Drama Korea Good Daughter, Hana

aynora nur | 14 August, 2014,12:38 PM |
Advertisement
Drama Korea Good Daughter, Hana - Drama korea The Women's Room sudah hampir tamat. Drama tersebut akan digantikan dengan sebuah lagi drama kisah keluarga yang hebat, sebuah kisah seorang anak perempuan yang cuba mempertahankan legasi perniagaan keluarga.




Good Daughter, Hana akan mula bersiaran mulai 14 Ogos 2014, pada setiap hari Isnin hingga Jumaat pukul 10:10 malam. Drama korea Good Daughter, Hana akan bersiaran sebanyak 122 episod. Whoa...banyak tu...

Tajuk lain bagi drama korea Good Daughter, Hana adalah A Well Grown Daughter dan One Well-raised Daughter.

Sinopsis Drama Korea Good Daughter, Hana


Dalam usaha mengekalkan legasi perniagaan sos keluarga, Jang Ha Na (Park Han Byul), yang merupakan anak perempuan keempat dalam keluarga telah diasuh seperti seorang lelaki. Dia menampilkan dirinya sebagai anak lelaki keluarga dalam usaha mempertahankan perniagaan sos keluarganya jatuh ke tangan pesaingnya.

Keluarga mereka telah memiliki empayar perniagaan sos tersebut selama beratus-ratus tahun. Keluarga dalam generasi terkini hanya memiliki anak-anak perempuan. Sebab itulah Jang Ha Na diasuh sebagai lelaki, tegas, berani dan berpakaian seperti lelaki.

Keluarga Jang memiliki Hwangso Soy Sauce Factory, yang telah menghasilkan sos soya selama dua abad. Apabila satu-satunya anak lelaki dalam keluarga tersebut meninggal dunia dalam kemalangan kereta api, Jang Ha-na, anak perempuan keempat keluarga, dipilih untuk menjadi pengganti yang akan datang. Walau bagaimanapun, kerana tradisi membenarkan pemilikan syarikat ini hanya kepada waris lelaki, Ha-na dibesarkan sebagai lelaki dan mesti menampilkan dirinya sebagai anak lelaki keluarga yang dikenali sebagai "Jang Eun-sung" untuk mewarisi empayar perniagaan keluarga tersebut.

Adakah rahsia penyamaran Jang Ha Na akan terbongkar? Nantikan tayangannya hingga ke akhir episod, ok...

Dibintangi oleh: Park Han-byul sebagai Jang Ha-na, Lee Tae-gon sebagi Han Yoon-chan, Jung Eun-woo sebagai Seol Do-hyun, Yoon Se-in sebagai Jang Ra-hee, Yoon Yoo-sun sebagai Joo Hyo-sun, Ha Jae-sook sebagai Jang Ha-myung, Park In-hwan sebagai Jang Pan-ro, Kim Ji-young sebagai Byun Jong-soon, Lee Hye-sook sebagai Im Chung-ran, Kim Joo-young sebagai Jang Ra-kongChoi Jae-sung sebagai Seol Jin-mook dan Han Yoo-yi sebagai Seol Do-eun.

Mengikut carian di forum-forum, drama korea Good Daughter, Hana membawa tema cerita balas dendam, pandangan serong terhadap kaum wanita, ketamakan, gila kuasa, dan sebagainya yang diadun dalam drama menarik ini.



Sinopsis Watak Utama:

Park Han Byeol as Jang Ha Na / Jang Eun Seong

Jang Hana adalah anak ke empat daripada sebuah keluarga yang dihormati. Oleh kerana tiada abang, dia dibesarkan sebagai lelaki sejak dari umur 5 tahun. Disebabkan terlalu lama diasuh sebagai lelaki, dia bercakap dan berperangai seperti lelaki. Namun kecantikannya tetap terserlah disebalik pakaian lelaki yang dipakainya.

Oleh kerana Jang Ha na telah bertekad untuk menjaga ibunya yang disisihkan kerana dia perempuan simpanan ayahnya, Jang Ha Na telah menyembunyikan identiti sebenarnya di dalam sebuah kotak dan di tanam di dalam tanah. Bila waktunya tiba, dia akan kembali kepada identitinya yang asal.

Namun naluri kewanitaannya tidak dapat menyembunyikan kesedihan apabila dia menghadapi masalah atau kesulitan. 


Lee Tae Gon as Han Yoon Chan

Seorang lelaki yang prejudis. Bahasanya sangat tajam dan penuh sindiran. Daripada zaman persekolahan dia selalu menimbulkan banyak masalah dan suka memberontak. Namun begitu, ada sisi menarik yang tersembunyi dalam dirinya. Sejak bertemu dengan Hana, hatinya yang beku menjadi cair.


