Lagu Raya Paling Sedih (Lirik & Video)

Hari Raya Aidil Fitri bakal menjelang sehari dua lagi. Waktu-waktu beginilah bila dengar lagu raya aje, ingatan terus jadi sayu. Kadangkala dengar lagu gembira pun rasa sayu. Kenapa agaknya? Mungkin kita rasa sedih untuk meninggalkan ramadhan. Mudah-mudahan kita dapat berjumpa lagi dengan ramadhan al mubarak pada tahun-tahun mendatang. Insyaa Allah..


sumber:google


Dalam artikel ringkas ini, saya nak share dengan anda semua lagu raya paling sedih bagi saya. Tak tahu mengapa?? Tapi bila dengar lagu Dari Jauh kumohon Maaf dari Allahyarham Sudirman, cepat aje nak tangkap syahdu. Lagu yang penuh memori untuk mereka yang jauh di perantauan...

Lirik Lagu Raya Dari jauh Kupohon Maaf  


Dalam dingin subuh hatiku terusik
Kenang nasib diri di rantauan
Bergema takbir raya menitis air mata
Terbayang suasana permai desa

Rindu hati ini inginku kembali
Pada ayah bonda dan saudara
Tetapi aku harus mencari rezeki
Membela nasib kita bersama

( korus )
Hanya ku sampaikan doa dan kiriman tulus ikhlas
Dari jauh kupohonkan ampun maaf
Jangan sedih pagi ini tak dapat kita bersama
Meraikan aidil fitri yang mulia

Restu ayah bonda kuharap selalu
Hingga aku pulang kepadamu

( ulang korus )

Restu ayah bonda kuharap selalu
Demi anakmu yang kini jauh

Nyanyian: Allahyarham Sudirman Hj. Arshad
Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2008/09/lirik-dari-jauh-kupohon-maaf-sudirman.html#ixzz38SUoNufT

Video Lagu Raya Dari Jauh Kupohon Maaf





Selamat hari raya, maaf zahir batin buat semua...

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.