada keluarga ‘liliaceae’, kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan C dan niasin. Ia juga mengandungi elemen-elemen yang baik untuk kelenjar tiriod, pineal, dan adrenal, jantung, hati, paru-paru, limpa, pankreas dan kulit.

Asparagus pasti sahaja tidak asing bagi ‘vegetarian’ atau peminat setia sayur-sayuran. Ada yang mengenalinya sebagai tanaman herba yang memliki ketinggian 100-150 cm juga tidak mengeluarkan bunga. Banyak manfaat yang ada pada tumbuhan ini.

Asparagus Buang Toksik Dalam Badan


Maurice Messegue, seorang pengamal ubat-ubatan herba yang terkenal di Perancis menggunakan jus asparagus sebagai rawatan yang berkesan untuk merawat gangguan renal. Asparagus mengandungi sejenis bahan disebut ‘asparajin’ yang membolehkan sistem badan membuang sisa-sisa toksik.

Untuk pengetahuan, jus asparagus yang mengandungi garam galian yang tinggi juga merupakan penawar paling mujarab untuk mengatasi penyakit kulit seperti ‘eczema’ dan ruam, menjadikan darah lebih bersifat beralkali.

Selamat membaca. #Tips Sihat

Read More ....


Post a Comment

3 Comments

  1. bagusnya bule buang toksin... akk suka sayur ni tapi jrg beli sebab akk sorg je yg makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu MRC..tapi agak mahal la sayur nih. masak dengan udang, sedap...

      Delete
  2. Hehe... memang jarang makan sayur ni... apatah lagi nak masak... tapi boleh cuba ni kalau boleh kurangkan toksik dalam badan.

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close