Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Dokumen Yang Diperlukan Untuk Pinjaman Perumahan Kerajaan Jenis I

Dokumen Yang Diperlukan Untuk Pinjaman Perumahan Kerajaan Jenis I - Pinjaman perumahan jenis I adalah untuk membeli hartanah yang telah siap. Membeli hartanah yang telah siap dengan CCC/CFO (Sijil Layak Menduduki) lebih menjimatkan dan selamat. Rumah atau bangunan boleh dilihat depan mata, jadi kita tidak akan menanggung risiko rumah tidak siap atau terbengkalai.




Lagi satu, pastikan anda semak latarbelakang pemaju ketika berhasrat membeli rumah. Pastikan juga pemaju tidak mempunyai rekod lampau yang kurang menyakinkan. Juga dinasihatkan agar anda melantik peguam yang boleh dipercayai bagi menguruskan dokumentasi perundangan ketika urusan jual beli nanti.  

Syarat-syarat membeli hartanah dengan pinjaman perumahan Jenis I: 


1. Salinan Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) jika pembelian terus daripada pemaju.

2. Surat kebenaran pindahmilik dan menggadai daripada Pihak Berkuasa Negeri jika hakmilik mempunyai sekatan kepentingan.

3. Baki hutang penjual mestilah dalam had kelayakan pemohon bagi tempoh enam (6) bulan ke hadapan jika hartanah telah digadai kepada bank/institusi kewangan.

4. Pembelian rumah daripada pemaju mesti mencatatkan Lesen Pemaju serta Permit Jualan pada Perjanjian Jual Beli dan jika tiada hendaklah mengemukakan laporan penilaian daripada JPPH.

5. Urusniaga kontra hanya dibenarkan jika bayaran 100% telah dikeluarkan kepada pemaju dan hartanah telah dicagar kepada Kerajaan Malaysia.

6. Pembelian hartanah daripada penjual yang belum mempunyai Hakmilik Individu/Strata adalah dibenarkan tertakluk kepada syarat pembelian hartanah di pasaran sekunder.

7. Pembelian hartanah lelongan adalah dibenarkan tertakluk kepada syarat pembelian hartanah lelongan Perbendaharaan Malaysia.

Dokumen Yang Diperlukan Untuk Pinjaman Perumahan Kerajaan Jenis I 


1. Borang permohonan pinjaman.
2. Surat iringan asal Ketua Jabatan.
3. Wang Proses RM100.00 bagi setiap permohonan. Wang proses mestilah dalam bentuk Kiriman Wang/Bank Draf/Perbankan Internet atas nama “Setiausaha Bahagian Pinjaman Perumahan”. Bagi pembayaran melalui perbankan internet, salinan transaksi bayaran perlu dikemukakan sebagai bukti bayaran.
4. Salinan kad pengenalan awam/tentera/polis yang diakui sah oleh Ketua Jabatan.
5. Slip gaji asal terkini/E-slip yang diakui sah oleh Ketua Jabatan.
6. Salinan Surat Pengesahan Jawatan Berpencen sekiranya slip gaji ada potongan KWSP yang diakui sah oleh Ketua Jabatan.
7. Salinan Surat Pemangkuan Jawatan yang diakui sah oleh Ketua Jabatan.
8. Borang Akuan Pemilihan Insurans/Takaful.
9. Salinan borang permohonan laporan penilaian hartanah yang telah disempurna dan dikemukakan kepada JPPH (Borang 1) kecuali pembelian rumah daripada pemaju berlesen dan permit iklan yang masih berkuatkuasa dan pembelian hartanah lelongan.
10. Salinan Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) jika pembelian rumah daripada pemaju berlesen dan permit iklan yang masih hak milik.
11. Salinan Hak milik Induk/Individu/Strata yang disahkan oleh peguam/pemaju (salinan Hak milik Individu/Strata bagi pembelian hartanah lelongan).
12. Salinan Perjanjian Jual Beli yang disahkan oleh peguam.
13. Borang 2 - Surat Persetujuan Menyelesaikan Baki Hutang Pinjaman Perumahan Serta Faedah/Keuntungan Dari Gaji, Apa-apa Faedah Persaraan dan Terimaan Daripada Kerajaan.

Namun begitu, ada sesetengah kes seperti harta strata/individu, ia memerlukan dokumen sokongan bagi melayakkan pinjaman perumahan anda diproses.

Selamat membeli harta ya... 

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close