Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Khasiat Bawang Merah Untuk Kesihatan

Khasiat Bawang Merah Untuk Kesihatan - Bawang merah menjadi antara perencah makanan yang utama dan memainkan peranan utama sebagai penyedap makanan dalam hampir semua masakan melayu.

Menurut sejarah, bawang merah merupakan tanaman tertua dalam salasilah budaya tanaman. Menurut catatan Yunani kuno, terbukti bahwa sejak 4000 tahun silam bawang merah telah disebut-sebut. Pada perkembangan selanjutnya bawang merah merebak kekawasan Eropah Barat, Eropah Timur, Spanyol, Amerika Serikat, kemudian ketimur jauh dan Asia selatan, dan akhirnya sampai kebumi Nusantara ini. Bawang merah boleh tumbuh didataran rendah atau ketinggian sekitar 30 meter diatas permukaan laut, suhu udara untuk tanaman bawang merah adalah 25-30 darjah Celcius, kelembapan sederhana dan cukup sinaran matahari.




Khasiat Bawang Merah Untuk Kesihatan

Bermanfaat sebagai pengganti ammonia

Aroma yang dimiliki bawang merah sangatlah menusuk hidung, merangsang darah, fungsi pernafasan, dan fungsi saraf. Hal ini dapat membantu dalam pemberian pertolongan pertama pada seseorang yang pengsan atau tidak sedarkan diri.

Membunuh Kuman di Mulut

Bawang merah sering digunakan untuk mencegah kerosakan gigi dan jangkitan mulut. Mengunyah bawang mentah untuk 2 hingga 3 minit mungkin boleh membunuh semua kuman yang ada di kawasan dalam mulut.

Rawatan untuk Penyakit Jantung 

Bawang merah membantu dalam penipisan darah, yang seterusnya menghalang sel - sel darah merah dari tumbuh dan menebal. Sel darah merah yang membeku boleh menyebabkan gangguan jantung atau penyakit kardiovaskular.

Rawatan untuk jerawat 

Jus bawang merah dicampur dengan madu atau minyak zaitun dikatakan rawatan terbaik untuk jerawat.

Rawatan untuk Batuk 

Mengambil jus bawang merah dan madu boleh menyembuhkan sakit tekak dan gejala batuk.

Digunakan sebagai penghalau Serangga 

Kita boleh juga menggunakan jus bawang merah untuk mengurangkan rasa sakit yang disebabkan kerana gigitan/ sengatan lebah. Jus segar bawang merah atau pes boleh digunakan untuk aplikasi luaran untuk gigitan serangga dan sengatan kala jengking.

Meningkatkan daya Seks

Bawang merah dikatakan dapat meningkatkan dorongan untuk kehidupan seksual yang sihat.


Meredakan Sakit Perut

Bawang merah mempunyai sifat anti - keradangan dan anti - bakteria yang memberikan bantuan untuk sakit perut dan sindrom gastrik berkaitan.

Merawat Gangguan air kencing :

Bagi mereka yang mengalami rasa terbakar ketika buang air kecil, bawang merah boleh memberikan bantuan yang cukup besar. Pesakit harus minum air direbus dengan 6 hingga 7 gram bawang merah.

Pencegahan Kanser 

Bawang merah kaya kompaun aktif yang berjaya menghalang perkembangan sel - sel kanser.

Mengurangkan Dengungan Telinga

Beberapa titisan jus bawang merah, telah terbukti dan sangat bermanfaat bagi individu yang menderita dari akut sakit telinga. Suara dengungan di telinga boleh diubati dengan menitiskan jus bawang melalui kapas.

Merawat Hipertensi

Bawang merah yang diteliti ternyata mempunyai kandungan pigmen tanaman yang disebut flavonoid . Pigmen inilah yang ternyata membantu dalam mengurangkan tekanan darah pada mereka yang menderita penyakit hipertensi atau tekanan darah tinggi . Bawang merah membantu dalam penipisan darah sehingga bagi pesakit penyakit hipertensi sangat dianjurkan untuk makan bawang merah , itulah mengapa bawang dapat berguna bagi mereka yang menderita hipertensif .

Bermanfaat untuk pencairan darah dalam tubuh

Bawang merah menurut sebuah kajian oleh Jabatan Industri Primier di InstitutVictoria Ilmu Haiwan di Victoria , Australia , menyebutkan bahawa bawang merah sangat baik dalam hal pencairan sel darah merah. Kesimpulan akhir dari kajian tersebut menyebutkan bahawa bawang merah ataupn supplement yang diperbuat daripada bawang merah mentah mempunyai manfaat yang sangat baik dalam hal sifat lipid - modulasi dan imunostimulan.

Bermanfaat bagi pesakit penyakit kencing manis

Salah satu zat yang terkandung dalam bawang merah adalah tolbutomid yang ternyata dapat membantu untuk mengawal gula darah dalam hati , mengatur pelepasan insulin dan mencegah adanya gangguan yang menjejaskan pengeluaran insulin dalam tubuh .

Selepas mengetahui khasiat bawang merah yang begitu banyak di atas, kini saya akan kongsikan satu resepi berkaitan bawang merah juga, yang saya ambil dari satu blog dan ubah suai mengikut selera saya. hihi...kalau tak silap ini adalah resepi dari Afrika Timur terutamanya dari Kenya.

Resepi Salad Tomato & Bawang Merah

Resepi kachumbari - salad tomato dan bawang merah

Bahan-bahan:

3-4 biji tomato
1 biji bawang (size medium)
sedikit jus lemon atau limau
1 biji lobak merah
sedikit minyak zaitun
sedikit garam
sedikit lada hitam
1 batang cili hijau/merah (pilihan)
sedikit daun ketumbar (pilihan)


Cara Menyediakan Kachumbari:

1. Hiris bawang merah nipis-nipis
2. Gaulkan dengan sedikit garam (10 minit) dan di bilas
3. Masukkan tomato yang di potong dalam bentuk wedges atau ikut citarasa sendiri
4. Masukkan cili hijau/merah yang telah di potong nipis
5. Gaulkan tomato dan daun ketumbar bersama sedikit jus lemon/limau, garam, lada hitam dan minyak zaitun
6. Siap untuk di hidangkan


Selamat mencuba! #InfoSemasaTerkini

Read More ....


Post a Comment

2 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close