Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Rahsia Petua Merawat Rambut Gugur Dengan Inai

Rahsia Petua Merawat Rambut Gugur Dengan Inai | Dalam zaman sekarang ramai dikalangan orang muda yang kelihatan tua sebelum umurnya. Antara sebab seseorang kelihatan tua adalah kerana memiliki rambut yang sedikit akibat keguguran.

Rambut gugur memang jadi masalah jugak. Terutamanya jika umur masih muda. Selain tidak selesa dengan keadaan rambut yang jarang, mungkin ada sesetengah rakan yang memerli.


Gambar pokok inai. sumber: Google

Jangan risau, okay. Gunakan daun inai yang segar untuk merawat rambut yang gugur.

Rahsia Petua Merawat Rambut Gugur Dengan Inai


Ambil daun inai dan tumbuk hingga lumat. Campurkan sedikit air agar daun inai tidak terlalu kering. Sapukan pada kulit kepala dan kawasan rambut yang banyak gugur. Sapu hingga ke akar rambut. Biarkan selama setengah jam dan kemudian dibilas dengan air bersih.

Boleh juga dicampur dengan asam jawa. Caranya, tumbuk daun inai hingga halus dan campurkan sedikit air asam jawa. Cuci rambut hingga bersih dan bilas dengan air daun inai tadi sambil memicitkan kepala. Biarkan selama setengah jam. Kemudian bilas rambut sampai bersih. Amalkan seminggu 2 kali, Insya Allah , anda tidak akan mengalami masalah keguguran rambut.

Insyaa Allah rambut anda akan kembali tumbuh dengan segar dan sihat. Bagi yang menghadapi masalah uban pun boleh cuba. Lagipun petua daun inai ini adalah petua tradisional dan dijamin selamat dan halal.

Khasiat Daun Inai


Pokok inai mempunyai nilai ubatan yang tinggi terutamanya pada daunnya. Selama berkurun kurun lamanya inai telah digunakan untuk tujuan perubatan. Salah satu kegunaan utama inai adalah sebagai agen penyejuk.

Daun inai yang telah dijadikan serbuk pula dikatakan mampu untuk menyembuhkan luka luka semasa berkhatan, bisul, penyakit penyakit kulit dan sengal sengal tulang.

Daun inai juga dikatakan boleh merawat kebotakan atau keguguran rambut. Caranya ialah dengan merebus minyak biji sawi bersama daun inai. Kemudian sapukan ramuan ini di kepala.

Selamat mencuba.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close