Kisah Dan Tauladan Sengsara Kematian Seorang Anak

aynora nur | 20 August, 2014,11:57 AM |
Advertisement
Kisah Dan Tauladan Sengsara Kematian Seorang Anak | Kisah tauladan kali ini saya nak kongsikan tentang kuasa seorang ibu yang telah Allah kurniakan kepadanya. Ibu adalah wanita yang melahirkan kita bukannya isteri atau kekasih yang sering kita agung-agungkan itu.



Hormati, kasihi dan sayangilah ibu kita serta patuhilah arahannya selagi ia tidak bertentangan dengan syariat. Kasih ibu bawa ke mati. Mungkin kisah tauladan yang akan saya kongsikan ini boleh dijadikan sebuah renungan untuk hidup lebih bermakna dan tenang.

Kisah Dan Tauladan Sengsara Kematian Seorang Anak

“Kisah Wail bin Khattab pada zaman Nabi Muhammad S.A.W, satu peristiwa yang boleh dijadikan teladan. Disebabkan terlalu cintakan isteri, Wail selalu mencaci ibunya, mempercayai segala yang dilaporkan isterinya berkaitan ibunya. Waktu Wail menghadapi kematian, dia mengalami penderitaan sakit yang tidak terhingga. Dia menggelupur sehingga keluar keringat dingin membasahi seluruh badan. Mati tidak, sembuh pun tidak ada harapan.

Selama berpuluh hari dia berada dalam keadaan demikian. Matanya merah menyala, mulutnya terbuka lebar tetapi kerongkongnya tersumbat sehingga tidak terdengar jeritan, manakala kaki dan tangannya kaku. Sahabat menunggu kematiannya, namun tidak tiba. Mereka berasa terharu melihat penderitaan yang dihadapi Wail. Mereka bersilih ganti mengajarkan Wail mengucap kalimah syahadah, namun semuanya buntu. Wail cuba sedaya upaya mengucap dua kalimah syahadah tetapi yang kedengaran daripada mulutnya hanya perkataan Oh,Oh,Oh, Oh.

Akhirnya seorang sahabat Ali bin Abi Talib menemui Nabi bagi menceritakan keadaan Wail. Nabi Muhammad meminta ibu Wail dijemput menemui beliau. Nabi mahu mengetahui bagaimana keadaan dan perlakuan Wail terhadap ibunya sebelum sakit.

Apabila ditanya, ibu Wail menyatakan anaknya sentiasa mencaci lantaran hasutan isterinya. Dia percaya dan mengikut apa saja yang dilaporkan isterinya tanpa usul periksa. Ini menyebabkan ibunya berasa sakit hati kepadanya. Nabi Muhammad S.A.W memujuk ibu Wail supaya segera mengampuni dosa anaknya yang derhaka. Tetapi perempuan itu berkeras tidak mahu memenuhinya. Dia berkata, air matanya belum kering lantaran perbuatan Wail yang me nyakitkan hatinya.

Melihat keadaan itu, Nabi termenung seketika. Kemudian, baginda memerintahkan sahabat mengumpul kayu api. Wail akan dibakar hidup-hidup. Nabi Muhammad menyatakan, jika ibu Wail tidak mahu memaafkan dosa anaknya, Wail akan derita menghadapi maut dalam jangka masa yang tidak pasti.

Mendengar kata-kata Nabi itu, ibu Wail segera berkata: "Wahai Rasulullah, jangan dibakar dia. Wail anakku. Aku telah ampuni dia. Kesalahannya aku telah maafkan."

Menurut sahabat, sebaik saja Wail diampuni ibunya, wajahnya mula berubah. Akhirnya dia dapat mengucap syahadah dan menghembuskan nafas terakhir.” - sumber: dakwah2u.blogspot.com

"Begitu mulianya seorang wanita sehingga Rasulullah mengatakan seorang wanita yang solehah lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh."

Begitulah seksa dan sengsaranya menghadapi kematian bagi insan yang derhaka kepada ibu. Sudah jelas Rasulullah berpesan orang yang utama adalah ibu, ibu dan ibu kita dan seterusnya adalah ayah kita. Untuk lelaki yang telah berkahwin, sepatutnya ibumu ditempat teratas barulah keluargamu yang lain.

Selamat membaca, amal dan sebarkan...
Tag : Renungan
Aynora Nur adalah seorang penulis blog separuh masa, terlibat dalam bidang hartanah dan perkhidmatan – di Johor, Malaysia. Lulusan MBA. Aktif berblog sejak tahun 2010. Hubungi saya untuk Promosi produk dan servis • Entry kekal di blog • • Pakej mengikut bajet • Daily PV : 35,000 - 45,000 • Monthly PV : 1.1juta - 1.5juta. Info lanjut di about me ...
 
loading...
0 Komen untuk "Kisah Dan Tauladan Sengsara Kematian Seorang Anak"
DISCLAIMER: All content provided on this "Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Kisah 25 Filsuf Barat (MATLUTHFI)!! Harga cuma RM22.50 (Asal RM25.00)!

Buat Duit Blog
Back To Top