Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Khasiat Buah Sengkuang

Khasiat Buah Sengkuang - Buah sengkuang atau dipanggil juga sengkuang ubi dihasilkan dalam tanah dan berwarna coklat. Isi buah sengkuang berwarna putih, rasanya rangup dan berair sedikit. Ada banyak bentuk buah sengkuang samada bulat, lonjong dan kecil.


sumber: google

Daun sengkuang berbentuk lebar seperti daun keledek dan merupakan spesis tanaman yang menjalar.


 

Hasil sengkuang ubi boleh dikutip 4 bulan selepas ditanam. Mutu ubi akan menurun jika dikutip pada umur pokok melebihi 6 bulan. Tanda-tanda pokok yang matang adalah daun berwarna kekuningan.




Khasiat yang terdapat pada buah sengkuang

1. Mengatasi demam panas
2. Meredakan demam
3. Mampu mengubati selesema dan batuk
4. Melawaskan buang air kecil
5. Penawar demam kuning
6. Mengatasi masalah gout
7. Sesuai menjadi makanan diet.
8. Menghaluskan dan memutihkan kulit - Sesuai untuk semua jenis kulit. Sengkuang mempunyai keistimewaan iaitu melembap dan menegangkan kulit. Warna buah juga membantu menjadikan kulit lebih cerah.

Cara membuatnya adalah dengan mencuci dan kupas sengkuang. Masukkan ke dalam pengisar kemudian kisar sehingga halus. Campurkan sedikit madu serta perahan air limau nipis. Lumur pada wajah sekurang-kurangnya 30 minit. Kemudian bersihkan dengan air. Lakukan dua kali seminggu dan lihat hasilnya.

Kandungan buah Sengkuang


Buah sengkuang mengandungi 80 - 90% Mineral, 10-17% Karbohidrat, 1.0 - 2.5% Protein
0.2% Lemak, 0.5 - 1.0 Serat, Vitamin C, Kalsium, Fosforus dan zat besi.


Buah Sengkuang  Cina


Manakala buah sengkuang cina berasal dari keluarga Cyperacea dan kaya dengan karbohidrat, lemak, protein, vitamin C, kalsium, fosforus dan zat besi. Ia digunakan dalam perubatan tradisional cina untuk menurunkan tekanan darah tinggi. Caranya adalah dengan menggunakan tiga biji sengkuang cina dicampur dengan lobak putih yang dimesin halus dengan sedikit air dan madu. Minum airnya untuk menurunkan kadar tekanan darah. 




Selain itu Sengkuang Cina boleh digunakan dalam pelbagai jenis masakan kerana ia mempunyai rasa berkanji yang asli. Teksturnya pejal dan rangup, menambahkan rupa kepada masakan bergoreng, salad, atau apa saja masakan yang mahukan rasa rangup. 

Namun begitu, apabila memilih sengkuang cina, pilih yang pejal, kulit rata dan tiada tompokan lembut. Jika tidak, kemungkinan besar isinya lembik setelah dikupas.

Kegunaan biasa Sengkuang Cina


Sebagai campuran sayuran seperti kacang sepat dan rebung, bersama kicap dan bahan perisa lain untuk digoreng. Boleh juga masukkan sengkuang cina yang dicincang kepada sup, salad, nasi, dan inti. Sengkuang Cina juga boleh dijadikan snek yang berkhasiat. Sesuai untuk mereka yang pentingkan makanan seimbang kerana ia kurang lemak tetapi sumber terbaik untuk fiber dan vitamin B. Selain itu, sengkuang cina mengandungi mineral lain seperti kalsium, zat besi, potassuim, dan zinc.

Semoga khasiat buah sengkuang yang dipaparkan di atas boleh dijadikan panduan kepada kita untuk mempelbagaikan menu masakan dengan campuran bahan yang berkhasiat.

Selamat membaca, jika bermanfaat boleh dikongsikan kepada rakan-rakan yang lain...

Read More ....


Post a Comment

4 Comments

  1. senkuang atau jicama berasal dari amerka selatandan disebarkan oleh penjajah eropah keseluruh dunia.....

    ReplyDelete
  2. Salam. Boleh saya tahu, sengkuang ni dia tumbuh dekat bawah tanah atau atas tanah? Saya keliru sikit. Sebab saya ada tanam sengkuang dari buah dia sendiri, lepas tu jadi pokok. Jadi macam mana nak tumbuh buah yang baru eh? Dan yang macam petai tu, tu apa? Saya punya pokok ada banyak kacang tu tapi saya tak pasti untuk apa. Thank you.

    ReplyDelete
  3. terima kasih atas info yang menarik ni awak...

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close