Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Senarai Kuih Raya Yang Tinggi Kandungan Kalori

Senarai Kuih Raya Yang Tinggi Kandungan Kalori - Hari Raya Aidil Fitri bakal menjelang tak lama lagi. Tentu kita sudah mempersiapkan diri dengan kuih muih untuk hari raya nanti. Nasihat saya, berjimat cermat semasa berbelanja, beli yang perlu sahaja dan elakkan membeli barangan yang kurang diperlukan. Semoga kita semua saling berhati-hati, ok...

Sebut tentang raya, kita tak dapat lari dari juadah kuih yang sedap-sedap ketika hari raya nanti. Namun begitu, biarpun sedap, kita kena ambil tahu juga kandungan kalori sesuatu kuih. Di bawah ini saya senaraikan antara kuih raya yang mengandungi kandungan kalori yang agak tinggi.


kek lapis sarawak antara kek kegemaran saya

Senarai Kuih Raya Yang Tinggi Kandungan Kalori 


  1. Kek lapis Sarawak = 160 kkal
  2. Kek buah = 130 kkal
  3. Almond London = 110 kkal 
  4. Biskut kacang/badam = 90 kkal 
  5. Tart nenas/ strawberi/ epal = 70 kkal . 
  6. Biskut cornflakes = 80 kkal 
  7. Biskut Arab (suji) / makmur = 50 kkal 
  8. Biskut suji = 40 kkal 
  9. Kuih Semperit = 40 kkal 
  10. Biskut kelapa = 60 kkal 
  11. Bahulu = 60 kkal 
  12. Dodol = 70 kkal 
  13. Muruku = 120 kkal 
  14. Agar agar buah = 30 kkal 
  15. Kerepek pisang = 40 kkal 
  16. Rempeyek = 70 kkal 
  17. Wajik = 50 kkal 
#kkal = kilo kalori

Ada 2 jenis istilah untuk kalori:


1. Kalori kecil (simbol: kal atau cal) = 1 cal adalah jumlah tenaga yang diperlukan untuk menaikkan satu gram air dengan satu darjah Celcius.
2. Kalori besar @ Kilokalori (simbol: Kal, Cal, kkal atau kcal) – 1 Cal adalah jumlah tenaga yang diperlukan untuk menaikkan satu kilogram air dengan satu darjah Celcius.

*1 kalori besar @ kilokalori (1kkal) = 1.000 kalori kecil

Janganlah gunakan kesempatan hari raya untuk membalas dendam memakan segala jenis kuih muih dan lauk pauk tanpa belas kasihan kepada tubuh badan kita. Jaga kesihatan, jaga diri...semoga raya kali ini mengajar kita sifat sabar dan berhati-hati.

Read More ....


Post a Comment

2 Comments

  1. semua kuih2 feveret tu.. lagi2 kuih tart nenas..hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama dengan saya, tapi yg feveret ni la yg banyak kalorinya. nasib la, makan jugak..hihi

      Delete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close