Sambut Datangnya Ramadhan Dengan Gembira

aynora nur | 25 June, 2014,3:11 PM |
Advertisement
Selamat datang Ramadhan.

Bersyukurlah kerana kita masih diberi peluang bertemu dengan Ramadhan al Mubarak pada tahun ini. Kita masih diberi merasai nikmat iman dan islam. Syukur kerana Allah mengurniakan kita satu bulan yang penuh Barakah. Allah jadikan padanya satu malam yang lebih baik dari seribu bulan...

Ehsan Google


Semoga sepanjang perjalanan menempuhi Ramadhan ini kita sentiasa dinaungi rahmat dan hidayahNya. Semoga kita semua dapat melaluinya dengan sabar kerana kunci syurga adalah sabar...

Sambut Datangnya Ramadhan Dengan Gembira


Ramadan adalah bulan yang mengandungi seribu rahmat, malah menunggu-nunggu datangnya pun adalah rahmat Ilahi. Ini seperti sabda Rasulullah SAW, maksudnya:

"Sesiapa yang bergembira dengan datangnya Ramadan, Allah akan mengharamkan jasadnya daripada api neraka." (Hadis riwayat Ibn Majah). 

Bila Ramadhan tiba sambutlah dengan sujud syukur tanda terima kasih pada Allah kerana memilih kita untuk terus beribadah dibulan yang mulia ini.

Bila bertemu dengan ahli keluarga, sanak saudara, sahabat handai @ sesiapa sahaja ucapkanlah "Ramadhan Kareem" dan orang yang mendengar menjawab "Allahu Akram"
Maksudnya "Ramadhan Mulia"dan jawapannya " Allah lebih Mulia"

Sambutlah Ramadhan ini dengan wajah yang berseri2 tanda kegembiraan yang tidak terhingga dan berazam untuk mendekatkan diri kepada Allah dengan selalu berbicara dengan Allah walau dalam hati.

Contohnya "Ya Allah aku berpuasa ya Allah.. terimalah puasaku ini.. aku berpuasa hanya untukMu Ya Allah"

Hiaslah rumah kita sebaik-baiknya dengan bersih dan cantik kerana terlalu banyak rahmat yang Allah hendak berikan di bulan yang mulia ini.

Moga Ramadhan ini lebih baik dari Ramadhan yang telah lalu.. hiasilah diri dengan amalan dan taqwa.

Semoga kita semua sentiasa dalam rahmat Allah...

Aynora Nur adalah seorang penulis blog separuh masa, terlibat dalam bidang hartanah dan perkhidmatan – di Johor, Malaysia. Lulusan MBA. Aktif berblog sejak tahun 2010. Hubungi saya untuk Promosi produk dan servis • Entry kekal di blog • • Pakej mengikut bajet • Daily PV : 35,000 - 45,000 • Monthly PV : 1.1juta - 1.5juta. Info lanjut di about me ...
 
loading...
4 Komen untuk "Sambut Datangnya Ramadhan Dengan Gembira "

tak sabar rasanya nak bertemu Ramadhan ...

Sure, Ramadhan akan disambut dengan jiwa yang tenang. Dah biasa dengan puasa, Ramadhan tidak pernah mendatangkan sebarang masalah. Player bola Liga Inggeris yang muslim pun selamba je puasa Ramadhan sambil main bola.

in syaa Allah..bersama-sama menanti Ramadhan

semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna...

DISCLAIMER: All content provided on this "Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Kisah 25 Filsuf Barat (MATLUTHFI)!! Harga cuma RM22.50 (Asal RM25.00)!

Buat Duit Blog
Back To Top