Sahabat Baik Seperti Pelangi

Pernahkah anda dengar frasa tentang seorang sahabat ibarat pelangi? Jika pelangi ada tujuh warna tetapi sahabat yang baik mewarnai hidup kita dengan beribu warna. Dengan sahabat kita boleh berkongsi apa sahaja smaada cerita-cerita lucu, kisah sedih, hal keluarga, kesempitan hidup dan juga tentang masalah kita dengan pasangan kita.


Sumber Google

Macam saya dengan sahabat baik saya, kami berkongsi rahsia menyukai pensyarah yang sama ketika di universiti. Haha...bila dikenangkan balik memang menyeronokkan.

Sahabat kita seperti Pelangi. Memang nampak tak bercahaya, munculnya tiba-tiba dan bukanlah setiap masa! Tetapi sahabat sejati munculnya ketika kita perlu. Selalu ada saat kita mengharapkan kehadirannya. Memanglah pelangi itu tak bercahaya, namun serinya mewarnai masa-masa suram kita.

Persahabatan itu ibarat sekotak krayon. Masing-masing mempunyai warna yang berbeza. Tapi cuba gabungkan. Mereka akan membentuk sebuah pelangi yang indah.

Oleh sebab itu bergembiralah jika hidup anda dikelilingi sahabat yang berbagai ragam. Kerana dengan adanya mereka, perjalanan hidup kita sentiasa dihiasi dengan pelbagai rencah kehidupan yang akhirnya menjadikan kita seorang insan yang matang.

Terima kasih sahabat-sahabatku, kerana kalian pernah hadir dalam hidupku dan menemani aku selalu...ketika aku perlu.

Sahabat, engkau selalu ada!


No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.