Cara Hilangkan Gagap Dengan Betul

aynora nur | 07 April, 2014,2:35 PM |
Advertisement
Cara Hilangkan Gagap Dengan Betul | Adakah anda mempunyai anak yang gagap? Apakah karekter anak yang gagap dan bagaimana cara mudah untuk mengatasinya? Atau adakah anda salah seorang yang ada penyakit 'gagap' ni?

Apa Itu Gagap?

Gagap merupakan masalah pertuturan di mana sebutan (biasanya) huruf pertama atau syllable sesuatu perkataan diulang tanpa kawalan. Sebagai contoh, gagap pada perkataan "ibu" akan menjadi samada "i-i-i-i-...i-ibu" or "bu-bu-bu-bu-...-i-bu". Gagap merupakan proses luar sedar yang membantutkan komunikasi biasa. Walaupun terdapat teknik bantu diri yang boleh diajar dan dapat membantu sesetengah orang, mereka yang gagap tidak dapat menghentikan proses tersebut, dan kerisauan atau kegelisahan meningkatkan lagi masaalah tersebut.


Sumber: Google


Kenapa Gagap?

Sebelum itu kita lihat dulu apakah yang menyebabkan gagap? Gagap kemungkinannya disebabkan oleh (psychogenic) (berasal dalam pemikiran), walaupun ia jarang berlaku. Ia berlaku kepada mereka yang mempunyai masalah mental atau dalam keadaan tertekan. Gagap bermula awal sedikit sebelum remaja, dan kadang kala ia hilang selepas baligh. Bagaimanapun, jika ia berterusan sehingga usia matang, ia biasanya kekal selama-lamanya. Ia tiga kali lebih cenderung kepada kanak-kanak lelaki berbanding kanak-kanak perempuan untuk menghadapi masaalah gagap ini. Gagap boleh dirawat melalui terapi pertuturan, tetapi keputusannya berbeza-beza. Biasanya, masalah boleh berkurangan, tetapi tidak terdapat cara objektif untuk mengukur keputusannya

Satu keadaan yang diketahui dengan jelas adalah gagap menjadi teruk disebabkan kebimbangan. Kebimbangan melampau juga boleh, walaupun jarang, menyebabkan ia wujud pada mereka yang tidak pernah gagap sebelum ini. Dikatakan, hanya satu cara untuk mengurangkan gagap adalah mengajar mereka bertenang. Ini membolehkan mereka bertutur tanpa gagap sehingga sesuatu tekanan timbul. Pastinya tidak semua orang boleh diajar bertenang, dan bukan semua orang yang kelihatan bertenang akan hilang gagapnya. 

Cara Hilangkan Gagap Dengan Betul

Saya ada terbaca satu artikel yang membincangkan tentang gagap dan cara mengatasinya. Mari kita lihat bagaimana gagap boleh dirawat dengan betul. 

1. Berlatih untuk bercakap dengan lancar.
2. Latihan membaca dengan kuat. Kalau rasa malu, lakukan di tempat yang tertutup.
3. Latihan berpidato sendiri, ini juga bagus untuk membina keyakinan diri.
4. Biasakan bercakap perlahan-lahan, banyak bercakap dan boleh berlatih bercakap dengan semua benda samada orang atau kerusi, meja, pokok dan sebagainya.

5. Terapi air panas di campur garam dipercayai berkesan untuk hilangkan gagap. Caranya siramkan air panas yang telah dicampur dengan garam di ubun-ubun setiap pagi. Lakukan setiap hari, in sha Allah boleh sembuh tetapi dengan syarat jangan minum ais.

6. Gagap boleh dirawat dan akhirnya hilang seiring dengan masa dan kedewasaan seseorang. Keadaan persekitaran yang memaksa kita berinteraksi dan bergaul dengan ramai orang pun boleh menyembuhkan gagap. Dengan lebih mendekatkan diri kepada Allah maka hati menjadi tenang dan sering berlatih, juga buangkan rasa takut, pasti gagap itu boleh hilang.

7. Cara yang terakhir adalah dengan berfikir positif (ikhlas). Jangan pernah anggap yang anda itu gagap. Berfikir secara tenang dan positif bahawa kita boleh bercakap dengan jelas dan lancar. Seterusnya letak dalam mindset bahawa kita boleh menjadi lebih baik dari sehari ke sehari. 

Walau bagaimana pun, secara asasnya gagap bukanlah sejenis penyakit yang memudaratkan. Ia menjadi perkara yang biasa pada pandangan mata kita yang tidak mengetahuinya melainkan orang yang gagap itu mula bercakap. Namun jangan sisihkan mereka kerana ia bukan penyakit berjangkit.

Selamat membaca. #InfoSemasaTerkini

     
Tag : Keluarga
Aynora Nur adalah seorang penulis blog separuh masa, terlibat dalam bidang hartanah dan perkhidmatan – di Johor, Malaysia. Lulusan MBA. Aktif berblog sejak tahun 2010. Hubungi saya untuk Promosi produk dan servis • Entry kekal di blog • • Pakej mengikut bajet • Daily PV : 35,000 - 45,000 • Monthly PV : 1.1juta - 1.5juta. Info lanjut di about me ...
 
loading...
6 Komen untuk "Cara Hilangkan Gagap Dengan Betul"

Assalamualaikum, sheila tak gagap tapi selalu tak confident nak bercakap dengan orang yang tak dikenali... hehee singgah menabung digi sini~~~

SAYA GAGAP....SAYA JUGA PELAJAR DI UMS ..DAN SERING MENGHADAPI MASALAH INI....TERUTAMANYA TIME PRESENT......SOALNYA KENAPAH SAYA DIPILIH SEBAGAI MAHASISWA..SEDANGKAN SAYA GAGAP.....ADUI..MAMPU KAH SAYA GRADUATE..NI

SAya ni student SMK KUBOR PANJANG ....SAYA ni gagap ..bila cakap ngan kawan kawan pon susah....sampai rasa malu ....bila saya nk cakap terus penyakit gagap tu muncul.....aduhhhh.....

Adik Ammar. Saya pun ada kenal student yang gagap. Budak yg gagap ni genius cuma kena mulakan cakap pelan-pelan dulu dengan kwn2. Latih membaca dengan kuat. Lama2 hilang. Gagap sebab rasa malu dan kurang yakin. Bersabarlah...boleh hilang tu..

Sya ni student spm...oral penting utk skor mrkh...tapi msa ckp kt dpn je sya cam tgh ckp je gementar...sya takut oral sya hilang mrkh...sblm ni sya cba ckp kuat dpn org lain tapi x jadi..gagap juga.., a pa caranya kak

DISCLAIMER: All content provided on this "Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Kisah 25 Filsuf Barat (MATLUTHFI)!! Harga cuma RM22.50 (Asal RM25.00)!

Buat Duit Blog
Back To Top