Sinopsis Drama Korea The Women's Room

aynora nur | 14 May, 2014,11:02 PM |
Advertisement
Sinopsis Drama Korea The Women's Room - Drama korea ini berkisah tentang dua orang wanita dimana seorang memiliki segalanya dan seorang lagi tidak memiliki apa-apa. Kita hanya hidup sekali, siapa yang mahu hidup dalam kesempitan yang menjadikan kita dipandang hina?

Drama Korea The Women's Room adalah kisah dua orang wanita. Wanita yang pertama adalah seorang pewaris hotel terkenal, dan yang seorang lagi adalah anak kepada pelayan bar di hotel dan identiti ayah kandungnya tidak diketahui.




Dilahirkan dari dunia yang berbeza, perjalanan dan takdir dua wanita ini berubah kerana disebabkan oleh satu kemalangan. Seorang menjadi mangsa dan yang seorang lagi orang yang merancang kemalangan tersebut. Kerana kemalangan tersebut, wanita kedua ini merampas kehidupannya sebagai pewaris dan mencuri hati lelaki yang dicintainya. Kehidupan wanita yang pertama ini berubah sebaliknya dan hidupnya menjadi kucar kacir. 

Disinilah kisah The Women's Room bermula...

Sinopsis Drama Korea The Women's Room


Min Kyung Chae (Park Eun Hye) adalah perwaris hotel lima bintang dan memiliki kisah cinta yang bahagia sebelum dia bertemu dengan Eun Hee Soo (Wang Bit Na). Malangnya, kehidupannya berubah secara mengejut apabila dia berkawan dengan Hee Soo, yang akhirnya telah merampas segalanya yang dimiliki. Untuk mendapatkan kembali teman lelakinya, keluarga dan harta-hartanya, Kyung Chae telah bangkit untuk membalas dendam!

Apakah dia berjaya merebut suaminya/teman lelakinya itu kembali?

Dibintangi oleh Park Eun Hye, Wang Bit Na (You're Still The One), Kang Ji Sub, Kang Kyung Joon dan lain-lain.

Watak-watak dalam Drama Korea The Women's Room

Min Kyeong Chae

Beliau adalah perwaris sebuah hotel mewah yang terletak di tengah-tengah bandaraya. Dia menjalin hubungan sulit dengan pengurus hotel di tempat kerjanya yang bernama Ji Seob. Mereka merancang mahu mengumumkan perhubungan mereka dan mengikat tali pertunangan. Namun sebaliknya takdir yang kejam telah merampas segala kebahagiaan yang dimiliki.

Daripada perwaris hotel kaya raya menjadi seorang tukang gaji, menjadikannya bangkit membalas segala perbuatan Ji Seob yang mengkhianatinya...

Eun Hee Soo

Dia seorang kakitangan hotel yang profesional, tetapi kehilangan segalanya apabila dia memohon pekerjaan di Hotel Mona lisa. Ketika di Mona Lisa, dia menyaksikan kerjaya Kyeong Chae yang mendadak naik, dengan seorang lelaki di sisinya dan dihormati oleh kakitangannya daripada pelbagai peringkat.

Walaupun umur mereka sama, perbezaan jawatan menyebabkan Hee Soo sentiasa berasa rendah diri di hadapan Kyeong Chae. Hatinya dipenuhi dengan dendam dan cemburu terhadap keyakinan yang ditunjukkan oleh perwaris hotel Mona Lisa itu.

Tetapi satu hari, takdir menyebelahinya. Dan, peluang keemasan jatuh di atas tapak tangannya...

Info Drama
Tajuk lain: The Room of Two Women
Genre: Dendam, Drama bersiri
Pengarah: Lee Myung Woo
Penulis: Seol Kyung Eun
Dibintangi: Park Eun Hye, Wang Bit Na, Kang Ji Sub, Kang Kyung Jun
Jumlah Episode: 110
Station: SBS

Drama Korea The Women's Room akan mula ditayangkan oleh saluran ONE HD Astro pada 23 Mei 2014, pada setiap hari Isnin - Jumaat, pukul 10.10mlm.

Ringkasan dari episod 1 - 65 Drama Korea The Women's Room

1. Kyeong Chae secara tak sengaja telah terlanggar dengan Hee Su dan beg tangan mereka telah tertukar. Hee Su memang mengenali Kyeong Chae dari awal lagi. Hee Su yang juga bekerja keras dalam bidang perhotelan telah dipecat dan disenarai hitam daripada bekerja di hotel-hotel lain disebabkan satu insiden. Hee Su sengaja membunuh 'bapa'nya (bata atas nama sahaja) dan mendengar nasihat Jae Sik untuk memalsukan kes kematian ayahnya itu. 

