Drama Korea You’re Surrounded

Drama Korea You’re Surrounded - Drama korea bergenre aksi dan kepolisan telah ditayangkan di saluran Astro One Hd dan menggantikan drama bersiri 3 Days. Dengarnya, drama korea  bertajuk You're Surrounded ini mendapat rating yang sangat bagus di korea.


Sinopsis drama korea You're Surrounded






Empat orang pegawai polis yang berani, dilakonkan oleh  - Eun Dae Gu (Lee Seung Gi), Eo Soo Sun (Go Ara), Park Tae Il (Ahn Jae Hyun), dan Ji Gook (Park Jung Min) - yang sama sekali tidak pernah bermimpi untuk menjadi pegawai polis, tiba di Balai Polis Gangnam untuk mendaftar diri pada hari pertama di tempat kerja.

Manakala, Seo Pan Suk (Cha Seung Won) tidak bernasib baik telah bertembung dengan empat orang pegawai polis terbabit. Sementara itu, Eun Dae Gu segera dapat mengingati Seo Pan Suk selepas sebelas tahun tidak bertemu.

Secara ringkasnya drama Korea 'You’re Surrounded' mengisahkan empat orang pegawai polis yang agak ranggi yang bekerja dalam satu pasukan bagi menyelesaikan masalah jenayah di kawasan Gangnam di daerah Seoul. Lama kelamaan mereka menjadi pegawai polis yang sebenar di bawah seliaan seorang ketua yang tegas bernama Seo Pan Suk (Cha Seung Won).

Dibintangi: Lee Seung Ki, Cha Seung Won (Athena: Goddess Of War), Go Ah Ra, Ahn Jae Hyun (My Love From The Star).


Info drama Korea You're Surrounded


Drama: You're All Surrounded/ You're Surrounded
Pengarah: Yu In-Sik
Penulis: Lee Jung-Sun
Network: SBS
Jumlah Episode: 20
Mula siaran: May 7 - July 10, 2014
Waktu siaran: Rabu & khamis, pukul 21:55 (9.55 malam)
Bahasa: Korean

Ramai penonton beranggapan drama Korea You're Surrounded adalah sebuah drama yang menarik, ada campuran komedi dan aksi, ada disisipkan cerita cinta romantik dan gabungan pelakon-pelakon yang membawakan watak masing-masing dengan berkesan telah menjadikan drama bersiri kepolisan ini tidak jemu untuk ditonton.

Walaupun ia baru sahaja disiarkan oleh saluran SBS di Korea, tetapi telah mencapai rating tertinggi dalam tayangan pertamanya.

Secara keseluruhan, You're Surrounded memang bagus ditonton oleh seisi keluarga. Setiap watak dibawakan dengan bagus dan dengan menonton drama Korea ini kita seolah-olah digambarkan dengsn Kisah kehidupan anggota polis di Korea.

Selamat menonton dan mengambil manfaat daripadanya.

6 comments:

  1. Macam best kan.... akk dah download dlm henpon ep 1 n 2 ada masa leh layan sambil lipat baju...hhee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cer crita skit nk download camna & dari laman web mana..

      Delete
  2. Sudah nonton 3episode tapi kok aku ngerasa kurang greget ya aktingnya lee seung gi.....?!
    Sebenarnya aku ngefuns juga sama dia tapi kok kali ini terkesan biasa biasa aja,pas pasang wajah jutek kelihatan banget maksa dan nggak natural gitu..
    Kalau aktingnya Cha Seung Won sih,udah pasti tidak diragukan lagi,akting apapun dia tetap okey..
    Aku berharap episode berikutnya lebih menarik dan ga' ngecewakan.

    ReplyDelete
  3. Aku sudah nonton 3 episode, kisahnya sih menarik..tapi kok kurang greget aktingnya Lee Seung Gi...?? Pas pasang muka jutek kelihatan banget maksa dan tidak alami.
    Kalau untuk senior Cha sih aktingnya sudah tidak diragukan lagi,mau akting apapun tetap oke.
    Aku sih berharap episode berikutnya jauh lebih menarik!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, mungkin tidak seperti yang kita harapkan. Cuba tunggu episod seterusnya...

      Delete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.