El Nino Fenomena Cuaca Panas Melampau

aynora nur | 16 June, 2014,11:33 AM |
Advertisement
El Nino Fenomena Cuaca Panas Melampau - Dalam bahasa Spanyol El Nino bermaksud anak lelaki. Jabatan Meteorologi Malaysia (MET) meramalkan El Nino bermula pada bulan Jun-Julai, namun ada beberapa kawasan sekitar pesisiran Sarawak termasuk di Santubong telahpun merasai fenomena tersebut. Dijangkakan, cuaca panas terik dan kemarau panjang berlarutan hingga bulan September berikutan perubahan cuaca dunia.



Fenomena El Nino berlaku setiap dua hingga tujuh tahun sekali, terjadi akibat perubahan suhu di Lautan Pasifik yang menjadi lebih panas dan memberi beberapa impak kepada kawasan tertentu.

Tanda Awal El Nino


1. Peningkatan tekanan di permukaan Lautan Hindi di Indonesia dan Australia.

2. Penurunan tekanan udara di Tahiti dan di tengah Serta timur Lautan Pasifik.

3. Angin di selatan Lautan Pasifik semakin lemah dan bergerak ke timur

4. Udara panas meningkat berdekatan Peru mengakibatkan hujan di utara gurun Peru.

5. Air panas bergerak dari barat Lautan Pasifik dan Lautan Hindi ke timur Lautan Pasifik. Kejadian ini menyebabkan hujan di timur Pasifik yang lazimnya kering manakala kemarau teruk di barat Pasifik.

Kesan-kesan El Nino


1. Udara kering dan kemarau
2. Kadar hujan yang rendah atau tiada/kurangnya pergerakan angin
3. Terdedah kepada kebakaran hutan
4. Jerebu
5. Pengurangan sumber bekalan air mentah
6. Menjejaskan tanaman

Kesan-kesan El Nino kepada dunia 


Fakta ringkas berkaitan El Nino


1. Berlaku akibat perubahan suhu permukaan laut, Lautan Pasifik Tropika Tengah dan timur menjadi lebih panas.




2. Suhu panas lautan pasifik ini akan mencetuskan dua pergerakan air laut yang berbeza di dua bahagian lautan ini.

3. Bahagian utara lautan pasifik akan mengalami keadaan arus air berputar mengikut arah jam.

4. Bahagian selatan lautan pasifik akan mengalami keadaan arus air berputar mengikut lawan jam.

5. Putaran air ini bertembung di titik pertengahan lautan pasifik dan menghasilkan 'gyre' (pusaran besar) di bahagian tengah Lautan Pasifik.

Seharusnya kita semua telah bersedia dengan fenomena El Nino yang akan melanda negara kita ini. Jaga kesihatan, banyakkan minum air masak, kurangkan aktiviti di luar rumah dan patuhi nasihat mereka yang pakar dalam hal -hal yang berkaitan.

Sumber: Harian metro
Aynora Nur adalah seorang penulis blog separuh masa, terlibat dalam bidang hartanah dan perkhidmatan – di Johor, Malaysia. Lulusan MBA. Aktif berblog sejak tahun 2010. Hubungi saya untuk Promosi produk dan servis • Entry kekal di blog • • Pakej mengikut bajet • Daily PV : 35,000 - 45,000 • Monthly PV : 1.1juta - 1.5juta. Info lanjut di about me ...
 
loading...
0 Komen untuk "El Nino Fenomena Cuaca Panas Melampau"
DISCLAIMER: All content provided on this "Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Kisah 25 Filsuf Barat (MATLUTHFI)!! Harga cuma RM22.50 (Asal RM25.00)!

Buat Duit Blog
Back To Top