Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Juara Konsert Mega Akhir Kilauan Emas 4

Juara Konsert Mega Akhir Kilauan Emas Musim 4 | Ketika artikel ini ditulis saya sedang menyaksikan konsert mega akhir kilauan emas Musim ke 4. Sesekali layan otai-otai yang masih berbeza ada juga bestnya! Mana tidaknya, setiap peserta akhir memiliki keunikan tersendiri dan menyampaikan setiap lagu dengan matang dan penghayatan yang betul...syabas!!




Okay, untuk info kilauan emas akhir ini disertai oleh 3 peserta lelaki semuanya iaitu:

1. Zain
2. Arip
3. Ben

Setiap peserta menyanyikan tiga lagu dengan tema yang berbeza dengan diadili dari format duet, akustik dan lagu bebas.

Jika dilihat dari segi persembahan, sudah semestinya Zain yang pernah menyanyi dengan kumpulan Arrow memiliki kelebihan tersendiri. Setiap nyanyiannya mendapat pujian daripada juri Dato Ramli MS dan juga Jamal Mirdad. Namun secara Peribadi saya merasakan Zain terlalu berhati-hati dalam mempersembahkan bakatnya dan sesekali terdengar suaranya kurang dinamik. Sepatutnya Zain menggunakan pengalaman menyanyi yang diperolehi dahulu sepenuhnya dan buat sehabis baik...

Namun rasa terkilan saya terubat akhirnya bila Zain menyanyikan lagu barunya yang berjudul Cinta Satu. Suaranya amat jelas, dinamik dan penghayatan yang sesuai dengan lagu. Saya agak mungkin Zain bakal juara?

Manakala peserta kedua adalah Arip. Seorang yang memiliki imej yang agak kasar tetapi selalu dapat menyampaikan lagu dengan nada yang lunak. Kadangkala persembahannya memukau dan adakala suaranya terlalu keras dan agak janggal pada pendengaran. Namun saya agak terpikat dengan nyanyian Arip ketika persembahan akustik untuk lagu Hakikat Sebuah Cinta. Nyanyiannya begitu jujur!

Dan akhir sekali adalah Ben yang berasal dari Sabah. Walaupun usianya telah melewati angka 60, tetapi beliau dapat memikat pendengar dengan suaranya yang serak-serak basah. Dikatakan agak kurang sihat pada pertandingan akhir ini, tetapi Ben tetap menyerlah. Saya suka ketika dia menyanyikan lagu kumpulan May. Ketika ini juga Ben mendapat pujian dan kata-kata semangat dari juri Dato Ramli MS.

Akhirnya teka teki terjawab sudah... Juara konsert mega akhir kilauan emas Musim ke 4 adalah milik Arip dengan membawa pulang wang tunai RM100,000-00, kereta Toyota Camry, piala dan hadiah iringan yang lain.

Tempat kedua dimenangi oleh Zain dengan membawa pulang Wang tunai RM50,000-00, kereta Nissan X-Gear, piala dan hadiah sampingan yang lain.

Tempat ketiga pula milik Ben dengan membawa pulang wang tunai RM30,000-00, kereta produa myvi, piala dan hadiah sampingan yg lain.

Tahniah kepada semua peserta mega akhir kilauan emas musim ke 4 kerana masing-masing adalah pemenang...


Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close