Petua Membuat Bancuhan Tepung Goreng Pisang Yang Rangup

aynora nur | 21 April, 2014,9:53 AM |
Advertisement
Petua membuat bancuhan tepung goreng pisang yang rangup - Tentu anda pernah mengalami masalah yang sama seperti saya. Bermacam-macam cara yang kita lakukan agar tepung bancuhan untuk menggoreng pisang,sotong atau udang sentiasa rangup Dan garing. Betul tak? Jadi bagaimanakah kita boleh mengekalkan kerangupan tepung tersebut. Okey, Saya ada caranya. Jangan pening-pening ya cik aka dan cik adik sekalian...he he

Petua Membuat Bancuhan Tepung Goreng Pisang Yang Rangup
Gambar hiasan 


Saya ambil dari sumber internet dan daripada pengalaman kawan-kawan, dan saya rasa cara-cara di bawah yang paling mudah dan cepat.

Petua membuat bancuhan tepung goreng pisang yang rangup


1. Tidak perlu dicampur dengan tepung lain (tepung beras atau tepung goreng segera). Caranya senang sangat. Masukkan secawan air ke dalam mesin pengisar. Masukkan juga satu sudu kecil garam dan secubit serbuk kunyit atau pewarna kuning. Akhir sekali masukkan secawan tepung gandum. Kisar kesemuanya sehingga sebati (anggaran seminit). Tuangkan bancuhan tersebut ke dalam mangkuk dan bolehlah digunakan untuk menyalut pisang, keledek dan sebagainya yang akan digoreng. InsyaAllah, hasilnya tidak akan mengecewakan.

2. Campurkan tepung gandum, dengan air garam serta pewarna kuning atau serbuk kunyit. Semasa minyak untuk menggoreng telah panas, ceduk sedikit kedalam bancuhan tepung tadi. In sha Allah bahan yang digoreng seperti pisang, keledek dan sebagainya akan lebih ranggup dan lembut.

Selamat mencuba!!
Tag : Petua
Aynora Nur adalah seorang penulis blog separuh masa, terlibat dalam bidang hartanah dan perkhidmatan – di Johor, Malaysia. Lulusan MBA. Aktif berblog sejak tahun 2010. Hubungi saya untuk Promosi produk dan servis • Entry kekal di blog • • Pakej mengikut bajet • Daily PV : 35,000 - 45,000 • Monthly PV : 1.1juta - 1.5juta. Info lanjut di about me ...
 
loading...
9 Komen untuk "Petua Membuat Bancuhan Tepung Goreng Pisang Yang Rangup"

wah boleh cube nie.. thanx sharing..anis memang xtau care utk rangupkan pisang goreng nie..huhu

Assalamualaikum aynora, wahh nice tips. baru tahu.. selama ni main adun je asalkan boleh menggoreng.. heee

lol guna t.gandum je ye? xpyh tepung beras? hmm nt nk try lah

Mudahnya...insyaAllah saya akan cuba :)

DISCLAIMER: All content provided on this "Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Kisah 25 Filsuf Barat (MATLUTHFI)!! Harga cuma RM22.50 (Asal RM25.00)!

Buat Duit Blog
Back To Top