Lirik PadaMu Ku Bersujud - Afgan

aynora nur | 14 June, 2014,11:04 AM |
Advertisement
Lirik lagu PadaMu Ku Bersujud - Lagu ketuhanan yang baru saya dengar ini amat menyentuh perasaan, meresap dalam hati lalu menghadirkan ketenangan. Jujur saya akui bahawa lirik-lirik lagu sebegini memang amat sesuai dijadikan motivasi dan pemangkin agar kita terus istiqamah membuat sesuatu yang dituntut demi mencari redhaNya.


sumber: google


Apakah maksud yang tersirat di sebalik lagu PadaMu Ku Bersujud nyanyian Afgan ini? Mari kita lihat lirik penuh lagu tersebut.

Lirik Lagu PadaMu Ku Bersujud - Afgan


Kumenatap dalam kelam
tiada yang bisa kulihat
selain hanya namaMu, ya Allah

Esok ataukah nanti
ampuni semua salahku
lindungi aku dari segala fitnah

Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
jadikan aku selamanya
hambaMu yang selalu bertaubat

Ampuniku ya Allah
yang sering melupakanMu
saat Kau limpahkan karuniaMu
dalam sunyi aku bersujud

 ~{}~

Esok ataukah nanti
ampuni semua salahku
lindungi aku dari segala fitnah

Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
jadikan aku selamanya
hambaMu yang selalu bertaubat

Ampuniku ya Allah
yang sering melupakanMu
saat Kau limpahkan karuniaMu
dalam sunyi aku bersujud

Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
jadikan aku selamanya
hambaMu yang selalu bertaubat

Ampuniku ya Allah
yang sering melupakanMu
saat Kau limpahkan karuniaMu
dalam sunyi aku bersujud padaMu

Hikmah Disebalik Bersujud Kepada Allah 

Sujud ialah meletakkan kepala di bumi. Ketika sujud, fikiran berada lebih rendah daripada hati. Ulama me­ngatakan, sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah.

Tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah yang sia-sia. Malah setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia.

Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk iaitu sujud fizikal ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah serta menjauhi larangannya.

Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama.

Manusia paling dekat dengan Allah ketika sujud solat. Daripada Anas, katanya, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sempurnakanlah sujudmu! Jangan membentangkan dua siku seperti anjing (tidur).”

Ketika seseorang mengerjakan solat, berpuluh-puluh iblis datang menggoda. Sesetengahnya datang pada setiap anggota badan supaya datang perasaan malas dan was-was, terlupa bilangan rakaat dan bimbang pada pekerjaan dunia yang ditinggalkannya.

Mereka juga sentiasa hendak cepat, hilang khusyuk dengan mata menjeling ke kiri ke kanan, telinga sentiasa mendengar orang bercakap serta bunyi sekitarnya.

Malah ada juga iblis yang duduk di belakang badan orang yang solat supaya mereka tidak dapat sujud lama kerana penat. Apabila sujud, kita digalakkan bertafakur beberapa ketika.

Rahsia Sujud Pada Pandangan Sains 


1. Dari sudut kesihatan, bersujud boleh mengelak penyakit pening atau migrain. Ini dibuktikan saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari kita perlu bersujud.

2. Ahli sains menemui ada beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yang tidak dipenuhi darah. Apabila bersujud, darah mengalir ke ruang berkenaan.

Dalam solat, cara sujud mestilah mengikut kaedah paling sempurna iaitu turun ke bawah dengan tangan, meletakkan ia ke bawah sebelum lutut.

Jadikan tapak tangan sama aras dengan kedua-dua bahu. Tidak meletakkan (melebarkan) lengan di tanah seperti anjing. Letakkan hidung dan dahi di atas tempat sujud.

Begitu juga dengan lutut serta jari kaki. Semua anggota itu menentukan sempurna atau tidak sujud seseorang dalam solat seperti yang diperintah­kan Rasulullah.

3. Antara hikmah lain sujud termasuk melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.

4. Sementara bernafas ketika sujud boleh membetulkan kembali kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya, membetulkan pundi peranakan yang jatuh, melegakan sakit hernia (burut), mengurangkan sakit senggugut ketika haid, melegakan paru-paru daripada ketegangan dan mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.

5. Selain itu, sujud dapat mengimbangi lingkungan bahagian belakang tubuh, meringankan bahagian pelvis, memberi dorongan supaya mudah tidur, dapat menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung dan otot lebih kuat dan elastik supaya dapat memastikan kelancaran perjalanan darah yang baik.

6. Bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit di bahagian berkenaan, mengurangkan kegemukan, memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut.

7. Sujud yang lama juga menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran.

Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah, padahal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.

8. Dari sudut psikologi, sujud membuatkan seseorang hamba berasa rendah diri terhadap Allah dan dapat mengikis sifat sombong, riak dan takbur.

Alangkah indahnya setelah kita mengetahui betapa sujud itu begitu penuh dengan hikmah dan rahsia terutamanya dalam penjagaan kesihatan kita. Lagi bertambah pahala jika ia dibuat di dalam solat yang penuh khusyuk dan tawaduk...wallahua'lam...

#sumber : myMetro, Facebook, Twitter


Tag : Agama
Aynora Nur adalah seorang penulis blog separuh masa, terlibat dalam bidang hartanah dan perkhidmatan – di Johor, Malaysia. Lulusan MBA. Aktif berblog sejak tahun 2010. Hubungi saya untuk Promosi produk dan servis • Entry kekal di blog • • Pakej mengikut bajet • Daily PV : 35,000 - 45,000 • Monthly PV : 1.1juta - 1.5juta. Info lanjut di about me ...
 
loading...
0 Komen untuk "Lirik PadaMu Ku Bersujud - Afgan"
DISCLAIMER: All content provided on this "Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Kisah 25 Filsuf Barat (MATLUTHFI)!! Harga cuma RM22.50 (Asal RM25.00)!

Buat Duit Blog
Back To Top