Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Drama Korea 3 Days

Drama Korea 3 Days | Terbaru di saluran Astro One HD kini sedang menayangkan drama Korea berkisahkan penyiasatan dan aksi yang bertajuk 3 Days.


Poster-3-Days

Sinopsis Drama Korea 3 Days


Presiden Korea Selatan bercuti di villa untuk menangkan fikiran dan berehat. Selepas satu insiden 3 tembakan dilepaskan ke atasnya pada waktu malam, beliau hilang dan tidak dapat ditemui. Pengawal peribadinya bernama Han Tae-Kyung (Park Yoo-Chun) cuba mencari presiden yang hilang itu.

Drama korea 3 Days adalah satu lagi kisah aksi dan cemas yang ditayangkan oleh saluran ONE. Dapatkah ejen Han Tae Kyung yang hanya diberikan masa 3 hari sahaja untuk menyelamatkan presiden tersebut? Adakah beliau akan berjaya?

Dalam salah satu episod Drama Korea 3 Days ini, Lee Cha Young berpimpin tangan dengan Shin Kyu Jin (dilakonkan oleh Yoon Je Moon) yang mengkhianati presiden Lee Dong Whee dan berjalan ke pejabat CEO Kim Do Jin untuk memberikan bantuan.

Bagaimanapun, ia sekadar lakonan Lee Cha Young sahaja yang mahu mencari dokumen rahsia bagi pihak presiden Lee Dong Whee.

Ketika Shin Kyu Jin tiada di tempatnya, Lee Cha Young berjaya menjumpai dokumen rahsia tersebut tetapi kerana Kim Do Jin mengesyakinya, Lee Cha Young telah dilanggar oleh sebuah kereta dan telah tidak sedarkan diri.

Berjayakah Lee Cha Young membongkar rahsia tersebut? Adakah dia akan tersedar dari koma?




Dibintangi oleh Park Yoo Chun (Rooftop Prince), Son Hyun Joo (Empire of Gold), Park Ha Sun (The King and I) dan So Yi Hyun (Cheongdam-dong Alice).

Drama Korea 3 Days, mula ditayangkan pada 2 April, Setiap Rabu & Khamis, pukul 8.55pm!

Info Drama Korea 3 Days 

Drama: 3 Days / Three Days
Pengrah: Shin Kyung-Soo
Penulis: Kim Eun-Hee
Saluran Penyiar: SBS
Episode: 16
Bahasa: Korean

Selamat menonton! #Info Semasa Terkini

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close