Pantun Raya Lawak Lucu Setiap Negeri

aynora nur | 24 July, 2014,9:45 AM |
Advertisement
Pantun Raya Lawak Lucu Setiap Negeri - Hari Raya sepatutnya disambut dengan gembira menandakan hari kemenangan bagi seluruh umat islam menahan diri dari melakukan perkara-perkara yang dilarang dalam islam. 

Ehsan Google


Dengan itu, saya kongsikan pantun raya lawak lucu setiap negeri di Malaysia yang boleh kita jadikan gurauan santai di hari raya. Sambil itu, kita boleh belajar dailek negeri masing-masing.

Pantun Raya Lawak Lucu Setiap Negeri

Kelantan

Make ikke cicoh budu
Jange lupo tamboh satar
Kelik rayo taksir laju
Nanti rayo dale sepita

Terengganu

Makang ubi jamang jepong
Makang kepok cicah cuke
Bulang pose mung bengong
Bulang raye mung gile

Pahang

Sepadan Pahang ada kasino
Nasi dagang ikan patin
Jange mu masam muko
Raya makan rendang sadin

Johor

Cegitu cegini awak suke ek
Awak suke kite tak suke ek
Esok luse hari raye ek
Sama-sama bersuke rie ek


Melaka

Hawau kau berak merate
Kaki bengkak ulau patok
Kalu balik naik kerete
Jangan pandu kalau ngantok


Negeri Sembilan

Masak lomak cili api
Campo dongan ! daun turi
Hari rayo kolumpo sopi
Tinggal penyamun dongan pencuri


Selangor & K.Lumpur

Wa cakap lu wa tak tau
Tapi wa tipu sama lu
Raya jangan buat tak tau
Angpau ada bagi gua dulu


Perak

Gulei tempoyak ikan mayong
Doroyan busok tebok dek tupei
Pandu hemat ingat kampong
Asal teman selamat sampei


Kedah

Aloq Staq terketaq-ketaq
Lapaq perut makan pau
Macam mana tak ketaq
Kena paksa bagi angpau


Penang

Nasi kandaq kedai mamak
Anak mami juai pesemboq
Lepas raya usah dok triak
Kalu ceti mai ikut dapoq


Perlis

Padang besaq kecik aja
Tempat siam lalu lalang
Hari raya kita berbelanja
Jangan sampai menambah utang


Sabah

Gunong kinabalu tinggi bah,
Org sabah bawah bayu..
Hari raya jgn lupa bah,
Ok bah kalau kau...


Sarawak

Bulan posa sik boleh bebulak,
Makan megi betapok tapok,
Iboh takut asuk menyalak
rilek lah pok.....


Sumber: Group whatsapp

Mungkin korang dah terbaca pantun Lawak lucu raya bagi setiap negeri yang saya kongsikan di atas. Lawak tak? Lucu kan? Ada pulak sesetengah bahasanya yang saya tak faham langsung tapi masih boleh buat saya ketawa gelihati..he he

Sila kongsikan pantun raya Lawak lucu bagi setiap negeri jika anda rasa ia memang lawak dan lucu. 

Aynora Nur adalah seorang penulis blog separuh masa, terlibat dalam bidang hartanah dan perkhidmatan – di Johor, Malaysia. Lulusan MBA. Aktif berblog sejak tahun 2010. Hubungi saya untuk Promosi produk dan servis • Entry kekal di blog • • Pakej mengikut bajet • Daily PV : 35,000 - 45,000 • Monthly PV : 1.1juta - 1.5juta. Info lanjut di about me ...
 
loading...
0 Komen untuk "Pantun Raya Lawak Lucu Setiap Negeri"
DISCLAIMER: All content provided on this "Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Kisah 25 Filsuf Barat (MATLUTHFI)!! Harga cuma RM22.50 (Asal RM25.00)!

Buat Duit Blog
Back To Top