Kebahagiaan Milik Semua

Kebahagiaan Milik Semua | Semua orang berhak untuk hidup bahagia. Ada sesetengahnya terpaksa membayar harga mahal untuk merebut bahagia manakala ada antara kita menerima bahagia tanpa perlu dijemput tiba. Bahagia adalah hak semua orang. Ia tidak dijual beli.

Kebahagiaan tidak harus kita dapatkan dari orang yang kita sayangi, tetapi juga boleh dari orang yang menyayangi kita.
 


Mengapa bahagia itu penting?

Sesungguhnya bahagia itu penting dalam setiap kehidupan makhluk bernyawa di muka bumi ini. Sedangkan haiwan pun ingin hidup bahagia inikan pula kita manusia yang diberikan akal untuk mencari bahagia. Bahagia perlu dicari dengan usaha yang berteraskan kasih sayang dan keikhlasan.

1. Motivasi Diri

Bahagia adalah alat untuk memotivasikan diri. Bila hidup kita bahagia, orang di sekeliling kita akan ikut merasa tempiasnya. Bahagia juga boleh membantu kita mengubah nasib diri sendiri. Hidup secara sederhana untuk menggapai bahagia lebih besar nilainya berbanding kita melakukan pengorbanan yang menyakiti orang lain. Kerjarlah bahagia dengan cara yang betul. Tidak semestinya wang ringgit lambang kebahagiaan tetapi kadangkala harta benda juga boleh dijadikan satu motivasi untuk hidup bahagia.

Nasib kita adalah kita yang tentukan, bukannya pada bintang yang bersinar terang. - William Shakespere

2. Mencapai Kejayaan

Orang yang bahagia akan mudah mencapai kebahagiaan dalam hidupnya. Kebahagiaan menghasilkan hati yang ceria dan bersih. Orang yang bahagia mudah mencapai kejayaan kerana ia percaya kepada perjalanan hidupnya yang telah ditentukan. Berusaha dengan fikiran yang terbuka, menerima ketentuan takdir dan terus melangkah menuju jaya.


3. Untuk membahagiakan orang lain

Bolehkah orang yang sedih dan berduka membahagiakan orang lain? Tentulah tidak, kan? Sebab orang yang sedih akan melalui hari-hari yang muram dan sukar untuk tersenyum. Orang yang sedih suka memandang sekelilingnya dengan pandangan yang negatif. Oleh itu, hiduplah dengan bahagia. Sentiasa tanamkan rasa redha dalam diri kita dengan segala kejadian di sekeliling kita. Secara tak langsung, ia membawa kebahagiaan kepada orang sekeliling kita.

Saya petik kata-kata dari W. Shakespere lagi. Katanya,

Tidak ada benda yang baik atau buruk sebaliknya fikiran dan apa yang kita rasa itu yang menjadikannya begitu. 

Selamat berbahagia kepada anda semua. Ada ketikanya bahagia perlu dicari. Kebahagiaan yang diperoleh dengan titik peluh sendiri dan dengan cara yang diredhai akan membuahkan jiwa yang tenang.

Salam kebahagiaan dari saya, aynora.nur

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.