5 Jenis Bunga Kesukaan Wanita

aynora nur | 21 October, 2014,12:16 PM |
Advertisement
5 Jenis Bunga Kesukaan Wanita - Wanita selalu diibaratkan seperti sekuntum bunga. Sebab itu wanita dan bunga tidak boleh dipisahkan.

Bunga selalu diberikan dengan perasaan gembira, ceria dan meraikan sesuatu samada kejayaan, ulangtahun, penghargaan dan lain-lain lagi. Secara umumnya bunga selalu dikaitkan dengan percintaan dan kasih sayang. Dan kebanyakan penggemar bunga adalah wanita. Betul kan?


5 Jenis Bunga Kesukaan Wanita

1. Bunga Mawar (Rose)


Bunga ros atau mawar memang jadi kesukaan wanita! Sebab apa? Kerana secara umumnya wanita di seluruh dunia mengaitkan ros atau bunga mawar dengan cinta dan perasaan. Disebalik warna warni bunga mawar, warna merah paling mendapat perhatian. Bunga mawar mempunyai bau harum, biasanya mawar kampung (damask rose) mempunyai bau yang paling kuat. Dalam kebudayaan barat, dan kini dalam kebudayaan Melayu, bunga Mawar melambangkan bunga cinta. 

Mengikut rujukan sebuah website, ros merah tanda cinta yang mekar dan mendalam. Bila wanita menerima bunga ros merah dari seorang lelaki, perasaannya akan berbunga-bunga, sama merah dengan bunga ros yang diterima. Sweet kan?

Warna bunga ros dan maksud yang tersirat

  1. Merah - lambang cinta , keberanian , penghargaan , romantik , dan kehangatan. 
  2. Kuning - lambang kegembiraan , kebahagiaan , kebebasan dan persahabatan. 
  3. Putih - lambangkehormatan dan kesucian hati. 
  4. Merah Jambu - lambang bergaya dan kesyukuran. 
  5. Merah Jambu Pekat - lambang terima kasih. 
  6. Merah Jambu Cair - lambang sedih , simpati dan persahabatan. 
  7. Jingga - lambang teruja dan bangga. 
  8. Biru - lambang misteri , khayalan dan mengharapkan peluang baru. 
  9. Gabungan Merah dan Putih - lambang penyatuan. 
  10. Gabungan Merah dan Kuning - lambang setia dan gembira. 

2. Bunga Orkid


Bunga orkid diberikan seseorang kepada wanita kerana sebab yang jelas, biasanya mengaitkan dengan penghargaan dan perniagaan. Oleh kerana bunga orkid mahal harganya dan dijual pada majlis tertentu sahaja, ia bersifat eksklusif dan formal.

Dengan fizikalnya yang eksotik, sifat bunga orkid 'represent rare and delicate beauty'. Keunikkan bunga orkid sebagai pemberian mengekalkan ingatan yang berkekalan kepada penerimanya. Keindahannya tidak dapat disangkal lagi walaupun dijadikan sebagai gubahan hantaran atau bagi 'arrangement' sesebuah majlis mahupun sebagai koleksi tanaman.

Lagi satu bunga orkid disukai oleh wanita yang agak berusia atau peringkat umur yang telah mencapai kematangan. Ingat ya, bukan semua acara atau majlis sesuai dihiasi dengan bunga orkid.




3. Bunga Matahari


Bunga matahari adalah lambang kekuatan dan ketabahan. Sesuai dengan warnanya yang terang dan saiz bunganya yang besar, bunga matahari atau suflower selalu boleh dilihat dalam sesuatu acara perasmian atau pelancaran sesuatu produk.

Keceriaan warna kuning yang membara serta kuntumannya yang besar, bunga matahari bukan saja mewakili tenaga suria kita malah akan mekar mengadap cahaya suria tatkala langit cerah benderang. Bukan sekadar membawa maksud ‘warmth and adoration’, malahan melambangkan 'longevity'. Malahan pemberian bunga ini juga dapat menceriakan hari seseorang





Boleh dikatakan bunga matahari juga disukai oleh wanita kerana ia mudah ditanam dan senang dijaga di halaman rumah.

4. Bunga Tulip

Dengan memberi maksud 'being perfect love', bunga tulip menceritakan rasa kecintaan dan 'elegant' dalam susunan atau gubahannya yang tersendiri. Bunga tulip dikenali sebagai bunga yang ‘sophisticated’ dan sangat popular apabila dikaitkan dengan Netherland.


 

Tulip antara bunga yang mempunyai daya tarikan tersendiri dengan cirinya yang 'simple' tetapi memikat. Ada pendapat mengatakan bahawa seorang wanita itu andai diibaratkan sekuntum tulip adalah seorang yang berpewatakan pemalu, ayu dan sopan.

5. Bunga Daisy


Dikenali dengan saiz dan kemekarannya yang menawan. Tergolong dalam pelbagai warna – warna yang menonjol, Gerbera Daisies menjadi ‘favorite flower’ untuk menunjukkan perasaan yang ceria. Walau bagaimanapun secara tradisinya bunga ini memberi maksud kecantikan dan kejujuran. Ia juga mampu menzahirkan niat seseorang dalam meramalkan sesuatu perkara.



Setiap orang mempunyai citarasa mereka sendiri terhadap bunga kesukaan mereka. Ada juga wanita yang sukakan bunga Lily, bunga kertas, bunga lavender dan lain-lainnya. Namun yang pasti 5 jenis bunga yang di ulas di atas adalah sebahagian bunga bunga yang popular di bibir wanita.

Wanita dan bunga ibarat air dengan tebing, tidak boleh dipisahkan!

Jika suka, boleh kongsi dan sama-sama kita sebarkan bahagia...
Tag : Keluarga, Wanita
Aynora Nur adalah seorang penulis blog separuh masa, terlibat dalam bidang hartanah dan perkhidmatan – di Johor, Malaysia. Lulusan MBA. Aktif berblog sejak tahun 2010. Hubungi saya untuk Promosi produk dan servis • Entry kekal di blog • • Pakej mengikut bajet • Daily PV : 35,000 - 45,000 • Monthly PV : 1.1juta - 1.5juta. Info lanjut di about me ...
 
loading...
2 Komen untuk "5 Jenis Bunga Kesukaan Wanita"

rose dan matahari my favourite..tapi bukan la peminat bunga sgt pun hahhaha

DISCLAIMER: All content provided on this "Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Kisah 25 Filsuf Barat (MATLUTHFI)!! Harga cuma RM22.50 (Asal RM25.00)!

Buat Duit Blog
Back To Top