Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Sinopsis Drama Korea Temptation

Sinopsis Drama Korea Temptation - Drama Doctor Strangers sudah hampir tamat. Mungkin ada lagi 6 episod, kalau tak silap. Dan mulai 2 Ogos 2014, ada drama korea terbaru yang akan menggantikan slot tersebut. Drama korea bertajuk 'Temptation' pasti mengingatkan kita kepada dua watak utama pelakon Stariways To Heaven yang popular sekitar tahun 2003.

Drama Korea Temptation ini menggandingkan semula Choi Ji Woo dengan Kwon Sang-Woo. Pasti hebat, kan?


Sinopsis Drama Korea Temptation

Untuk melangsaikan hutangnya, seorang suami (Kwon Sang-Woo) sanggup menerima berbillion won daripada seorang wanita. Sebagai balasan, lelaki tersebut mesti menyerahkan diri dan hidupnya kepada wanita tersebut.


Info Drama Korea Temptation
Drama: Temptation
Director: Park Young-Soo
Writer: Han Ji-Hoon
Network: SBS
Episodes: 20
Tarikh tayangan: July 14 - September 16, 2014
Waktu: Isnin & Selasa, pukul 9:55mlm
Bahasa: Korea


Dalam episod permulaan ini, drama Temptation memaparkan pelbagai insiden yang biasa terdapat dalam drama korea yang lain seperti bunuh diri, hidup dihantui hutang, kisah anak-anak tidak sah taraf, penyakit, waris keluarga ternama dan banyak lagi perkara lumrah yang berlaku dalam kehidupan sehari-hari.

Choi Ji-woo memegang watak sebagai Se-Young iaitu seorang ahli perniagaan yang lengkap dengan pakej iaitu cantik dan seksi. Manakala, Kwon Sang-woo sebagai suami setia bernama Cha Seok-hoon yang memiliki isteri yang baik dan cantik bernama Na Hong-joo (Park Ha-Seon) namun hubungan mereka agak menyedihkan.



Kang Min-woo (Lee Jeong-jin) mempunyai seorang anak lelaki yang comel bernama Roy (Jo Hwi-Joon). Min-woo adalah seorang playboy yang sudah mempunyai anak. Semoga dalam episod seterusnya dia mulai insaf akan kelakuannya.

Kwon Sang-woo sebagai Cha Seok-hoon menanggung hutang keliling pinggang tetapi dalam masa sama sangat sayangkan isterinya. Se-Young pula dan Min-woo menjalani kehidupan yang kurang membahagiakan. Se-Young lebih cintakan kerjayanya. Min-woo mendapati tiada keseronokan dalam keluarganya.

Dalam episod kedua, Seok-hoon memilih untuk menerima cadangan Se-Young, untuk menyelesaikan hutang-hutangnya. Se-Young memberikan sejumlah wang yang banyak tetapi Seok-hoon harus menerima syarat-syaratnya. Hong-Joo merasa dikhianati oleh suaminya. Dia berasa sedih, walaupun memahami apa yang cuba dilakukan oleh Seok-Hoon. Akhirnya Hong-Joo membenarkan dirinya dipujuk oleh Min-woo untuk membantu beliau menjaga anaknya, Roy, yang telah disembunyikan dirumah percutian keluarga.

Min-woo masih kebudak-budakan walaupun memiliki keluarga yang harus ditanggung. Tindakannya kurang matang. Beliau sering mengelak untuk bertanggungjawab dalam sesuatu hal.

Bagaimanakah hubungan Se-Young dengan Seok-Hoon berkembang? Adakah mereka akan terjerumus dalam satu skandal percintaan yang terlarang? Bagaimana pula rumahtangga Seok-Hoon dengan isteri yang dicintainya? Tonton Drama Temptation untuk mengetahui perkembangan lanjut drama korea ini.

Selamat menonton.


Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close