Drama Korea Madly In Love

loading...
Drama Korea Madly in Love - Sebuah melodrama kisah cinta yang agak tragis dan juga kisah kejayaan sepasang kekasih yang terjerat dalam konflik kedua orang tua mereka. Drama ini menggambarkan bagaimana masalah sesuatu generasi secara negatifnya mempengaruhi generasi yang akan datang.




Sinopsis Drama Korea Madly In Love 


Kang Moo Yeol (Sung Hoon) adalah seorang pemuda yang kacak dan kaya yang kehilangan kekasihnya iaitu Han Yoo Rim (Seo Hyun). 10 tahun kemudian, dia jatuh cinta dengan adik bekas kekasihnya, Han Yoo Jung (Choi Yoon Young). Bagaimanapun, kisah cinta mereka terhalang oleh tragedi yang berlaku beberapa tahun lalu dalam keluarga mereka. Mampukah mereka mengatasi halangan tersebut untuk kekal bersama?

Dibintangi oleh: Sung Hoon (The Great Doctor), Choi Yoon Young, Shim Ji Ho.

Sinopsis ringkas setiap watak dalam Madly In Love

Kang Moon Do (Jun Kwang Ryul) adalah ayah kepada Kang Moo Yeol. Beliau adalah CEO Daily Milk Company. Seorang lelaki yang tamakkan kuasa dan sanggup berbuat apa sahaja kerana kuasa! Namun disebaliknya, beliau seorang yang tidak mengenal erti kasih sayang...

Hong Nan Cho (Hwang Shin Hye) pula telah jatuh cinta dengan Moon Do dan merupakan ibu kepada Hong Soo Kyuk. Kerana tertekan dengan hidupnya, dia melepaskan segalanya dan membawa diri. Namun pada satu hari, satu artikel di akhbar telah mendedahkan segalanya tentang mereka...

Yang Eun Sook (Jun Mi Sun) jatuh cinta dengan ayah Moo Yeol bukanlah kerana wang ringgit tetapi kerana percaya dengan segala janji lelaki itu. Apa yang dia mahukan hanyalah menjadi isteri dan ibu yang boleh dibanggakan. Tetapi, Eun Sook meninggalkan Moon Do kerana lelaki itu tamakkan kuasa. Namun pada satu hari, beliau ternampak anak dan suaminya itu sedang bersama-sama...apakah ada rahsia yang Eun Sook tidak tahu?

Kang Moo Yeol (Sung Hoon) memiliki personaliti yang menarik, kaya raya dan daripada kalangan keluarga yang disegani. Kerana kekayaannya, ramai wanita yang telah jatuh cinta dengannya. Walaupun begitu, kehidupannya dihantui sejarah hitam hinggakan beliau tidak mempercayai keluarganya sendiri.

Han Yoo Jung (Chooi Yun Young) seorang gadis yang suka berpakaian seperti lelaki dan adik kepada Yoo Rim. Anak bongsu dalam keluarga. Mempunyai impian untuk mengembangkan syarikat ayahnya.

Hong Soo Kyuk (Shim Ji Hoo) merupakan adik beradik tiri kepada Moo Yeol. Beliau lebih santai semasa di kolej dan meminati Yoo Jung. Namun begitu tidak mendapat balasan cinta daripada gadis tomboi tersebut. Namun lama-kelamaan wajah sebenarnya terbongkar dan Soo Kyuk menjadi semakin berubah perangainya...


INFO DRAMA:
Drama: Madly in Love (English title) / Passionate Love (literal title)
Pengarah: Bae Tae-Sub
Penulis: Park Ye-Gyung
Penyiar: SBS
Episode: 47
Waktu siaran: Rabu & Khamis 7:40 mlm

Selamat menonton drama korea Madly in Love...

4 comments:

  1. Replies
    1. Dah tengok episod 1, agak blur sikit jln ceritanya..hihi

      Delete
  2. dah tgk episod satu.. banyak konflik cite nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. konflik memang banyak...kena tengok setiap episod nih..

      Delete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.