Jadual Aktiviti Ibadah Dan Pemakanan Di Bulan Ramadhan

aynora nur | 18 June, 2014,10:09 AM |
Advertisement
Jadual Aktiviti Ibadah Dan Pemakanan Di Bulan Ramadhan - Bulan Ramadhan adalah pesta ibadah. Banyak peristiwa besar berlaku seperti perang Badar dan berbagai lagi menunjukkan kekuatan umat. Namun sayangnya, kini Ramadhan dikaitkan dgn keletihan, kelemahan, mengantuk, kurangnya produktiviti dan kini ianya menjadi trend seperti pesta makanan pula pada bulan Ramadhan.

Ramadhan adalah bulan kesihatan, bulan silaturrahim, musim perubahan, masa hilang ketagihan, bulan lembut hati, bulan keluasan rezeki dan bulan membaiki institusi keluarga.

Jadual Aktiviti Ibadah Dan Pemakanan Di Bulan Ramadhan




Mengikut kajian kesilapan besar dalam berpuasa;--

1. Menghimpunkan makan malam dengan berbuka puasa adalah kesilapan. 

Nabi buka puasa dengan 3 biji kurma (atau makanan yang tinggi pottasium seperti makanan bergula perang, bukannya bergula putih) dan air kosong. Sebab buka puasa bukan untuk perut tetapi untuk beri tenaga kepada hypotanamos (otak dalam otak). Satu cara adalah elakkan hidang makan malam didepan mata semasa berbuka. Hypotanamos yang keletihan berfungsi sepanjang hari akan tidak berfungsi dengan betul sekiranya makanan masuk dengan banyak semasa berbuka. Ianya menyebabkan masalah serius kesihatan.

2. Jangan lewatkan solat maghrib.

Makanan yang dimakan menghasilkan tenaga untuk diagihkan keseluruhan tubuh melalui sel. 1 kilo berat badan mempunyai 10000 trilion sel. Tenaga ini perlu ditolak oleh tenaga yang dilakukan oleh solat yang disegerakan.

3. Selepas solat maghrib, sel sudah dapat tenaga. Balik terus makan malam. Secara automatik kita akan makan secara baik. Jangan lebih lima jenis makanan dalam satu hidangan. Nasi, lauk, sayur, buah dan air sudah mencukupi.

4. Selepas makan malam, sangat baik kita MANDI dengan air sejuk. Jangan pakai heater. Boleh pakai air batu tambah sejuk. Jangan takut mandi malam, tiada paru-paru berair bila mandi malam.

5. Selepas mandi, sebelum pergi solat isyak minum setengah cawan air campuran 3 biji kurma, satu sudu teh madu lebah dan susu segar yg diblender.

Cara makan kurma


- 60% kebaikan berada pada selaput permukaan luar kurma. Masukkan sebiji kurma dan last sekali keluar biji. Jgn kupas di luar. Kurma terbaik ada 4 jenis iaitu ajwa, mabrom, sapawi dan mariami.

Puasa adalah detoksifikasi. Ia berlaku apabila fungsi proses makanan dalam perut berehat lebih dari 8 jam.


Sumber: Kuliah puasa dari sudut kesihatan. Oleh Dr Norhissam Mustafa, CEO IPKIM (Institut Pengurusan Kesihatan Islam Malaysia)

Aynora Nur adalah seorang penulis blog separuh masa, terlibat dalam bidang hartanah dan perkhidmatan – di Johor, Malaysia. Lulusan MBA. Aktif berblog sejak tahun 2010. Hubungi saya untuk Promosi produk dan servis • Entry kekal di blog • • Pakej mengikut bajet • Daily PV : 35,000 - 45,000 • Monthly PV : 1.1juta - 1.5juta. Info lanjut di about me ...
 
loading...
0 Komen untuk "Jadual Aktiviti Ibadah Dan Pemakanan Di Bulan Ramadhan"
DISCLAIMER: All content provided on this "Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Kisah 25 Filsuf Barat (MATLUTHFI)!! Harga cuma RM22.50 (Asal RM25.00)!

Buat Duit Blog
Back To Top