2. Kyeong Chae yang sepatutnya pergi mengambil Chef baru, Su Hyeok di lapangan terbang menjadi mangsa Hee Su. Hee Su berpura-pura tidak tahu Kyeong Chae dan kerana rasa bersalah, kyeong Chae telah membiarkan Hee Su dan ibunya berpindah ke rumahnya. Hee Su yang memang merancang untuk merampas apa yang Kyeong Chae miliki seperti jawatan, bapa, teman lelakinya (Ji Soeb), telah menjadi rakan Kyeong Chae dan mula bekerja di hotel.

3. Semakin lama Hee Su semakin mendapat kepercayaan Kyeong Chae dan ayahnya. Ibu kyeong Chae yang tidak sihat dan sentiasa berkerusi roda, telah mengetahui niat sebenar Hee Su dengan bantuan setiausaha peribadinya. Malangnya, dia telah terbakar dalam kebakaran yang disebabkan oleh Hee Su ketika Hee Su mahu memusnahkan bukti terhadap beliau serta mencuri buku akaun rahsia yang disimpan oleh bapa Kyeong Chae. Buku akaun itu mahu diberikan kepada Hae Geum, iaitu nenek Suk Hyeok yang juga merupakan pemegang saham utama hotel dan mempunyai dendam terhadap bapa kyeong Chae.

4. Eun Chae ternampak Hee Su sebelum kebakaran bermula dan ibu Kyeong Chae ini berjaya memasukkan USB yang mengandungi semua bukti ke dalam anak patung yang dibawa oleh Eun Chae.

5. Bapa Ji Soeb bekerja sebagai pemandu untuk bapa Kyeong Chae ini. Ji Soeb sentiasa berasa rendah diri tentang latar belakang keluarganya dan menyembunyikan daripada pengetahuan Kyeong Chae. Apabila hubungan mereka diketahui oleh bapa Kyeong Chae, dia menentang kerana beliau mendapati Ji Soeb tidak layak Kyeong Chae. Ji Soeb mengkhianati bapa kyeong Chae dengan melaporkan dia kepada pendakwa raya di atas satu dana rahsia.

6. Bapa kyeong Chae dipenjarakan tetapi hilang ingatan apabila dia mengalami strok apabila Hae Geum datang untuk melawat di penjara dan menuduhnya menyebabkan kematian anaknya. Bapa Kyeong Chae selamat daripada hukuman penjara kerana keadaannya. Dalam keadaan memorinya yang hilang, Dia kemudian menyedari bahawa dirinya yang telah menyebabkan kematian bapa Suk Hyeok tetapi Suk Hyeok telah memaafkannya. Menurut bapa Ji Soeb ini, kematian bapa Suk Heyok ini adalah kemalangan.

7. Kyeong Chae kehilangan segala-galanya dan aset keluarga mereka telah dibekukan. Rumahnya dan kedudukannya telah diambil oleh Hee Su dan juga Ji Soeb akhirnya berkahwin dengan Hee Su.

8. Kyeong Chae dengan bantuan Suk Hyeok mula bangkit semula dan akhirnya mereka saling jatuh cinta. Tetapi Kyeong Chae memutuskan hubungan mereka apabila Hae Geum memberitahu kepada Suk Hyeok bahawa ayah Kyeong Chae yang menyebabkan ayahnya meninggal dunia. Namun begitu Suk Hyeok tidak berdendam terhadap kyeong Chae dan keluarganya.

9. Secara kebetulan , seorang rakan yang Kyeong Chae bantu satu ketika dahulu telah menjadi terkenal dan beliau yang bertanggungjawab bagi sesuatu beg berjenama. Beliau membantu kyeong Chae kembali ke hotel dengan meletakkan beliau dalam menjaga jabatan arked.

10. Hee Su telah menandatangani kontrak 70-30 dan mewujudkan akaun rahsia kerana dia tahu bahawa terma kontrak tersebut tidak akan diluluskan oleh pemegang saham. Hee Su cuba menyelamatkan kedudukannya di hotel itu kerana setelah Suk Hyeok meninggalkan jawatannya dan dia mengambil alih kedudukan Kyeong Chae, kedudukannya semakin terancam. Selain itu, beliau juga telah mencuri wang daripada projek-projek lain yang sedang dijalankan oleh hotel tersebut.

11. Ibu bapa Ji Soeb telah berpindah dan duduk serumah dengan Hee Soo dan ibunya. Hee Su mahu satu dunia melihat kehidupannya yang sempurna. Namun berlaku sebaliknya. Ibu Ji Soeb yang pernah menjadi pembantu rumah untuk keluarga Kyeong Chae mahu Hee Su hamil dan membelikan tonik yang amat berkesan. Namun begitu ibu Ji Soeb yang telah menghabiskan tonik tersebut. Ibu Ji Soeb itu disyaki hamil pada usia yang sudah lanjut dan Hee Soo mahu beliau menggugurkannya. Ji Soeb terperangkap antara ibu bapa dan Hee Soo.