Jeong Eun Woo as Seol Do Hyeon

Seorang lelaki kacak anggun dan bergaya yang belajar di Eropah. Sejak ibunya meninggal dunia, dia mengisi kedudukan ibunya untuk bapanya dan adik. Dia kaya dengan memiliki rumah mewah, kereta dan dia adalah waris keluarga yang kaya raya. 

Tetapi, kadang-kadang dia bertindak seperti seorang wanita. Dia takutkan perkara-perkara yang remeh seperti serangga atau benda yang kotor. Jika dia melihat sesuatu yang kotor atau serangga, dia menjerit seperti perempuan. Apabila ia makan sesuatu yang panas atau masin, lidahnya tidak boleh tahan. Perangainya kadangkala seperti seorang wanita.

Ringkasan Episod 11 - 16  Drama Korea Good Daughter, Hana 

Hyo Sun membantu Hana memenuhi permintaannya untuk menyertai kelas membuat sos soya. Pan Ro pula mengarahkan Ra Gong dan Hana untuk saling belajar antara satu sama lain. Jin Mook memilih untuk melupakan daripada bertemu dengan Yoon Chan sebaliknya pergi bertemu dengan Do Hyun, yang baru kembali daripada luar negara. 

Ketika berlaku gerhana, Hana telah pengsan. Bila Jang Hana sedar dari pengsan, dia sedar bahawa orang yang menyelamatkannya adalah Do Hyun. Tetapi sebaliknya yang menyelamatkan Hana adalah Han Yoon Chan. Ra Hee bercita-cita menjadi penyiar dan berkahwin dengan lelaki kaya.

Ringkasan Episod 95 - 122 Drama Korea Good Daughter, Hana

Boleh baca Final Episod Drama Korea Good Daughter Hana pada pautan berikut:

http://www.mykarya.com/2014/09/final-episode-drama-korea-good-daughter.html


1. Yoon Chan tidak hanya cuba untuk membalas dendam terhadap perkara-perkara yang dihadapi oleh Jang Hana, tetapi satu cara yang boleh membuatkan Jang Hana gembira adalah dengan mengembalikan perniagaan keluarganya. 

2. Dalam usaha untuk mencapai apa yang sangat dimahukan tersebut, Hana akan perlu melalui bahaya apabila berurusan dengan kerenah bapa Do Hyeon. 

3. Yoon Chan sentiasa menjaga Hana sepanjang dia melalui cabaran getir tersebut. Dialah juga yang menyelamatkan Hana di dalam hutan, dia umpama penyelamat keluarga Hana ketika ditimpa kesusahan. 

4. Do Hyeon menyuruh Hana berlagak sebagai kekasihnya agar ayahnya tidak menganggu keluarga mereka lagi. DH sangat mementingkan diri sendiri. Do Hyeon sanggup menjaja cerita mengatakan dia banyak berkorban untuk Hana. Sanggup berkahwin dengan Boo Hoo kerana sayangkan Hana. 

5. Yoon Chan tidak dapat melindungi Hana selamanya. Bila tengok episode 81, kita akan faham dimana ibu Hana tercedera dan dimasukkan ke hospital kerana perbuatan ayah Yoon Chan yang menyerang ibu Hana di restoran.

6. Bagi Hana pula, adakah beliau akan menerima cadangan Do Hyun tersebut? Walaupun ada sesetengah bahagian dalam drama ini agak lambat perjalanannya, drama ini masih sebuah cerita yang bagus. Ada pengajaran moral, nilai pengorbanan wanita dan kehidupan moral dalam masyarakat.

7. Walaupun Hana tidak dapat mewarisi syarikat keluarga, tetapi usaha yang dilakukannya selama ini berbaloi. Akhirnya dia berbahagia dengan Yoon Chan.

8. Pada akhir cerita, Jang Hana bersama dengan Lee Taegon (Han Yoon Chan). Mereka memiliki keserasian bersama-sama, dan hidup bahagia.

Selamat menonton...


Tag : Korean Time
Aynora Nur adalah seorang penulis blog separuh masa, terlibat dalam bidang hartanah dan perkhidmatan – di Johor, Malaysia. Lulusan MBA. Aktif berblog sejak tahun 2010. Hubungi saya untuk Promosi produk dan servis • Entry kekal di blog • • Pakej mengikut bajet • Daily PV : 35,000 - 45,000 • Monthly PV : 1.1juta - 1.5juta. Info lanjut di about me ...
 
loading...
1 Komentar untuk "Drama Korea Good Daughter, Hana"

kita rindu plak nak tengok balik cte ni.. hihi!

DISCLAIMER: All content provided on this "Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Kisah 25 Filsuf Barat (MATLUTHFI)!! Harga cuma RM22.50 (Asal RM25.00)!

Buat Duit Blog
Back To Top