Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Kembali Menjalin Persahabatan

Kembali Menjalin Persahabatan | Pernahkah hal begini terjadi pada anda? Sewaktu kita dalam persahabatan, ketika kita yakin bahawa sahabat kita itulah yang boleh dipercayai, tempat kita mengadu susah dan senang...tiba-tiba beliau hilang tanpa khabar berita. Langsung tidak dapat dihubungi!




Lalu, apakah perasaan anda? Sudah tentu terkejut, terkilan, sedih, tertanya-tanya mengapakah sahabat kita memutuskan hubungan yang terjalin. Pelbagai persoalan akan bermain di fikiran. Yang sering kita tanyakan pada diri sendiri adalah apakah salah kita?

Jadi, untuk mengatasi masalah ini mari kita sama-sama fikirkan jalan terbaik bagi mengelakkan diri kita dihantui rasa bersalah.

1. Berprasangka baik kepadanya

Bila kita bersangka baik kepadanya, in sha Allah itulah yang kita dapat. Yakin kepada Allah kerana Dia Maha mendengar rintihan hati kita yang diserang rasa bersalah. Bila kita menyangkakan sahabat kita itu menjauhkan diri kerana tugas atau kekangan ruang dan jarak, maka rasa bersalah kita semakin berkurangan. Doakan yng baik-baik kepada sahabat kita itu.

2. Menulis Surat

Pada zaman serba moden dan pantas ini jarang sekali kita dengar orang menulis surat. Segalanya serba mudah dan ringkas, cukup dengan sekadar SMS, Whatsapp, Weechat dan tulisan yang ala kadar sahaja. Nilai sentimental sudah tiada lagi. Jadi, apa salahnya jika kita menulis surat kepada sahabat kita itu dan meminta penjelasannya menjauhkan diri daripada kita. Jika ada kesilapan yang kita lakukan tanpa sedar, bermohonlah agar dia boleh memaafkan kita. Orang kata dengan menulis surat dan dengan bahasa yang lembut, hati seseorang mudah cair dan lembut.

3. Doakan sahabat kita

Doa adalah senjata orang Mukmin yang paling mujarab. Dengan doa yang sungguh-sungguh tidak mustahil Allah akan memberikan jalan untuk menyelesaikan konflik antara kita dengan sahabat kita itu. Lebih-lebih lagi jika kita doakan sahabat kita, hatinya mudah tersentuh.

DOA seorang sahabat yang tidak diketahui oleh sahabatnya itu adalah doa yang paling mujarab.

4. Meminta bantuan rakan-rakan untuk menjadi orang tengah

Yang ini pun bagus juga. Bila kita menghadapi masalah dengan sahabat kita, cuba cari rakan kita yang lain untuk meminta bantuan dan nasihat. Dendam dan marah yang tiada diketahui hujung pangkalnya hanya menambah dosa. Samada kita yang berdosa atau sahabat kita yang menyangka yang bukan-bukan. Bukankah memutuskan silaturrahim itu hukumnya berdosa? Allah tidak suka jika kita memutuskan tali persahabatan sesama muslim. Setiap orang mukmin itu bersaudara.

Harus juga diingatkan, rakan kita yang menjadi orang tengah tersebut mestilah seorang yang memiliki peribadi yang elok dan amanah orangnya. Jika tidak, kita akan menanggung fitnah dan khabar yang tidak betul semakin berpanjangan.

Oleh itu, jika anda menghadapi masalah dengan sahabat anda buatlah perkara-perkara yang saya senaraikan di atas agar persahabatan anda kembali terjalin. Jangan biarkan syak wasangka mengaburi persahabatan yang murni.




Read More ....


Post a Comment

2 Comments

  1. Salam sweet girl.... Sahabat sejati adalah sahabat yang sentisa saling berhubung dan mengekalkan salatulrahim sesama kita.

    Betul tu, jangan berprasangka buruk kepada kawan kita, pasti mereka adalah masalah atau dalam kesusahan.. dan dia tidak mahu menyusahkan kita pula. Apa yang penting berdoa agar dia sentiasa selamat sejahtera dan mendapat kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

    Insya Allah mudah-mudah tiada apa yang terjadi perkara yg buruk menimpa si dia....

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam sdr.,memang benar semua yg sdr katakan. semoga persahabatan kami tidak terputus di tengh jalan.

      Delete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close