12. Ji Soeb secara rahsia berharap untuk menyelamatkan hubungannya dengan Kyeong Chae supaya dia boleh menceraikan Hee Su. Ibu bapa Ji Soeb meninggalkan rumah dan begitu juga dengan Ji Soeb yang pergi mencari kyeong Chae dan mahu kembali dengannya. Kyeong Chae berasa berat hati namun membenarkan dia tinggal semalaman dengan harapan Ji Seob akan memberitahu beliau apa yang dia tahu tentang kebakaran yang berlaku di dalam rumahnya dahulu.

13. Kyeong Chae telah diperangkap oleh Hee Soo untuk menjual sebuah beg tangan palsu kepada pelanggan dan bakal dipecat. Walaupun kakitangan yang terlibat pada akhirnya mengaku bahawa ia adalah rancangan Hee Su, tetapi kyeong Chae perlu mencari bukti kukuh atau dia akan dipecat . Walaupun kyeong Chae dapat membuktikan dia tidak bersalah melalui kamera tersembunyi di kedai, Hee Su tidak dipecat melalui bantuan Pengarah Oh. Mereka mengugut akan memecat Kyeong Chae juga jika Hee Soo dipecat. Salah faham terjadi antara Suk Hyeok dan kyeong Chae.

14. Suk Hyeok kembali ke hotel dan menjadi Presiden hotel untuk membantu kyeong Chae secara rahsia tanpa pengetahuan gadis itu dan berpura-pura bekerja keras selepas perpisahan mereka. Suk Hyeok mahu Hee Su menunjukkan akaun syarikat. Walaupun dia tidak dapat mencari apa-apa kesalahan selepas memeriksa akaun, Suk Hyeok merasakan Hee Su ada menjaga satu akaun rahsia.

15. Kyeong Chae ternampak USB dalam anak patung Eun Chae dan terus terfikir mungkin ia mengandungi bukti jenayah Hee Su. Setiausaha yang bekerja untuk ibunya sedang mengawasi Hee Soo dengan berhati-hati untuk menghalang beliau daripada mendekati kyeong Chae.

Bagaimanakah langkah seterusnya yang bakal dilakukan oleh Kyoeng Chae bagi mendapatkan kembali haknya?

Saksikan drama hebat ini dan ambil manfaat daripadanya.

Tag : Korean Time
Aynora Nur adalah seorang penulis blog separuh masa, terlibat dalam bidang hartanah dan perkhidmatan – di Johor, Malaysia. Lulusan MBA. Aktif berblog sejak tahun 2010. Hubungi saya untuk Promosi produk dan servis • Entry kekal di blog • • Pakej mengikut bajet • Daily PV : 35,000 - 45,000 • Monthly PV : 1.1juta - 1.5juta. Info lanjut di about me ...
 
loading...
24 Komen untuk "Sinopsis Drama Korea The Women's Room"

dimana kita boleh melihat drama ini karna kalau tengok tv lambat

banyak link episod yang telah di delete, jadi tak boleh tengok. mungkin copyright issue..

Sinopsisnya sampai episode terakhir donk penasaran gimana endingnya aku sih pengenya kyung chea sm koki menikah

Sorry Artha, jika ada nanti saya upload ya..

Tak ada lah dear, banyak link yang tak boleh masuk..kalau ada saya post kat entri ni ya...

ending criter ni g mana yer

KENA TUNGGU SAMPAI ABIS, BARU TAU...

kalau ada terjumpa episod akhirnya, saya akan post kat sini..

drama bodoh menyesal tgk pusing2 sama jugak puii

naik menyampah lak tgok cite ni...xmasuk akal

betul 2..ak pn nyesal..rase nk tgok trus yg last je..

Agaknya last episod nextweek kan.huhuu

mungkin lagi dua minggu..sabar ya

penatla tgk citer ni..x habis2..tiap kali ada peluang mesti ada halangan..naik bosan pun ada..just nk tgk ending je..apa jd kt hee soo tu..hmm...

Betul3.. Tiap kali tgk mesti rasa sakit hati.. Kalu bleh nak tgk ending jer.. Awat cite ni susah sgt nak dicari online.. Seteressd

Last episod citer ni brpa yer? Tak sbr nak citer ni habis..bosan tgok kbodohn kyeung chae lembap dungu! Huhh..

Aku pun sokong..drama ni tak pnah buat org shari happy,start smpai habis tiap2 episod buat darah naik sakit hati..betul2 drama BODOH!

ni download link cite tu. cume xd subtilte. last episode 119
https://safelinking.net/d/c61f4f00ed

Two_womens_room_e119_end_140117.720p_ipop.mkv https://safelinking.net/d/c61f4f00ed

Aku sokong hee soo lah…sebab ape yang dia buat tu btol dan boleh dijadikan contoh lah 

Hee soo terbaik i like she

Lakonan yang natural, kasihan dan benci semua ada..

DISCLAIMER: All content provided on this "Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Kisah 25 Filsuf Barat (MATLUTHFI)!! Harga cuma RM22.50 (Asal RM25.00)!

Buat Duit Blog
Back To Top