Header Ads

Terimalah Kekurangan Sahabat Kita


Advertisement
Terimalah Kekurangan Sahabat Kita - Adakah kekurangan itu sesuatu yang yang bersifat negatif pada diri seseorang? Tahukah anda bahawa kekurangan adalah motivasi terbesar yang tertanam di dalam diri yang mampu menghadirkan semangat besar, andai anda semua menyedarinya. 




Begitulah juga halnya dengan seseorang yang rapat dengan kita, sahabat yang selalu hadir ketika kita memerlukan dan selalu ada disaat kita inginkan bahu untuk bersandar. Biarpun sahabat kita itu banyak kekurangannya, redhalah. Terimalah kekurangan sahabat kita itu seadanya!

Allah menghadirkan seseorang yang begitu untuk menyempurnakan kekurangan kita pula. Maka jika dua sahabat saling membantu hilanglah kekurangan masing-masing kerana muafakat yang terjalin begitu indah hasilnya. Yang paling penting adalah mensyukuri nikmat-nikmat yang Allah berikan.

"Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti KAMI akan menambah (nikmat)kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-KU) Maka sesungguhnya Azab-Ku sangat pedih" (al-Quran, Surah Ibrahim: 7) 
Adakalanya kelemahan dan kekurangan diri menyebabkan seseorang itu berasa lemah dan putus asa. Disitulah perlunya sahabat yang baik yang dapat membimbing ke arah hidup yang lebih positif. Sahabat yang baik akan memandu sahabat yang lain ke arah kebaikan.


Dia yang bersyukur dalam kekurangan adalah dia yang memiliki kemuliaan hati 


Bagaimana caranya untuk menerima kekurangan sahabat kita?


1. Rasa bersukur dengan apa yang Allah berikan
2. Tidak memandang hina orang lain
3. Tidak ego
4. Bantu sahabat kita dengan kelebihan yang kita ada


Semoga kita menjadi sahabat yang sering membantu sahabat yang lain dan bersama-sama menuju redha Illahi. 

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.