Resepi Biskut Mazola Peanut Butter Rangup

Resepi biskut mazola rangup - Biskut mazola memang sedap dimakan. Tak jemu-jemu menghadapnya walaupun ada juga kuih tat gulung dan kerepek pisang di depan mata. Setiap tahun kami buat biskut mazola peanut butter yang rangup walaupun kosnya agak mahal. Ya lah, peanut butter itu kan boleh tahan harganya. Kemudian dengan minyak jagung/mazola lagi, memang agak tinggi kos untuk menyediakan sebalang biskut peanut butter.

Resepi Biskut Mazola Rangup 


  • 1 mangkuk kacang tanah yang telah digoreng tanpa minyak & diblend. Ada sesetengah orang tumbuk kasar sahaja kacang tanah agar naik rasanya.  

jangan kisar halus sangat, nanti kurang rasa kacangnya..

  • 1 mangkuk tepung gandum
  • 3/5 mangkuk gula halus
  • 1/2 cawan peanut butter
  • 1 sudu kecil baking soda
  • Minyak jagung secukupnya
Bahan-bahan Untuk Hiasan
  • kuning telur secukupnya
  • Sedikit pewarna kuning
  • Kacang tanah bergaram secukupnya


Cara-cara membuatnya:

  1. Di dalam mangkuk besar gaul sebati tepung, gula, peanut butter, baking soda dan kacang kisar.
  2. Tuangkan minyak mazola/jagung/canola sedikit sedikit dan uli adunan hingga menjadi doh yang lembut.
  3. Bentukkan doh mengikut citarasa dan susun didalam loyang yang telah di lengser dengan mentega.
  4. Sapukan atasnya dengan kuning telur Dan hiaskan dengan kacang tanah yang dibuang kulitnya.  
  5. Bakar di dalam oven pada suhu 150C selama 10- 15 minit sehingga perang. 



Rahsia biskut mazola peanut butter rangup? Senang aje, masukkan sedikit baking soda. Insyaa Allah biskut pujaan kita itu rangup, gebu dan bertahan lama.

Tips Tambahan:

Jika anda mahukan biskut mazola yang halus dan kemas, jangan gunakan kacang tanah langsung. Hanya masukkan peanut butter dan tambahkan sukatannya. 

Selamat mencuba...

2 comments:

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.