Header Ads

Doakan Sahabat Kita Setiap Hari


Advertisement
Doakan sahabat kita setiap hari - Sahabat kita bukan sahaja mereka yang berada dekat dengan kita, tetapi juga sahabat yang tinggal beribu batu jauhnya. Ada juga sahabat yang terpisah oleh lautan dan benua. Namun begitu, jarak bukanlah penghalang bagi sesebuah persahabatan untuk bertahan lama.





Ingat tak sebuah muatiara kata yang menuliskan tentang jarak dan persahabatan ini?

Jarak memang menjauhkan kita tetapi doa-doa ikhlas sahabat telah mendekatkan mereka.

Saya juga mahu mengingatkan sekali lagi bahawa doa seorang sahabat terhadap sahabatnya yang lain secara rahsia merupakan doa untuk diri kita sendiri. Lihatlah...begitu besarnya kuasa doa seorang sahabat terhadap sahabatnya yang lain.

Doa seorang muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa sepengetahuan orang yang didoakannya, adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya akan ada  seorang Malaikat yang menjadi wakil baginya. Setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, maka Malaikat tersebut berkata ‘aamiin’ dan engkaupun mendapatkan apa yang ia dapatkan. (Shahih Muslim no. 2733) 

Contoh doa untuk sahabat

"Ya ALLAH, panjangkanlah umur sahabatku,kurniakanlah kesihatan yang baik padanya, terangi hatinya dengan nur pancaran iman, tetapkanlah hatinya, perluaskanlah rezekinya, dekatkanlah hatinya kepada kebaikan, jauhkanlah hatinya pada kejahatan, tunaikanlah hajatnya yang baik, hajat dalam agama, dunia dan akhirat. Aamiin..."


Doakan sahabat kita setiap hari samada dia jauh ataupun dekat, memberikan harapan agar hidupnya sentiasa diiringi dengan kejayaan dan kebahagiaan. Insya Allah kita juga memperolehi keberkatan hidup sepertinya.

2 comments:

  1. As salam terimakasih di atas segala nasihat yg berguna utk dikongsikan buat renungan & teguran kpd sahabat,taulan ,famili & yg berada di alam maya @ FB.
    Amiinn moga Allah shj dapat membalas Nya.
    In sya Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama sdr Azri. Mendoakan kebaikan utk org lain serupa berdoa utk diri kita sendiri juga...

      Delete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.