Kenangan Hari Raya Zaman Kanak-Kanak

Tudung kanak-kanak
Kenangan Hari Raya Zaman Kanak-Kanak - Memori Hari Raya datang menggamit, terutamanya jika kita duduk berseorangan jauh diperantauan. Kadangkala apabila bertemu semula dengan adik beradik dan berkumpul bersama-sama, pasti akan diungkit cerita raya zaman kanak-kanak. Lepas tu, galak sakan ketawakan kenakalan masing-masing.

Begitu juga dengan saya. Kenangan hari raya zaman kanak-kanak sering menggamit ingatan. Bila teringatkan arwah ayah, tetiba perasaan bertukar sayu.

Kenangan Hari Raya Zaman Kanak-Kanak


1) Main Bunga Api


Setiap kali raya, kita sibuk dengan bunga api. Betul tak? Raya tak meriah tanpa bunga api. Paling best bila dapat bakar bunga api ramai-ramai dan lari keliling lampu pelita. Best kan?


Namun kini bunga api dah jarang kelihatan. Kalau ada pun kena beli sorok-sorok sebab kerajaan telahpun mengharamkan bunga api dan mercun kerana ramai yang salah guna.


2) Raya Berulangkali Rumah Yang Sama 


Bila tiba hari raya, kita yang paling seronok kan? Terutamanya bila nak kutip duit raya. Sanggup beraya ke rumah yang sama berulang kali demi mendapatkan duit raya lebih.


Pernahkah anda semua mengalami memori sebegini? Pasti mencuit hati bila teringatkan gelagat zaman kanak-kanak beraya.

3) Tumpahkan Air Di Baju


Lagi satu insiden ketika kanak-kanak berhari raya. Yang ini semua orang pun pernah mengalaminya. Sudahlah minum air berebut, makan kuih pun berlumba-lumba. Waktu macam inilah ada saja yang tertumpahkan air di baju. Indahnya memori zaman kanak-kanak, kan? Alangkah indah jika waktu dapat diputar kembali...



4) Terjun Parit Lepas Beraya




Kisah raya yang ini biasanya kerja-kerja budak lelaki. Terutamanya yang tinggal di kampung. Penat ziarah dari rumah ke rumah, kutip duit raya, kemudian air tumpah kat baju. Last sekali, terjun parit beramai-ramai menghilangkan panas di badan.

Balik rumah ibu bapa dah terpacak depan pintu dengan rotan. Mana tidaknya, kata pergi beraya tetapi basah lencun bila sampai di rumah. Tadah aje la punggung tu terima habuannya..he he

Begitulah kisah beraya zaman
kanak-kanak yang indah bagi saya dan adik-beradik. Namun semua itu hanya tinggal kenangan. Biarpun penuh suka dan duka, kenangan raya zaman kanak-kanak tetap menjemput memori yang tak mungkin dapat dilupakan.

Salam lebaran buat semua.




No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.